Farah POV
"Farah! Bangunlah!" Aku merasakan badan aku digoncang oleh seseorang. Aku celik kan mata untuk melihat gerangan itu ternyata rakan sebilikku, Fasha. "Eee..!! Jangan kacau aku nak tidurlah.. aku tidur lambat tau semalam sebab submit assignment Dr. Indah." Kataku dengan keadaan diri yang masih mamai.
Fasha mendengus kasar mendengar balasan dari aku yang seolah-olah tidak mahu melayan karenahnya. "Alaa.. tapi aku nak mintak tolong kau. Please Farah.. aku tak tahu nak mintak tolong siapa lagi.." Fasha masih menggoncang-goncang badanku seperti memaksa. Aku mengeluh perlahan. Aku terus bangkit dari lenaku dan duduk bersandar di bahagian kepala katil.
"Ni mesti pasal Aaron kan?" Aku sudah mendapat agak masalah Fasha kerana bukan sekali dua dia berkelakuan begini tapi terlalu kerap. "Hm.. tapi kalini.. dia curang." Jujur aku tak terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut Fasha. "Banyak kali dah aku cakap Sha. Tinggalkan dia. Aku kenal dia macam mana. Aku sebenarnya tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau ni. Bukan masuk otak pun." Aku memberi jelingan kepada Fasha. Fasha hanya menunduk tanda kesal.
"Dah.. sabar.. kau nak minta tolong apa ni?"Aku nampak dia menangis. Aku menggosok belakang badannya seperti memujuk. "Oh! Aku nak kau game dia boleh? Aku memang dah nekad nak tinggalkan dia. So.. aku nak kau tolong balas dendam untuk aku. Boleh?" Fasha merayu kepadaku. Aku terkejut mendengar permintaan Fasha. "Eh! Apahal pula kau ni! Kerja gila la.. taknak!"
"Please Farah.. kalini je.." Fasha menggengam tanganku..
"Haih.. kau ni.. yelah aku buat. Tapi sekali ni je tau. Lepasni aku malas layan kau kalau suruh apa-apa lagi." Aku menuruti permintaannya. Fasha mengukirkan senyuman manis selepas mendengar balasanku. "So, plan aku macamni.."
3rd POV
IZHAM yang sedang duduk bersantai di biliknya tiba-tiba diterjah oleh sahabatnya, Ashraff. "Woi! Kau buat apa sorang-sorang kat bilik ni. Habis latihan terus masuk bilik eh kau." Teguran itu mengejutkan Izham lalu memukul Ashraff akibat reflect. Ashraff hampir-hampir terjatuh kerana terlanggar katil Izham dihadapannya. "Laju je tangan kau eh. Tahu lah komando. Sakit doh!" Ashraff mengaduh kesakitan sambil menggosok bahagian perutnya yang terkena tumbukan mengejut dari sahabatnya itu.
"Siapa juga suruh kau terkejutkan aku macam tu? Ha.. padanlah dengan muka kau!" Izham membalas dengan menayangkan riak tidak bersalah.
"Lantaklah! Aku sebenarnya ada benda ni nak cakap dengan kau. Benda best!" Ashraff terus duduk disebelah Izham sambil tangan kirinya memegang bahu Izham. Izham hanya mengangkat kening sebelah kirinya tanda 'apa'
"Kau dah famous do Am! Kat TikTok tu semua post pasal kau. Lepastu caption macam 'tiktok do your magic, please find this guy for me,' haa.. macam tu lah!" Beria Ashraff cerita tentang orang-orang awam ataupun lebih jelas wanita-wanita di tiktok mencari sosok sahabatnya.
Izham terhibur mendengar cerita dari sahabatnya itu. "Biarlah diorang nak buat apa pun. As long as tak susahkan aku, biarkan je lah. Aku bukan macam kau yang nampak perempuan cantik sikit terus ajak dating." Terbuntang mata Ashraff mendengar balasan Izham yang seakan tidak berminat itu dan paling tidak puas hati sekali namanya dipetik!
"Aduh.. kau ni Am. Tak fun lah! Cuba la download TikTok tu lepastu tengok sendiri. Kan seronok jadi famous. Orang cari. Mana tahu kot ada yang sangkut ke haa.. kan boleh jadi isteri kau." Kata Ashraff.
"Haaa.. lagi satu! Perempuan-perempuan ni semua kawan je tak lebih. Kau dengan kawan kita yang lain tu je selalu sangka buruk dengan aku lepastu tuduh aku bukan-bukan. Bak kata pepatah.. berkawan biar ramai, berkasih biar satu. Nanti jumpa yang ngam, terus je buat bini. Haa.. gitu.." Tambah Ashraff lagi. Eleh.. kawan lah sangat! Menyampah!
"Apa yang bestnya? Kau sibuk sangat pasal aku ni dah kenapa? Jaga je lah girlfriend-girlfriend kau yang kononnya kawan tu baik-baik. Kau pun famous juga kan? Apa-apa pun terima kasih bagitahu aku. Kau tu, jangan lah mainkan perasaan perempuan. Kalau kawan, tak ada sampai dua perempuan gaduh depan base sebab kau. Datang serentak lepastu kantoi bodoh macam tu je. Bila tanya, diorang sebut nama kau. And.. one more thing, aku dah ada Dania. Aku cintakan dia sorang je." Jawab Izham yang terus bangun dari duduknya sambil tangannya menepuk bahu Ashraff untuk keluar dari bilik.
Ashraff hanya memandang sepi pemergian Izham yang semakin hilang dari pandangannya. Sesekali, Ashraff menggaru kepalanya memikirkan tentang perangainya yang satu itu. Baginya, apa dia buat tidak salah. Dia juga mengeluh dengan Izham yang terus-menerus mengharapkan seorang Dania. Bukan dia tidak tahu, konflik antara Izham dan Dania. Perangai Dania yang tidak semenggah itu membuatkan dia menyampah! Kalau dia.. dah lama tinggal! Tapi apa kan daya.. seorang Khairil Izham memang begitu. Kalau dah sayang, semua sanggup!
Mungkin si budak Ashraff ni, bila dah betul-betul jatuh cinta baru faham..
PUAN SARA sedang menyiapkan hidangan makan malam untuk dinikmati bersama suami dan anak bongsunya. Hidangan sudah siap terhidang di atas meja, memenuhi ruang dengan aroma yang menyelerakan. Puan Sara tersenyum puas sebelum memanggil suami dan anaknya untuk menikmati makan malam bersama. Encik Zudin dan anaknya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu terus bangun apabila si isteri memanggilnya untuk makan malam.
"Abang.. Sara risau bah pasal Khai tu. Tidak langsung tanda-tanda dia mo bini." Kata puan Sara risau apabila melihat anak sulungnya langsung tidak berminat untuk memikirkan tentang perkahwinan.
Encik Zudin hanya diam menikmati makan malam yang disediakan oleh isterinya. Sekali-sekali dia bersuara. "Jangan risau lah sayang. Tahu lah budak tu pikia. Besar panjang sudah tu." Puan Sarah menjeling mendengar balasan dari suaminya. Anak dengan bapak sama je. Selalu ambil ringan benda macam ni.
"Entah bah mama ni, tahu lah abang tu pikia masa depan dia. Sama siapa dia mo kawin semua. Jangan risau lah mama." Anak bongsunya mencelah. Izzue Azraie. Anak bongsu Encik Zudin dan Puan Sara.
Puan Sara menjeling anak bongsunya. Selalu backup abang kesayangannya!
"Dah bah.. jangan pikia sangat. Makan tu. Nanti sejuk teda sedap." Encik Zudin kembali bersuara menyuruh isterinya makan. Puan Sara mengeluh perlahan dan terus menyuapkan nasi dan lauk ke mulut tanpa membantah lagi.
"Nanti kau telefon Khai, suruh dia balik. Kita bincang pasal benda ni." Puan Sara yang mendengar kata-kata Encik Zudin itu terus mengukirkan senyum. Sungguh dia tak sabar ingin menelefon anak sulungnya itu untuk membincangkan hal ini. Encik Zudin yang perasan wajah bahagia isterinya itu terus tersenyum. Haihlah.. isteri.. isteri..
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...