Farah POV
Aku yang sedang membaca novel tersentak apabila Fasha memukul belakang badanku secara mengejut. "Eh! Kau ni kang!" Fasha hanya menayangkan senyuman kepadaku. "Farah.. boleh tak aku nak pinjam baju kau?" Aku dah dapat agak dah. Fasha ni selalu pinjam baju aku kalau nak keluar kemana-mana. Kadang-kadang malas nak layan.
"Kau nak pergi mana?" Aku menyoalnya. "Err.. nak keluarlah. Ish.. kau ni! Sebok je! Boleh tak ni?" Jawab Fasha sambil menayangkan riak wajah seperti memujuk. Aku menjulingkan mataku ke atas. "Haih.. pakailah."
Fasha tersenyum riang mendengar jawapanku. "Thank you Farah! Kau memang kawan yang terbaik!"
Mesti nak keluar dengan Aaron. Malas dah cakap, sama je ending dia. Get back!
Aku mengabaikan Fasha dan sambung membaca novelku. Oh! Aku tengah baca novel Commando His Treasure tau by Huda Najwa. Best sangat! Haih.. bila lah aku nak dapat lelaki macam Thariq Ridzuwan ni. Ya, nama hero novel ni Thariq Ridzuwan. Sangat greenflag tau! Idaman wanita-wanita. Sedang menghayati novel favourite aku itu, tiba-tiba ada suara menegur.. dan duduk disebelahku.
"Farah.. daripada kau berangan dengan lelaki yang tak wujud tu baik kau keluar. Cari boyfriend real. Haa.. kan lagi bagus. Ni kau dok berangan je sampai bila?" Aku agak tidak gemar dengan teguran Fasha itu.
"At least, aku tak ada lah nak broken macam kau kan? Tup tup getback!" Aku terus membidas dan memberikan jelingan tajam kepadanya.
"Kau tak faham.. dengan baca novel ni.. boleh buat aku happy. Tak ada lah macam Aaron kesayangan kau tu.. selalu buat kau nangis. Rancang bukan main.. konon nak suruh aku game dia, last-last 'aku tak sampai hati lah,' taik lah kau." Balasku sambil mengajuk semula apa yang dia cakapkan tempoh hari.
"Sha, aku baca novel sebab nak rasa happy. Seronok tengok macam mana character lelaki dalam novel ni layan isteri dia. Penuh kasih sayang, romantik macam dunia tu milik diorang berdua."
"Setiap kali aku baca, hati ni rasa tenang. Macam ada harapan.. ada impian. Aku bayangkan kalau aku pun dapat layanan macam tu dari suami aku. I mean.. future husband aku nanti. Aku dapat penuh perhatian dan keikhlasan dari dia. Tak kisah lah dunia luar penuh cabaran.. tapi dalam rumah tu.. jadi tempat aku yang paling selamat sebab adanya dia. Suami hebat." Tambahku panjang lebar.
Fasha hanya tersenyum mendengar kata-kataku. "Inshaa Allah... aku doakan kau dapat lelaki macam tu suatu hari nanti." Katanya dengan penuh harapan. "Sebenarnya, itu impian semua wanita.. kan? Doakan aku jugak tau! Tapi aku tetap nak lelaki tu Aaron. Aku akan ubah dia dan aku yakin dia akan berubah nanti.. aku tunggu dia." Fasha bangun, mengambil bajuku yang ingin dipinjamnya sebelum melangkah menuju pintu.
"Okay lah, aku nak keluar dulu. Bye, Farah. Nak bersiap!" Tanpa sempat aku membalas, Fasha sudah pun hilang dari pandangan. Aku hanya menggeleng dan tersenyum kecil menghantar pemergiannya.
Apa pun aku tetap tak setuju dengan ayat Fasha, 'aku akan ubah dia dan aku yakin dia akan berubah nanti,'
For me, a woman can't change a man because she loves him but a man change himself if you're his intention.
3rd POV
IZHAM yang sedang menikmati secawan espresso di kafe berdekatan pangkalannya. Suasana yang tenang tiba-tiba terhenti dengan bunyi deringan telefon. Dia memandang skrin, melihat nama pemanggil yang tertera dan tanpa ragu dia menghembuskan nafas perlahan. "Mama..." ucapnya seakan-akan sudah dapat meneka apa yang ingin dibicarakan mamanya. Dia menekan butang hijau, menjawab panggilan mamanya.
"Assalamualaikum, ma.." Izham menyapa lembut. Di hujung talian, terdengar suara mamanya yang penuh harapan. "Khai.. mama call kamu ini sebab mo suruh kamu balik hujung minggu ni, boleh ka?" Kata mamanya, seperti ada perkara penting yang ingin dibincangkan.
Izham terkebil-kebil, pelik dengan mamanya yang tiba-tiba nak suruh balik ke Sabah. "Kenapa ya.. maa? Khai sibuk bah lately ni. Banyak juga latihan yang perlu diberi pada pelatih-pelatih ni, maa." Izham memberi alasan, suara penuh ragu. Dia dah dapat agak... mesti ada sesuatu yang mamanya rancang.
"Oh.. takpe lah kalau macam tu. Mama mo kenalkan kamu dengan seseorang sebenarnya. Doktor, cantik orangnya," suara mama di hujung talian membuatkan Izham rasa macam dah agak. Haaa... kan betul!
"Mama, Khai dah besar lah. Khai sebenarnya dah ada calon, pilihan Khai sendiri. Nanti ada masa Khai kenalkan sama mama." Jawab Izham, cuba bersikap tenang. "Maa... sorry tapi Khai ada kerja ni. Khai letak call dulu ya. Assalamualaikum.. ma."
Izham letak telefon, mengeluh perlahan. Bunyi mesej masuk dari telefonnya buat dia terus buka mesej tu.
Mama:
Mama tak tahu pun yang kamu dah ada seseorang? Kenapa tak bagitau mama?Izham:
Baru mo kenal ni ma.Mama:
Ya, nanti kenalkan sama mama ya. Bawa dia ke Sabah. Mama mo kenal dengan bakal menantu mama tu. Mesti cantik!Izham:
Hahaha! Ya mama, inshaa Allah.Izham mengeluh lagi, matanya terpaku pada skrin telefon yang terang. Dia memang sedang mengenali seseorang, tetapi mereka belum lagi menjadi pasangan yang rasmi. Means like couple. Izham hanya mahu berkawan dulu, tanpa terburu-buru. Dengan nafas dalam, dia membuka telefon dan menekan nombor seseorang yang sudah tersemat di skrin untuk membuat panggilan.
Tut.. tut.. tut..
Telefon diangkat selepas beberapa dering. Suara lembut menyapa di hujung talian.
"Hello?"
"Hello, Dania..." Izham memulakan perbualan, nadanya tenang tetapi penuh makna.
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...