Chapter 15

61 3 0
                                    

3rd POV

Pagi yang damai di rumah Encik Zudin. Dania yang ingin mengambil hati bakal ibu mertuanya, memilih untuk membantu Puan Sara menyiram pokok bunga di halaman rumah. Suasana yang tenang hanya diselingi oleh bunyi percikan air dan kicauan burung, namun tak lama kemudian suara lembut Puan Sara memecahkan keheningan.

"Dania... nanti lepas kahwin, berhenti kerja kan?" tanya Puan Sara tiba-tiba, suaranya seperti penuh harapan.

Dania terhenti seketika, jantungnya seperti berdetak lebih kuat. Dia menoleh ke arah Puan Sara dengan senyuman kecil. "Tak lah makcik. Dania nak kerja. Saya masih nak kejar cita-cita saya."

Puan Sara mengangguk perlahan, tetapi raut wajahnya seperti tidak begitu setuju. "Tapi kan, seeloknya kalau Dania duduk rumah. Jadi suri rumah. Kita perempuan ni kan tanggungjawabnya besar. Mesti jaga makan pakai suami. Itu lebih utama."

Kata-kata itu membuat senyuman Dania sedikit pudar, walaupun dia cuba menyembunyikannya. "Takpe, makcik. Saya rasa saya mampu buat dua-dua. Kerja dan jaga suami. Saya yakin Izham pun faham dengan keputusan saya."

Puan Sara hanya membalas dengan senyuman tipis, tidak mahu memanjangkan bicara.

Namun, dalam hati Dania bergolak. Dia tahu ini bukan perkara kecil. 'Aku kena bincang dengan Izham nanti...' fikirnya.

Dia tidak mahu menyerah dengan mudah. Dia telah bekerja keras selama ini untuk mencapai kerjayanya yang sekarang, dan berhenti kerja selepas kahwin bukanlah sesuatu yang dia sanggup lakukan.

Dania memandang tanaman bunga yang segar di hadapannya. Seketika dia termenung. 'Izham, tolong faham... aku tak sanggup hilang kerjaya aku.'

Izham keluar dari rumah, langkahnya santai menuju ke halaman tempat Puan Sara dan Dania berada. Matahari petang menyinari wajahnya, namun suasana hatinya berubah apabila dia perasan sesuatu yang tak kena pada wajah tunangnya.

"Mama, busy betul nampaknya," tegur Izham sambil berseloroh, cuba menceriakan suasana.

"Yalah, kamu jangan sibuk eh. Ini urusan perempuan," balas Puan Sara dengan nada usik.

Izham hanya tersengih, menggaru kepalanya yang tidak gatal. Namun matanya tetap terpaku pada Dania, yang kelihatan tersenyum tipis tetapi jelas ada sesuatu yang terbuku di hati.

Tak mahu menunggu lama, Izham mendekati Dania dan.. dengan lembut, menarik tangannya menjauh dari Puan Sara. Mereka berhenti di bawah naungan pokok besar di hujung halaman.

"Sayang... you okay? Kenapa muka lain macam?" Izham bertanya lembut, nada suaranya penuh perhatian.

Dania menghela nafas panjang sebelum memandang Izham. "Mama you... dia suruh I berhenti kerja lepas kahwin," balasnya perlahan namun cukup untuk membuat hati Izham tersentak.

"Kenapa? You tak nak ke sayang? Tapi kan, lagi baik macam tu? I ada... I boleh tanggung you," balas Izham dengan suara yang masih lembut, cuba memujuk.

Dania memandangnya tajam, matanya penuh dengan emosi. "Please, Izham... I tak nak. I sayang you, Izham. But, it doesn't mean I akan ikut semua cakap you. Understand?" suaranya tegas, namun ada getar yang menunjukkan betapa berat perkara ini baginya.

Izham terdiam. "Sayang..."

Namun Dania tidak menunggu jawapan. Dia mengalihkan tangannya dari genggaman Izham dan berlalu pergi ke dalam rumah, meninggalkan Izham yang masih berdiri di situ, cuba memahami apa yang baru sahaja berlaku.

Farah POV

Aku yang sedang menumpukan perhatian kepada penerangan Sir Shihan di hadapan, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi getaran telefon di meja. Aku menjeling ke arah skrin, terlihat nama yang sudah cukup aku kenal.

UsWhere stories live. Discover now