Farah POV
"Kenapa aku tak terserempak langsung eh dengan dia tadi kat Pangkalan.. Time tu waktu lunch kot.." Aku berkata pada diri sendiri, rasa sedikit kecewa. "Takpelah, belum masanya lagi kot..." aku menghela nafas, cuba menenangkan diri.
"Atau... dia takde eh tadi?" Aku tertanya-tanya. Mataku merenung kosong, seolah-olah mencari jawapan yang tak pasti.
Aku terus merebahkan badan ke katil, mengeluh puas. Fuh.. lepak betul! Tanpa buang masa, aku terus buka aplikasi TikTok. Nak stalk mas crush! Haih... apalah kau ni, Farah... gedik sungguh! Tapi, tak kisahlah. Aku sekadar nak tengok apa yang dia post.
BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN..
Masa berlalu dengan begitu pantas dan esok final exam bakal berlangsung. Aku cuba fokus. Betul-betul fokus dengan persiapan untuk exam yang bakal tiba. Izham tu.. biar dulu. Mungkin.. lepas habis exam, baru aku text dia. Cuba tegur dia ke? Entahlah, nanti kita tengok macam mana. Sekarang, fokus! Kata nak jadi wartawan sukan kan..
Masing-masing sedang sibuk study, fokus sepenuhnya untuk persiapan final exam esok. Suasana di sekitar penuh dengan buku-buku terbuka, dan tak ada yang berani buat bising. Semua tengah berjuang dengan cara masing-masing.
"Farah, ni macam mana eh? Aku tak faham lah." Ada juga yang bertanyakan soalan kepadaku. Wajah mereka penuh dengan kerisauan. Aku berhenti sekejap, mengalihkan fokus dari buku, cuba bantu mana yang patut.
Aku menarik nafas, cuba tenangkan diri sebelum menjawab. "Okay, tengok sini. Korang faham tak part ni dulu?" aku tanya sambil tunjukkan nota di atas meja. Beberapa orang mengangguk perlahan, tapi masih ada yang nampak keliru. "Kita break down step by step, jangan risau. Boleh buat ni, just focus." Aku cuba memberi semangat, walaupun hati aku pun sama risau dengan exam yang bakal datang.
Hari yang dirisaukan akhirnya tiba. Exam. Jantungku berdegup kencang, tak dapat lari dari rasa gugup yang menghantui. Walaupun aku dah buat persiapan sebaik mungkin, rasa takut tetap ada. Tapi, tak boleh menyerah. Ini waktunya untuk buktikan apa yang aku mampu.
Aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan langkah yang cuba aku yakinkan.. meskipun dalam hati, perasaan gelisah tak dapat dielakkan. Semua orang kelihatan tenang, tapi aku tahu mereka juga pasti sedang berperang dengan perasaan yang sama. Aku duduk di tempat yang ditetapkan, menarik nafas dalam-dalam dan cuba menenangkan fikiran.
"Fokus, Farah," bisikku pada diri sendiri. "You can do it! Just do it!"
Ketika soalan pertama dimulakan, aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan perkara lain. Setiap soalan, aku jawab dengan hati-hati walaupun otakku sesekali melayang memikirkan apa yang bakal berlaku selepas exam.
SEBULAN KEMUDIAN..
Pejam celik, akhirnya habis juga exam dan tamatlah semester 4 aku. Tinggal dua semester lagi untuk aku terus fokus.
Tanpa aku sedar, sepanjang final exam ni.. aku langsung tak stalk crush aku. Apa khabar dia eh? Rasa rindu pula. Hahaha! Gediknya.. kau Farah!
"Agak-agak kalau aku text dia... apa respond dia eh?" Aku bermain soal jawab dengan diriku sendiri, gelisah.
"Tapi... kalau tak cuba, sampai bila-bila lah tak tahu.. kan? Haa.. cuba jelah!" Akhirnya, aku buat keputusan. Dengan tangan yang sedikit gementar, aku terus menegur crush aku melalui aplikasi TikTok. Haha, apa-apa je lah!
"Okay settle! Tunggu jelah sampai dia reply.."
Aku jadi tertanya-tanya.. dia okay ke kalau aku text dia macam ni. Yelah, dia pun tak kenal siapa aku. Haih.. tibernya lah.
'Aku harap dia okay lah' Kataku dalam hati sebelum aku terus lena dibuai mimpi. Biar semua kerisauan dan harapan itu hilang seketika dalam tidurku.
3rd POV
IZHAM terbangun dari lelapnya. Matanya masih berat. Dia mencapai telefon disebelahnya. Keningnya terangkat apabila mendapat satu notification daripada seorang perempuan yang tidak dikenalinya di aplikasi TikTok. Dia terus membuka notification daripada perempuan itu. Guess what? Perempuan itu adalah aku. Hahahaha!
Keningnya semakin terangkat apabila membaca message daripada aku itu.
"Perempuan ni elok tak elok? Tiber ajak aku berkawan. Kenal pun tidak." Soalnya pada diri sendiri.
"Reply jelah... kan nak kawan je." Kata Izham pada dirinya sendiri sambil menghela nafas. Dengan sedikit ragu, jari-jarinya mula mengetuk papan kekunci, membalas mesej yang entah kenapa terasa sedikit pelik. Namun, dia memutuskan untuk teruskan, sekadar untuk berkawan.
"Assalamualaikum bang, saya nak kawan dengan abang. Abang nak kawan dengan saya tak?" - Farahdbz
"Wa'alaikumus Salam. Nak kenal macam mana tu ye?" - Khairil Izham
Farah POV
AKU terbangun dari lenaku apabila terdengar bunyi message masuk dari telefonku. Entah apa yang merasukiku, mudah saja aku terbangun bila dengar message masuk. Selalunya susah betul!
Aku melihat notification siapa yang masuk di telefonku. Terbuntang mataku! Oh. My. God! Patutlah aku mudah bangun.. dari mas crush rupanya! Hati aku berdegup kencang, tak percaya yang aku baru dapat message darinya. Tak boleh jadi, aku kena relax! Tapi kenapa aku rasa macam nak melompat je sekarang ni!
Laju saja jariku membalas message darinya..
"Nak kawan biasa lah bang." - Farah Qasryn
Begitu juga dengan Izham..
"Umur kita beza sangat ke sampai awak panggil saya abang, by the way..?" - Khairil Izham
"Saya rasa jauh.. abang mesti 25 ke atas kan?" - Farah Qasryn
"Saya 24, awak?" - Khairil Izham
"Saya baru 21, muda lagi. Mesti abang taknak kawan dengan saya kan?" - Farah Qasryn
"Takdelah.. besar dah tu." - Khairil Izham
"Ye ke eh..? By the way, haritu kan.. saya nak ambik gambar dengan awak tau tapi tak jadi sebab ramai sangat so snap dari jauh je. Kesian kan?" - Farah Qasryn
"Oh.. awak ada datang ke hari TUDM masatu? Kenapa tak datang dekat je? Saya kat situ memang untuk jadi retis. Hahahaha!!" - Khairil Izham
"Saya malu.. lepastu masa tu ramai sangat. Semua nak ambik gambar dengan awak. Tu saya segan.. tapi takpelah maybe next time. And.. next time tu, saya dah jadi kawan awak!" - Farah Qasryn
"Hahaha!! Yelah.. saya Izham and awak.. Farah kan?" - Khairil Izham
"Yes.. betul! So.. kita dah jadi kawan lah ni, kan?" - Farah Qasryn
"Yup! Okaylah.. saya kena off TikTok ni, banyak kerja lagi. Saya pergi dulu ye?"
"Alright! See you.. take care!" - Farah Qasryn
'Khairil Izham liked your message'
(I used the name from TikTok username.)
Aku tersenyum melihat text aku dan dia. Akhirnya.. aku boleh berkawan dengan dia! Kena cerita dekat Xaviera.. Oh My God.. I'm so excited!
Tanpa berlengah, aku terus buka list panggilan dan cari nama Xaviera. Jari laju menekan butang dail. Mesti dia tengah free sekarang. Aku nak ajak dia keluar, lepak sambil cerita pasal mas crush! Tak boleh simpan sorang-sorang, nanti aku meletup sendiri.
Lepasni.. dah boleh try mengorat mas crush slow-slow.. Aku senyum sendiri. Aduhai.. angau!
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...