Chapter 10

69 3 0
                                    

3rd POV

Di bilik persiapan, suasana menjadi lebih serius. Mereka tidak lagi bergurau seperti sebelumnya. Setiap anggota Pasukan Bravo bergerak dengan pantas, memeriksa senjata, kelengkapan dan peralatan yang diperlukan. Izham memeriksa semula perancangan taktikal, memastikan segala-galanya berada di tempat yang sepatutnya.

"Peralatan lengkap?" tanya Izham, suara tegasnya mengiringi setiap pergerakan.

"Semua dah ready." Jawab Zayyan sambil menegakkan semula helmet di kepalanya.

Ashraff sedang memeriksa alat komunikasi, memastikan sambungan radio tidak terputus. "Radio semua berfungsi. Kita tak nak sebarang masalah komunikasi di medan."

Shaffiz memeriksa senjata dengan teliti, sambil mengangguk. "Semua dalam keadaan baik. Kita siap hadapi apa saja."

Izham menepuk bahu mereka satu persatu, matanya penuh keyakinan. "Kita tahu apa yang perlu kita buat. Jangan biarkan kecuaian memusnahkan misi. Ini bukan hanya tentang kita, tapi tentang keselamatan negara."

Mereka semua berdiri tegak, sejenak memandang satu sama lain seolah-olah mengingatkan diri mereka betapa beratnya tanggungjawab yang sedang dipikul. Dalam hati, mereka tahu bahawa mereka bukan hanya sekadar pasukan tapi mereka adalah barisan terakhir yang mampu melindungi negara dari ancaman luar.

Setiap detik yang berlalu, semakin menghampiri waktu yang ditetapkan. "Waktu makin hampir. Kita bergerak tepat pukul 2200," ujar Izham. Suaranya lebih rendah dan penuh ketegasan.

Mereka beratur keluar dari bilik persiapan. Langkah mereka serentak, beriringan menuju ke hangar di luar. Kenderaan pacuan empat roda dan helikopter yang sudah disiapkan menanti mereka. Izham mengetuai barisan. Diikuti oleh Ashraff, Shaffiz, Zayyan, dan Andri, masing-masing membawa senjata dan peralatan yang telah disediakan.

Di dalam helikopter, suasana menjadi lebih sunyi. Mereka semua mengenakan headset komunikasi. Menunggu arahan seterusnya dari Komander Hamdan yang menghubungi mereka dari pusat kawalan.

Komander Hamdan bersuara melalui radio, suaranya jelas dan tenang. "Pasukan Bravo, misi anda bermula sekarang. Kita perlu pastikan penyeludupan ini tidak berjaya. Setiap keputusan yang anda buat akan menentukan kejayaan kita."

Izham menggenggam erat pemegang di hadapannya, matanya tidak pernah beralih dari skrin radar. "Faham, Tuan. Pasukan Bravo bergerak."

Helikopter mula terbang tinggi, meluncur di langit malam yang gelap. Di bawah mereka, kawasan ladang sawit yang padat membentang luas, seolah-olah menjadi labirin yang menunggu untuk mereka jelajahi.

Saat mereka mendekati kawasan sasaran, hati Izham berdegup kencang. "Semua bersedia?" tanyanya dengan tenang.

"Siap, Alpha," balas rakan-rakannya serentak.

Helikopter turun dengan perlahan, menurunkan mereka ke tanah dengan licin. Sesampainya di permukaan, mereka segera bergerak dengan pantas untuk mengambil posisi strategik, memeriksa sekeliling. Mata mereka tajam, berwaspada dan setiap langkah penuh dengan perhatian.

Izham memimpin mereka ke dalam kawasan ladang sawit, yang semakin gelap di bawah langit malam. "Kita tak boleh terlepas musuh. Tetap tenang, fokus pada tugas masing-masing."

Suasana malam itu senyap. Semua anggota Pasukan Bravo bergerak dengan hati-hati, menyelinap melalui celah-celah pokok sawit. Rancangan mereka sudah disusun dengan teliti, namun mereka tetap berjaga-jaga. Musuh boleh muncul bila-bila masa.

Ada pergerakan," bisik Zayyan melalui radio.

Izham mengangkat tangan, memberi isyarat untuk berhenti. "Bersedia. Tunggu arahan selanjutnya."

UsWhere stories live. Discover now