3rd POV
Izham dan Dania melangkah beriringan di tengah-tengah kesibukan pusat membeli-belah. Dikelilingi oleh lautan manusia yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Mereka memilih untuk duduk di Zus Kafe. Sebuah tempat yang tenang namun cukup sibuk dengan hiruk-pikuk pelanggan. Suasana kafe itu seolah-olah menjadi latar sempurna untuk perbualan yang bakal berlangsung.
"So, kenapa you nak jumpa I ni? I busy, tahu tak?" Dania akhirnya bersuara. Nada malasnya jelas sambil matanya terus terpaku pada skrin telefon bimbitnya. Izham memandang Dania, menghela nafas perlahan. Hatinya sedikit berat melihat sikap gadis itu. Namun dia tetap cuba untuk bersabar.
"I nak bawak you jumpa family I dekat Sabah. I nak kenalkan you dengan mama dan ayah I." Kata Izham. Suaranya tenang tetapi penuh makna. "And I tahu you takkan setuju kalau nak datang ke sana berdua dengan I. So, kalau you nak bawak kawan you seorang untuk teman you, I tak kesah." Dania yang mendengar kata-kata itu segera mengangkat mukanya, memandang tepat ke arah Izham. Riak wajahnya jelas penuh tanda tanya.
"Kenapa nak jumpa diorang pulak? I dengan you bukannya ada apa-apa pun. We're just friends." Balas Dania dengan nada yang sedikit tegas. Risau-risau kalau Izham hanya berniat mahu memainkan perasaannya.
"Izham menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan. "Dania.. I nak tanya you. Jujur dengan I, okay?"
Dania mengerutkan dahi, hairan mendengar nada serius Izham. " Okay, I jujur. What is it?" Jawabnya ringkas walaupun hatinya sedikit berdebar.
"You... you cintakan I?"
Soalan itu membuatkan Dania terpaku. Dia tergagap, cuba mencari jawapan. "I..." Suaranya tersekat, seperti teragak-agak mahu berkata jujur.
"Jujur, Dania... please.." Desak Izham lagi, nadanya tegas dan penuh harapan.
"Tak." Satu perkataan yang ringkas tetapi terasa berat bagi Dania untuk dilafazkan. Jujur, dia sangat mencintai lelaki dihadapannya ini. Izham tersenyum kecil mendengar jawapan itu, senyuman yang sukar dimengerti maksudnya. Namun, matanya masih memandang Dania dengan penuh kelembutan.
"I suka you, I cintakan you, Dania." Kata-kata itu keluar dari mulut Izham tanapa ragu, membuatkan Dania tersentak.
"Sebab tu I nak kenalkan you dengan family I. Sebab I cintakan you dan I nekad nak jadikan you sebahagian dari hidup I, sepenuhnya jiwa I.. Dania Al-Zahrah..."
Dania terdiam, tidak mampu berkata apa-apa.
"I nak jaga you, Dania..." Tambah Izham lagi, nadanya penuh keikhlasan. Kata-kata itu menggema di antara mereka, meninggalkan Dania dengan hati yang berbolak-balik.
Bagi I masa untuk fikir, boleh?" Dania bersuara perlahan, matanya mengelak dari memandang Izham. "I got to go... banyak kerja kat office. I'm sorry..." Tambahnya lagi, jujur dia masih terkejut dengan pengakuan Izham tadi.
"Oh.. kalau macam tu baiklah. You nak I hantar ke? You datang tadi naik apa?" soal Izham, nada suaranya masih tenang.
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...