3rd POV
Izham dan pasukannya. Zayyan, Shaffiz, Ashraff, dan Andri. Mereka bukan sekadar rakan seperjuangan, tetapi juga sahabat sejati yang tak tergantikan. Mereka berlima selalu menjadi tumpuan orang ramai, lagi-lagi di kalangan wanita-wanita single di pangkalan. Dengan rupa paras yang memukau, tubuh tinggi tegap dan aura maskulin yang tak terbantahkan. Kehadiran mereka sentiasa mencuri pandang.
Petang itu, mereka bersantai di kafe pangkalan. Gelak tawa mereka bergema di sudut ruangan, mencairkan suasana serius di sekitarnya. Aroma kopi yang pekat memenuhi ruang.
"Eh, Zayy... kau dengan Indah dah break ke?" Suara Ashraff memecah kehangatan suasana. Pertanyaan itu membuatkan Zayyan terkaku. Huh... dia paling tak suka bila topik ini disentuh.
"Dah." Balas Zayyan pendek, nadanya hambar. Jelas tak mahu perkara itu dibahas lebih lama.
"Tulaa.. aku dah cakap, Zayy. Kau kena ada backup plan. Baru tak sunyi." Ujar Ashraff sambil tersenyum nakal, cuba menceriakan suasana. Namun, gurauannya hanya disambut dengan kerutan kecil di dahi Zayyan yang jelas tak berminat untuk melayan.
Kau ingat aku ada masa ke nak tukar-tukar perempuan macam kau, Ash?" Balas Zayyan dengan nada sinis. Pandangannya tajam menusuk ke arah Ashraff.
Ashraff hanya tersengih, tidak terkesan. "Relax la, bro. Hidup ni pendek, enjoy dulu. Baru semangat." Balasnya sambil menepuk bahu Zayyan, cuba mencairkan ketegangan.
Namun, Zayyan hanya menghela nafas panjang. "Aku lain.. Ash. Aku tak main-main dengan hati orang." Ujarnya tegas. Sebelum kembali menyandarkan badan ke kerusi. Jelas menunjukkan dia sudah muak dengan topik itu.
"Ye, Ash memang kuat test market. Sebab tu semua error je.. kan Ash?" Shaffiz menyampuk dengan nada penuh sindiran sambil menahan senyuman nakalnya.
Ashraff tertawa kecil. Dia tidak mudah tersinggung. "Bro, error tu biasa. Trial and error, sampai jumpa yang terbaik." Balasnya selamba sambil mengangkat bahu seperti bangga dengan strateginya.
Zayyan hanya menggeleng kepala, malas melayan perbualan itu. "Kau ni memang takde ubah, Ash." Gumamnya perlahan namun cukup jelas untuk didengar oleh yang lain. Membuatkan gelak tawa pecah di meja mereka.
"Eh bro, salah ke? Aku kacak kot! Lagi satu, askar kan... standard ah. Daripada korang ni semua, muka je handsome tapi tak laku!" Balas Ashraff sambil tersenyum mengejek, membetulkan jaketnya seolah-olah menambah perisa pada keyakinannya.
Shaffiz mengetap bibir, cuba menahan tawa. "Kau ni perasan lebih lah Ash. Aku tak laku sebab aku pilih standard tinggi, bukan sebab aku tak boleh. Aku bukannya tak handsome sampai tak laku sangat." Balasnya sambil menepuk meja dengan gaya dramatik. Membuat yang lain turut tertawa.
Andri yang sejak tadi berdiam diri, hanya mengangkat kening. "Muka handsome, perangai macam kau? No wonder banyak error bro." Ayat itu disambut dengan sorakan kecil daripada yang lain. Ashraff hanya mengangkat gelas kopinya dan tersenyum. Jujur, dia tak ambil hati dengan ayat-ayat sahabanya yang dilontarkan kepadanya. Dah biasa..
"Ash, dengar nasihat aku. Kita ni bukan hanya bertanggungjawab terhadap tugas kita sebagai askar je tapi juga martabat kita sebagai lelaki." Nada Andri serius tapi tenang.
"Tak laku? Kau lupa agaknya si Am ni lagi laku daripada kau. Cumanya, hobi dia bukan main perempuan macam kau." Tambah Andri lagi dengan nada tenang.
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...