3rd POV
Hari yang dinanti-nanti oleh Izham dan Dania akhirnya tiba. Dengan hati yang penuh debaran dan harapan, mereka mengikat janji dalam sebuah majlis pertunangan yang sederhana namun penuh bermakna. Kedua-duanya tersenyum gembira, memandang masa depan bersama dengan penuh keyakinan. Keluarga dan sahabat-handai turut merasai kegembiraan mereka, menyaksikan dua hati yang telah lama berdua, kini sah bertunang. Izham memegang tangan Dania dengan erat, berjanji untuk menjaga dan mencintainya selamanya. Hari ini menandakan permulaan perjalanan baru mereka, penuh dengan cinta dan impian yang ingin dicapai bersama.
Telefon Izham bergetar, menandakan ada mesej masuk dari kumpulan berlima. Mesej pertama datang dari Shaffiz, yang penuh dengan semangat.
Shaffiz :
"Tahniah bro!"Ashraff tak mahu ketinggalan, dengan gaya nakal seperti biasa.
Ashraff :
"Tunang-tunang juga bro.. tapi tolong bagi nombor Farah tu."Andri, yang lebih tenang, memberi ucapan tahniah sambil memerli Ashraff.
Andri :
"Tak habis-habis lah kau ni Ash. By the way, congrats Am."Zayyan yang turut tersenyum membaca mesej itu, menambah.
Zayyan :
"Tak payah layan ash bodoh ni. Congrats Am."Shaffiz :
"Hahahahaha! Apa pun Am, kitorang sorry sebab tak dapat datang majlis tunang kau. Banyak kerja doh! Tapi kalau kahwin nanti confirm datang!"Zayyan :
"Setuju!"Andri :
"Betul."Ashraff :
"Aah, tapi nanti kau jemput Farah tak majlis kahwin kau nanti? Kalau datang.. aku boleh jadi partner dia."Mesej itu dibiarkan tanpa balasan, seolah-olah masing-masing sedang berehat dan tak mahu melayan usikan Ashraff malam itu. Semua senyap, kecuali Izham yang membalas dengan tenang.
Izham :
"Jemput.. mungkin.."Shaffiz :
"Wait.. kau serious ke?"Izham menjawab dengan tegas, tanpa ragu:
Izham :
"Ye. Aku nak dia tahu yang aku kahwin."Zayyan :
"Faham."Ashraff :
"Mantaplah!"Farah POV
Hujung minggu yang dinanti tiba, dan Hadif datang menjemputku di rumah untuk keluar bersama. Sesuatu yang terasa istimewa tentang hari ini.
"I nak bawak you satu tempat. Special punya," kata Hadif dengan nada yang penuh misteri.
"Wahh.. kat mana?" balasku, teruja dan ingin tahu.
"Rahsia.." jawab Hadif, membuatkan aku semakin tertanya-tanya.
Kami akhirnya sampai di sebuah restoran mewah, lengkap dengan hiasan yang begitu elegan, seolah-olah ada sesuatu yang sedang dirancang.
"Cantiknyaaa... Tapi kenapa macam nak celebrate special day kat sini?" tanyaku, masih berasa agak pelik dengan suasana yang mewah ini.
"Have a sit, princess," kata Hadif, sambil menarik kerusi untukku. Aku menuruti sahaja walaupun rasa semakin bingung.
Kemudian, dengan serius, Hadif memandangku dan berkata, "Sekarang.. boleh I tahu kenapa you nangis masa kita terjumpa semula dulu?"
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...