Farah POV
3 BULAN KEMUDIAN..
11th November 2024,
Ya.. perasaan aku padanya masih sama. Aku masih ingat janjiku padanya sedangkan dia? Aku langsung tak tahu..
Aku membuka aplikasi TikTok. Aku menekan namanya. Sekarang, aku hanya ada TikTok dia sahaja. Sementara account Instagramnya telah dia delete. Huh!
Aku mengetap bibir, memandang skrin telefon yang sunyi. Dengan hati yang penuh debar, aku menghantar mesej panjang lebar.. mengungkapkan segalanya, mengatakan betapa perasaan aku langsung tidak berubah walau masa telah berlalu.
Namun, semua itu hanya berakhir dengan satu perkara yang cukup menyakitkan.. seen. Tiada kata balasan, tiada respond yang aku harapkan. Hanya satu tanda kecil di hujung mesej yang cukup untuk menghancurkan hati aku.
Aku menghela nafas panjang. Meletakkan telefon di sisi. 'Takpe..' bisik hatiku, walau luka itu jelas terasa.
"Mencintai bukan tentang memaksa. Kadang-kadang, kita hanya perlu mencintai dari jauh dan melepaskan.."
"Cinta tak boleh dipaksa.."
"Cinta tak semestinya memiliki.."
"Cinta yang paling agung adalah.. melepaskan dia bahagia dengan orang yang dia cintai.."
"Cinta kadang-kadang bukan tentang memiliki, tetapi tentang melepaskan agar orang yang kita sayang dapat bahagia.. walaupun tanpa kita di sisi mereka."
"Allah.. sakit.." Rintihku.
"Jika dia bukan untukku maka kau buanglah perasaan ini ya Allah.."
3rd POV
IZHAM sedang duduk di meja. Fokus dengan tugas yang perlu diselesaikan, ketika bunyi telefon memecah kesunyian ruang kerjanya. Tanpa berfikir panjang, dia mencapai telefon dan melihat nama yang tertera pada skrin—Farah Qasryn. Farah Qasryn, gadis yang benar-benar menyukainya, gadis yang tidak pernah berputus asa dalam menjaga perasaan itu.
Izham menghela nafas panjang. Dia tahu, setiap kali Farah menghantar pesanan.. pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan. Tapi hatinya.. hati Izham.. bukan untuk gadis itu. Dia sudah membuat pilihan.
'Apa yang kau suka sangat dengan aku ni, Farah..' Izham bertanya sendiri. Suara itu hampir tak kedengaran. Hanya terdetik di dalam hati.
Dia tahu, gadis itu begitu tulus dan setia dengan perasaannya. Tapi mengapa, dia sendiri tidak pernah merasai perkara yang sama? Mengapa hatinya tak mampu memberi ruang untuk Farah walaupun gadis itu sentiasa hadir dalam hidupnya dengan penuh harapan?
Gadis itu benar-benar mencintainya. Namun, dia sudah ada Dania Al-Zahrah. Dania adalah segala-galanya baginya sekarang. Perasaan itu lebih dari sekadar suka. Ia adalah cinta yang dalam dan tulus.
Dia hanya melihat mesej Farah yang belum dibaca, dengan perkataan-perkataan penuh harapan di dalamnya.
Namun, dia memilih untuk tidak memberi sebarang respond. Perasaan itu bukan sesuatu yang boleh dia balas dengan kata-kata manis atau sekadar mengungkapkan apa yang tidak dia rasakan. Hatinya hanya milik Dania Al-Zahrah. Perasaan terhadap Farah Qasryn tak pernah wujud dalam hatinya walaupun sedikit..
Tiba-tiba suara dari arah belakang menyentak lamunan Izham.
"Eh, Am. Nampak serabut je. Kenapa?" Tegur Zayyan sambil menarik kerusi dan duduk di sebelahnya, memandang wajah sahabatnya yang kelihatan tenggelam dalam fikiran.
YOU ARE READING
Us
RomanceKhairil Izham merupakan seorang tentera di bawah unit Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU yang berpangkat Leftenan. Dia seorang yang tegas dan sangat fokus dalam kerjanya. Dia mempunyai seorang gadis yang dia idamkan. Sampailah a...