Chapter 11

101 3 0
                                    

Farah POV

Keesokan paginya, sinar matahari mula menyapa bilik kecilku. Aku bangun perlahan, merasakan kehangatan mentari yang menyelinap masuk melalui celah langsir. Jam loceng di meja sebelah sudah berbunyi, memberi isyarat supaya aku bersiap untuk hari pertama semester baru.

Aku menghela nafas panjang sambil mililit shawl yang aku pakai mengikut style ku. Hari baru, kan? Aku patut mulakan dengan semangat. Aku melangkah ke meja belajar dan mengambil jadual kelas yang sudah aku siapkan semalam. Melihat nama-nama subjek di atas kertas itu sedikit sebanyak memberi aku rasa teruja, meskipun dalam hati masih ada ruang kosong yang belum terisi.

"Cukup, Farah. Fokus." Aku bercakap dengan diriku sendiri sambil menyarungkan blazer hitam yang aku gantung malam tadi. Cermin di hadapanku memantulkan wajah yang aku cuba yakinkan sebagai lebih kuat.

Dalam perjalanan ke kolej, aku melihat pelbagai wajah yang kelihatan sama seperti aku. Penuh harapan dan kesibukan pagi. Aku tersenyum kecil, cuba menyerap semangat itu. Semester baru bermakna peluang baru, pengalaman baru.

Aku melangkah masuk ke dewan kuliah, memerhatikan wajah-wajah pelajar lain. Ada yang aku kenal, ada juga yang masih asing. Tapi tak mengapa. Aku duduk di tempat yang kosong di barisan tengah, membuka buku dan bersiap untuk kelas pertama.

Di saat pensyarah masuk, aku sempat memandang ke luar tingkap. Burung-burung berkicau, bebas di angkasa.

Dalam hati aku berbisik, 'Farah, kau pun boleh bebas. Kau pun boleh terbang tinggi. Lupakan apa yang melukakan. Capai apa yang kau mahu.'

Dan itulah yang aku nekadkan hari ini.. untuk terus melangkah. Dengan atau tanpa dia. Hidup aku akan terus berjalan.

3rd POV

IZHAM melangkah masuk ke pusat membeli-belah dengan langkah penuh keyakinan, walaupun debaran di dadanya semakin kuat. Hari ini bukan sekadar hari biasa. Dia ada misi penting iaitu mencari cincin yang sempurna untuk Dania. Wanita yang bakal dia ajak bertunang sebentar lagi.

Dia berhenti di hadapan sebuah butik barang kemas yang mewah. Swarovski menjadi pilihannya. Kilauan berlian di balik kaca pameran seolah-olah memanggilnya masuk. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum melangkah masuk dan disambut oleh pekerja butik yang tersenyum mesra.

"Selamat datang, encik. Ada apa yang boleh saya bantu?" Tegur pekerja itu sopan.

"Saya cari cincin... untuk tunang saya." Jawab Izham. Sedikit gugup tapi dalam suaranya jelas ada keyakinan.

"Oh, tahniah, encik. Kami ada banyak pilihan cincin pertunangan. Encik ada reka bentuk tertentu yang diinginkan?" Tanya pekerja itu.

Izham berfikir sejenak, membayangkan peribadi Dania yang sederhana, lembut tetapi tetap memancarkan keanggunan. "Saya nak sesuatu yang tak terlalu menonjol tapi tetap nampak elegan. Sesuai dengan dia."

Pekerja itu mengangguk sebelum membawa Izham ke satu sudut yang mempamerkan koleksi cincin. Mata Izham tertumpu pada satu cincin perak dengan rekaan minimalis, dihiasi sebutir berlian kecil yang bersinar lembut di tengahnya.

"Yang ini," katanya sambil menunjuk, yakin bahawa cincin itu melambangkan kesempurnaan Dania.

"Pilihan yang sangat baik, encik. Cincin ini direka khas untuk melambangkan kesederhanaan dan keindahan cinta sejati," puji pekerja itu sambil mengeluarkan cincin tersebut dari kaca pameran.

UsWhere stories live. Discover now