Chapter 9

89 5 0
                                    

3rd POV

Suasana di bilik kerja Izham ketika itu cukup santai. Gelak tawa kecil mengiringi perbualan mereka. Zayyan sedang menyindir lembut masalah peribadi Izham. Sementara Shaffiz dan Ashraff masing-masing menambah komen-komen pedas tapi menghiburkan. Andri pula sesekali menggelengkan kepala sambil tersenyum, cuba mengimbangi perbualan dengan sedikit rasional.

"Aku tak tahulah, Am. Kau ni muka je tough tapi bab hati macam kacang je," usik Zayyan sambil ketawa kecil.

"Eleh, Zayy. Kau pun dua kali lima je. Lima kali? Haa.. tolong jawab. Jangan lupa siapa yang mengeluh sebab ex-girlfriend kau tak faham kau dulu?" Balas Izham, separuh mencabar.

"Babi." Jawab Andri sepatah.

Semua mata terus tertumpu ke Andri. Andri hanya menayangkan muka tidak bersalah. Mereka semua tergelak melihat muka Andri yang seolah-olah tiada apa berlaku.

Namun.. ceria itu terhenti serta-merta apabila pintu bilik tiba-tiba terkuak dengan kasar, mengejutkan mereka semua.

Komander Hamdan melangkah masuk dengan langkah tegas. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang ruang untuk gurauan. "Pasukan Bravo!" serunya. Suaranya memenuhi ruang bilik.

Mereka semua segera berdiri. Refleks disiplin sebagai askar mengambil alih. Gelak tawa tadi digantikan dengan wajah serius dan penuh fokus.

"Cuti kau orang dah habis dua hari lepas," kata Hamdan tanpa berlengah, suaranya tajam. "Dan sekarang kita ada operasi kecemasan. Aku nak semua bersedia."

Izham segera menjawab, "Operasi apa, Tuan?"

Komander Hamdan melangkah ke meja, meletakkan sebuah fail tebal di hadapan Izham. "Penyeludupan bersenjata di kawasan sempadan. Kau orang akan bertindak malam ni. Briefing dalam satu jam. Aku tak nak ada yang lambat."

Shaffiz memandang rakan-rakannya, keseriusan terukir di wajahnya. "Faham, Tuan. Kami akan bersedia."

Hamdan memandang setiap mereka dengan mata tajam sebelum menambah, "Ingat, ini bukan latihan. Fokus dan jangan ada kesilapan."

"Faham, Tuan!" mereka menjawab serentak dengan penuh disiplin.

Setelah Hamdan keluar, keheningan meliputi ruang bilik. Ashraff melepaskan nafas panjang, memecah sunyi. "Nampaknya misi baru. Bye-bye rehat."

Jangan mengeluh. Ini kerja kita," balas Izham dengan suara tegas. "Kumpulkan semua barang. Kita jumpa di briefing room."

Tanpa banyak bicara, mereka segera bersurai. Menukar mood dari santai kepada mod perang. Bersedia untuk apa saja yang menanti di medan tugas.

Suasana di briefing room cukup tegang, diisi hanya dengan bunyi hela nafas dan jemari Komander Hamdan yang mengetuk meja, seiring dengan detik waktu. Semua anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) duduk tegak, menunggu arahan dengan penuh perhatian. Peta besar tergantung di dinding menjadi pusat perhatian, menandakan lokasi misi yang bakal mereka hadapi.

"Pasukan Bravo." Suara Komander Hamdan memecah kesunyian, penuh dengan ketegasan. "Kita baru terima intel tentang aktiviti penyeludupan senjata berat di sempadan utara. Sasaran kita adalah menghalang konvoi mereka sebelum berjaya melintasi sempadan negara. Operasi malam ini adalah critical. Aku tak nak ada sebarang kesilapan, jelas?"

Semua mata tertumpu pada lelaki itu, masing-masing menyerap setiap butiran penting.

"Musuh dianggarkan bersenjata berat dan bergerak dalam dua kenderaan pacuan empat roda. Mereka membawa senjata haram yang boleh mengancam keselamatan negara. Kau orang adalah barisan depan. Sokongan udara akan tersedia, tetapi misi ini tetap bergantung pada kecekapan kau orang di medan operasi," tegas Hamdan.

UsWhere stories live. Discover now