Chapter 6

83 2 0
                                    

3rd POV

Pagi itu, suasana di depan rumah Ashraff sunyi kecuali deruman enjin motor berkuasa tinggi yang memenuhi ruang. Izham, Shaffiz, Andri, dan Zayyan sudah bersedia dengan motor masing-masing. Tepat jam 8:30 pagi seperti yang dirancang. Helmet dan jaket mereka sudah siap. Semangat untuk ride ke Cameron Highland membara dalam diri masing-masing. Bukan selalu..

Tapi masalahnya... tuan rumah! Ashraff, masih belum muncul.

"Aku rasa dia masih tidur, confirm!" Zayyan bersuara sambil mematikan enjin motornya, wajahnya penuh dengan rasa tidak puas hati.

Izham hanya geleng kepala sambil bersandar pada motornya. "Biasalah, Ash. Dia kan janji melayu orangnya."

Zayyan mengangkat tangan, mengetuk pintu pagar rumah Ashraff berkali-kali. "Ash! Bangunlah.. weh! Kami dah tunggu ni! Bodoh lah kau ni!" Dengan suara tidak puas hati. Dia paling malas kalau kena tunggu-tunggu orang ni. Sebab tu single!

Namun, tiada sebarang jawapan dari dalam rumah. Andri, yang sudah kehilangan sabar, mencabut helmetnya dan bersuara, "Kita nak ride ke Cameron ke atau kita tunggu dia ni sampai tengah hari?"

Mereka semua ketawa kecil tapi jelas ada keletihan pada wajah masing-masing. Ashraff memang selalu begini, lewat dan menyusahkan, tapi entah kenapa mereka tetap tak pernah betul-betul marah. Itulah uniknya persahabatan mereka. Walau ada yang lambat.. mereka tetap setia menunggu.

Akhirnya, pintu rumah itu terbuka perlahan. Muncul Ashraff dengan wajah yang masih kusut, rambut serabai.. dan jelas kelihatan dia baru saja bangun tidur. Mata dia separuh terbuka macam orang belum cukup tidur dan... oh, ya, masih dalam pakaian tidur!

"Hmm... korang dah sampai, eh?" katanya selamba.. tanpa sekelumit rasa bersalah.

Shaffiz berdiri tegak dengan tangan bersilang di dada, memandang Ashraff dengan pandangan 'seriously?'. Eh, jantan ni kang! "Bukan 'dah sampai,' Ash. Dah setengah jam kitorang tunggu kau!"

Zayyan yang sudah duduk di atas motornya menggeleng perlahan. "Kau ni memang... muka tak ada tanda bersalah langsung. Siot betul!"

Ashraff tersengih, malas nak layan bebelan mereka. "Relax lah, bro. Ride Cameron ni, bukan naik kapal angkasa. Aku siap kejap je. Korang masuk lah dulu. Tunggu kat dalam." Dia menguap besar, langsung tak peduli dengan pandangan tajam kawan-kawannya.

Selepas 30 minit. Ya, setengah jam lagi berlalu.. barulah Ashraff keluar dari biliknya. Kali ini dia sudah siap lengkap dengan jaket motor, helmet di tangan, dan senyuman lebar seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Okay, jom! Semua dah ready, kan?" Katanya selamba, seolah-olah dialah yang menunggu mereka selama ini.

Andri menjeling tajam, cuba menahan sabar. "Ash, kau sedar tak kau dah buat kita tunggu sejam sekarang ni?"

"Sejam? Ala... kira okay lah tu. Kalau perempuan, sejam setengah minimum. Lagipun kalau macam ni je kan aku lambat? Kalau pasal kerja selalu sharp kan?" Balas Ashraff sambil mengangkat keningnya berkali-kali, masih dengan nada main-main. Ye, Ashraff kalau bab kerja.. selalu on time!

Masing-masing terus berjalan ke motor masing-masing.

Shaffiz menggeleng kepala sambil memakai helmetnya. "Ash, kau ni memang sial kan? Tak rasa bersalah langsung."

UsWhere stories live. Discover now