Chapter 12

80 5 0
                                    

3rd POV

Izham melangkah masuk ke dalam kafe yang bertemakan fairy tale di dalam mall itu. Suasana lembut dan menenangkan menyelubungi ruang. Cahaya lampu berwarna kekuningan menghiasi setiap sudut, mencipta bayang-bayang yang seakan berasal dari dunia fantasi. Aroma kopi dan pastri segar memenuhi udara, memberi rasa selesa yang sukar digambarkan.

Dia sempat melirik ke sekeliling, mencari kelibat Dania. Wanita itu sudah duduk di satu sudut kafe, di meja berhampiran tingkap kaca besar yang menghadap taman kecil di luar. Wajahnya tenang, namun ada senyuman manis yang tak pernah gagal membuatkan hati Izham bergetar setiap kali melihatnya.

Izham menarik nafas panjang. Dalam genggamannya, ada kotak kecil berwarna biru. Cincin tunang yang dipilih dengan penuh hati-hati kini menunggu saatnya untuk diberikan kepada wanita yang dicintainya.

Dia melangkah ke arah Dania, setiap langkahnya terasa berat tapi penuh keyakinan. Seperti biasa, Dania yang menyedari kehadirannya terus melambai kecil sambil tersenyum, menampakkan wajahnya yang penuh kegembiraan.

"Baby!" Dania memanggil, nadanya ceria. Dia bangun seketika untuk menyambut Izham sebelum mereka duduk semula.

"Hai, sayang. Sorry sayang.. I lambat..." Kata Izham sambil menarik kerusi dan duduk berhadapan dengan kekasihnya. Dia meletakkan kotak kecil di dalam poket jaketnya, menunggu masa yang sesuai.

Dania menggeleng kecil. "It's okay, baby. I pun baru je sampai. You okay? Nampak macam nervous je."

Izham ketawa kecil, cuba menyembunyikan rasa gugupnya. "Eh, mana ada. I okay je. Cuma..." Dia berhenti, mengambil masa seketika untuk mengatur ayat.

"Cuma apa?" Dania menyoal, keningnya terangkat sedikit.

Izham memandang mata Dania dalam-dalam. Hatinya sarat dengan perasaan.. cinta, syukur dan harapan yang dia simpan sejak mereka mula bersama. Hari ini dia ingin pastikan bahawa hubungannya dengan Dania melangkah ke peringkat seterusnya.

"Sayang..." Izham menarik nafas dalam. Tangannya perlahan-lahan masuk ke dalam poket jaket dan mengeluarkan kotak kecil itu. Dia meletakkannya di atas meja, betul-betul di hadapan Dania.

Dania terkedu seketika, memandang kotak itu sebelum memandang Izham kembali. Wajahnya jelas terkejut, tetapi senyumannya mula melebar.

Izham membuka kotak itu, memperlihatkan cincin bertatahkan berlian kecil yang elegan. Sederhana tapi penuh makna. "I nak kita bertunang. I nak teruskan langkah untuk jadikan you isteri I, Dania. You setuju?"

Mata Dania mula berkaca. Hatinya seolah-olah meletup dengan rasa bahagia. Dengan tangan yang sedikit menggeletar.. dia menutup mulutnya, tidak percaya apa yang sedang berlaku.

"Baby..." Dia berkata perlahan, senyumannya lebar. "Of course, I setuju!"

Izham tersenyum lega, lantas menyarungkan cincin itu ke jari manis Dania. Saat itu, seluruh kafe terasa sepi bagi mereka berdua. Di dunia ini, hanya ada Izham dan Dania. Dua hati yang sedang melangkah ke arah sebuah cerita yang lebih besar.. lebih indah.

Dania menyambung dengan senyuman manis, matanya bersinar penuh kejujuran. "Baby... I dah ready nak jumpa parents you."

Izham terkejut. Hatinya berdegup kencang, namun dalam masa yang sama, ada rasa kebahagiaan yang tak terkata. "Seriously sayang?" Soalan itu keluar tanpa dipinta, suaranya hampir bergetar dengan kegembiraan. "Alhamdulillah, kalau macam tu... alright, nanti I cari masa untuk bawak you pergi Sabah, okay? I love you, sayang!"

UsWhere stories live. Discover now