Chapter 13

86 3 0
                                    

3rd POV

Puan Sara yang baru balik dari pasar tergesa-gesa masuk ke rumah, terus mencari suaminya. "Abang!"

"Ye, Sara... terjerit-jerit ni kenapa?" tanya Encik Zudin, terkejut dengan suara isterinya.

"Khai telefon Sara tadi... dia kata mo bawa menantu kita datang sini. Kenalkan dengan kita. Tak sabar saya..." kata Puan Sara, wajahnya berseri-seri penuh keterujaan.

"Iya? Bila tu?" tanya Encik Zudin, turut gembira. Akhirnya anak sulungnya mahu bawa kekasihnya berjumpa dengan mereka.

"Hujung minggu ni, bang. Saya mo masak sedap-sedap lah!" Jawab Puan Sara, matanya bersinar dengan kegembiraan.

Encik Zudin mengangguk perlahan, senyum lebar di bibirnya. "Bagus lah tu. Tak sabar mo jumpa menantu kita."

Izzue yang mendengar perbualan mama dan ayahnya itu turut gembira.

IZHAM yang sedang berehat setelah selesai melatih pelatih-pelatihnya, duduk di bilik kerjanya. Tiba-tiba, pintu bilik kerjanya dibuka tanpa permisi. Siapa lagi kalau bukan kawan-kawannya yang selalu mengganggu hidupnya. Haih, nasiblah.

"Bro!" Tegur Zayyan, sambil melangkah masuk dengan senyuman lebar.

Izham hanya mengangkat keningnya, tanda memberi isyarat 'apa?'

"Ash ni tiba-tiba cakap dengan aku dia nak tengok muka Farah Qasryn yang suka kau tu," tambah Zayyan lagi, jelas dengan tujuannya.

Ashraff pula tak mahu ketinggalan. "Tak adil gila! Aku sorang je tak pernah tengok muka si Farah tu. Korang semua pernah. Am tak pernah tunjuk kat aku pun," katanya, sedikit merungut.

Andri menyampuk dengan gurauan. "Sebab kau tu playboy, takut nanti si Farah ni pun kau saja nak try, mainkan perasaan dia."

Ashraff ketawa. "Eh, common lah! Taste aku semua cantik-cantik. Kalau Farah ni, aku tak rasa dia cantik sebab Am pun reject dia."

Zayyan dengan nada sinis menyambung, "Ash, kau lupa ke? Ramai dah perempuan Am reject. Semua cantik-cantik, Ash. Lepas tu kau yang try. Yang peliknya semua yang Am reject... sangkut jugak dengan kau."

Shaffiz yang diam saja tadi, menyindir dengan nada biasa. "That's mean, perempuan-perempuan tu tak ikhlas pun lah dengan Am. Mesti sebab Am handsome lepastu ya... zaman sekarang kan tengah hot lelaki uniform... apa tu, Alqadr eh?"

Izham yang malas mahu melayan kerenah kawan-kawannya, cuma menggeleng perlahan. "Cukuplah.. korang ni. Aku ada benda lagi penting nak cakap dengan korang ni." katanya, sambil menyandarkan tubuh ke kerusi.

Ashraff tak putus asa. "Alaaa.. Am, please... Aku nak tengok muka dia, please. Aku janji tak kacau dia..."

Izham akhirnya mengalah. "Fine," katanya sambil mengeluarkan telefon, membuka galeri gambar dan menunjukkan gambar Farah kepada Ashraff.

Ashraff yang tidak sabar, terus memandang gambar itu, dan jeritannya hampir membuatkan seluruh bilik terkejut. "Mak aih... cantik siot!"

Kawan-kawannya yang lain hanya menggeleng perlahan, sudah biasa dengan perangai Ashraff yang selalu teruja dengan benda yang belum tentu dia faham.

Andri yang bosan dengan perangai Ashraff yang terus-terusan teruja dengan gambar Farah. Dia mengalih perhatian, cuba mengubah topik. "Kau cakap ada benda lebih penting nak cakap? Kau nak cakap apa, Am?"

"Aku nak tunang. Dengan Dania," ujar Izham, tenang tetapi penuh makna.

Zayyan terus melompat dari kerusinya, bersorak kecil. "Alhamdulillah! Akhirnya dapat jugak kau tunang dengan perempuan idaman kau, lepas tu kahwin... Tahniahh, Am!" ucapnya dengan penuh semangat.

UsWhere stories live. Discover now