"HUARGHHHHHH." Alangkah terkejutnya Nashwa melihat ada seekor harimau kumbang bewarna hitam didalam kandang itu. Ini ke kandang haiwan yang Adyan maksudkan? Kenapa binatang buas ni juga orang tua ni nak bela?"Dia ni gila ke apa?! Tak pernah dibuat oranglah bela harimau kumbang! Macam mana aku nak cuci kandang kalau macamni?! Belum sempat masuk dah kena ngap rasanya." Nashwa garu kepala. Buntu nak buat apa.
"Nashwa?"
Nashwa tersentak apabila ada seseorang memanggil dia dari belakang.
"Eh Puan Arissa, buat ape kat sini?"
"Rissa dengar orang menjerit tadi sebab tu Rissa datang sini." Arissa mengukir senyuman.
"Ouh emm sorry kuat sangat ke? maaflah saya terkejut sikit tadi."
"Terkejut? Terkejut sebab apa?" Soal Arissa.
"Takdelah Tuan Adyan suruh saya cuci kandang ni tapi kalau saya masuk ni rasanya dah tak lama riwayat saya."
"Ouh cuci kandang ni? kandang Aluffan ni ke?"
"Hah?Aluffan? Siapa Aluffan?" Nashwa mengerutkan dahi.
"Aluffan tu haiwan abang Ad lah, yang dalam kandang tu." Arissa memuncungkan bibir tanda menunjukkan arah kandang tersebut.
"Ouh ye ke, nama dia Aluffan. okay paham."
Nashwa tersengih, dalam hati dia sudah berbisik 'apa kejadahnya haiwan nama Aluffan? pelik-pelik jelah."Nashwa nak cuci kandang ni ke?" Soalan Arissa memberhentikan lamunan Nashwa.
"Haah Tuan Adyan suruh."
"Ok lah kalau macam tu, awak masuk je slow-slow dan yang paling penting sekali jangan kuat suara dengan dia. Ouh by the way saya nak keluar kejap tau dengan kawan."
"Hah? Ouh ye baik Puan Arissa." Nashwa melemparkan senyuman.
"Eh jangan panggil Puan, panggil Arissa je."
"Emm baik A-arissa." Nashwa mengangguk, dah orang tak bagi kita patuhi jelah.
Arissa menoleh kebelakang lalu dia berlalu pergi dari situ, dia sudah lewat ingin bertemu Riana.
Setelah kelibat Arissa sudah hilang, mulalah Nashwa nak membebel.
"Dia tinggal aku macam tu je? Harey betul bukannya nak tolong boleh belah pulak ciss."
Nashwa pusing ke belakang, mukanya terus berubah,dia stress apa patut dia buat? Tak cuci nanti boss marah.
"HUARGHHHHHH STRESSNYA AKUUUU!!."
Dalam tengah membebel Nashwa bergerak perlahan ke arah kandang tersebut."Masuk jelah eh? dia dah manja kot." Dia cuba untuk fikir positif. Mungkin kerana sudah lama dibela haiwan ini jadi manja?
"1"
"2"
"3"
*Kunci pagar dibuka perlahan*
.....
"ARGHHHHHHH AKU TAKNAK AKU TAKNAK JANGAN KEJAR AKU LAHHHH!!"
Habis ditawafnya kawasan perumahan lelaki itu dek kerana dikejar binatang itu. Nashwa membuat keputusan untuk masuk sahaja ke dalam rumah. Nanti pandailah dia fikir macammana nk settlekan Aluffan tu.
.
.
.
.
.Sudah 30 minit Nashwa masih setia
Mengendap Aluffan dari dalam rumah,dia masih tidak berani untuk keluar, Nashwa tidak habis fikir bagaimana Adyan boleh bela haiwan sebegitu,tak takut mati ke? Nashwa menghela nafas.

YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...