Bab 9

148 6 1
                                    

Sebaik sahaja Adyan Menolak daun pintu officenya ada Orang Tua yang sedang membaca Surat khabar di dalam officenya.

"Daddy buat apa kat sini?" Adyan melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Dato' Aaydan.

"Saje,dah lama tak datang Office." Dia memandang anaknya sekilas kemudian berdehem.

"Apa ni... Seorang lelaki Menyesal seumur hidup kerana menolak banyak hati sewaktu muda..kini umurnya sudah jejak 50 tahun tiada siapa yang mahu..Ya Allah memang single seumur hiduplah macamni." Sengaja dia ingin mengusik Adyan,walhal mana ada Pon topik itu dalam surat khabar.

Adyan hanya memekakkan telinga,tahu sangat perangai Daddynya ini,sengajalah tu nak perli dia.

"Muka hensem,badan sado,kerja CEO Hotel Terkenal tapi Baca surat khabar,zaman bila tah baca surat khabar." Dia kembali mengejek orang tua itu.

"Watch your mouth eh Adyan,Kamu apa tau? Orang dulu-dulu dapat info panas dari sini tau,ini barang legend." Dia menampar surat khabar itu beberapa kali.

"Cehh."

"Nanti Daddy dengan Mommy nak buat majlis sempena hari jadi dan kepulangan adik kamu Arissa dekat rumah kita,jangan lupa bawak Nashwa sekali." Dia meletak Surat khabar di atas meja.

"What? Are you serious? Adyan kena bawak dia? Daddy tu Kan majlis family kenapa nak invite dia pulak?" Kaki disilangkan.

"Eh majlis tu Daddy yang buat ikut suka Daddylah nak invite siapa Pon." Dia juga turut menyilangkan kakinya.

"Tap-" tidak sempat dia menghabiskan ayatnya Dato' Aaydan mencelah.

"No reason, Daddy tak kira yang penting Daddy nak kamu bawa juga dia datang majlis tu nanti,faham?" 

Adyan hanya diam,dia menjulingkan matanya ke atas.Dia ini majikan kepada wanita itu bukannya driver kenapa pulak dia yang kena bawak? Naik ajelah grab.

"Mana PA kamu? Dari tadi Daddy datang tak nampak Pon dia,nak suruh bancuhkan coffee."

"Dah berhenti."

"Again?" Dia tidak terkejut, mendengar berita PA Adyan berhenti sudah terbiasa baginya.

Adyan hanya mengangguk, lantaklah diorang nak berhenti sekalipun bukannya dia kisah.

Rata-rata yang mohon pekerjaan itu bukanlah ingin bekerja sangat,mereka cuma mahu menggoda jejaka hot itu tetapi malangnya mereka tak pernah dilayan oleh Adyan jadi setelah sekian lama mencuba tetapi Adyan masih Sahaja sama mereka buat keputusan untuk berhenti.

"Daddy lah ni Ad dah cakap Ad tak perlukan PA Ad boleh buat semua kerja sendiri."

"Tak boleh Adyan,kamu kena ada Personal assistant juga untuk tolong kamu." Keras kepala betullah anaknya ini,dari dulu sampai sekarang sama saja.

"Lepastu kamu nak cari siapa lagi jadi PA kamu? Kalini pilih yang betul-betul Adyan rasa boleh buat kerja."

"Nantilah Adyan fikir."























Naufal memandang kad yang diberikan oleh wanita yang melanggar sportbikenya tempoh hari, patut ke dia call wanita itu?

Phone disebelahnya di ambil,dengan segera dia mengetaip nombor telefon wanita itu.

*Tut²*

"Yes?" Wanita itu menjawab panggilan dari Naufal.

Naufal diam,tidak tahu ingin borak apa,dia hanya ingin meminta ganti rugi.

"Hello? Ada orang ke tak ni? Kalau takde saya end call." Suara wanita itu berubah confuse.

"Err hello s-saya owner motor yang awak langgar haritu." Naufal sedikit gementar,mana pernah dia call wanita sebegini.

"Ouhhh owner motor rupanya...dah lama saya tunggu awak call, ingatkan awak dah lupa dah kes tu, kenapa nak minta ganti rugi ke?"
Soal wanita itu.

"Ye,motor saya calar teruk sebab awak jadi saya nak minta ganti rugi." Naufal memang seorang yang pantang nampak benda yang tak perfect, semuanya kena perfect.

"Boleh je,tapi bukan sekaranglah,Emm tunggu lusa boleh?"

"Kenapa pulak? Nak mengelak lah tu." Tuduh Naufal.

"Eh mana ada saya banyak duit okay...cuma saya tak boleh jumpa awak sekarang atau esok sebab Harini saya banyak patient esok pulak saya ada majlis family nak kena pergi so lusa boleh?" Sekali lagi dia menyoal.

"Haish yelah..jangan kencing saya pulak,kalau awak kencing saya saya sumpah awak jadi belalang." Hilang sudah rasa gementarnya tadi.

"Eh janganlah macamtu..saya masih nak jadi manusia,saya janji lusa kita jumpa,err btw I have to go now,see you soon."

"Okay." Naufal menamatkan panggilan,kalau perempuan tu dah janji tak mungkin dia nak menipu.

Dia memandang ke arah Mikael yang sedang seronok bermain di taman mainan.

"Mikael sini!." Jerit Naufal memanggil Adiknya.

Mikael yang dengar abangnya menjerit memanggil namanya berlari ke arah Naufal.

"Ye Abang?"

Naufal menolak rambut adiknya yang sudah serabai dengan penuh peluh kebelakang.

"Jom kita gi beli aiskrim lepastu kita balik,dah lewat ni,nanti kita datang balik boleh?" Soal Naufal lembut sahaja.

"Boleh jom!"

"Alright let's go." Dia menarik tangan adiknya dan membawa Mikael ke superbike miliknya.
Helmet kecil milik Mikael dihulurkan.

"Macam biasa pegang abang kuat-kuat tau nanti jatuh."

"Okay abang." Mikael memeluk Naufal sekuatnya.

"Follow them." Arah lelaki misteri itu.

Van hitam yang sudah siap sedia menunggu di belakang mengikuti Naufal dan Mikael.

"Tak jumpa kau,jumpa adik kau Pon boleh..kalau aku culik adik kau mesti kau akan datang Right?" Lelaki misteri itu senyum  sinis.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now