Bab 8

262 8 0
                                    

Sedang Dato' Aaydan menghirup kopi di ruang kerjanya,dia menerima satu panggilan.

"Hm?"

"Dato' saya ada info penting nak bagitahu, Dato' busy ke?" Sebelum dia memberi info dia meminta izin dahulu,yelah Dato' Aaydan selalu busy dengan kerja walaupun Adyan sudah mengambil alih Tugasnya.

"Just keep going."

"Diorang tengah cari Nashwa sekarang ni Dato',Lelaki tu nakkan Nashwa balik."
Beritahu seorang lelaki di dalam panggilan itu.

"Siapa? Nathaniel or Abdullah?" Bila berkenaan dengan Nashwa hanya dua Jantan ini sahaja yang akan terlibat.

"Both.Nathan arahkan Abdullah untuk Cari anak dia balik secepat mungkin."

"Macam mana kau dapat info?" Dia bangun dari kerusi kerjanya,langkah dibawa ke balkoni bilik kerjanya.

"Macam biasa dari spy kita Dato' dia bagitahu info ni semalam selepas diorang culik Abdullah dan ugut dia,dia kata Nathan memang tengah lapar sangat si Nashwa tu."

"It's okay biarkan dulu diorang as long as adik dan anak sedara aku belum kena sentuh,yang penting pastikan kawasan perumahan tu jangan bagi diorang masuk,make sure semua selamat."

"Baik Dato', tapi kalau diorang dapat tangkap Nashwa atau ahli keluarga dia macam mana Dato'? Apa yang kami kena buat?" Apa-apa Pon mesti ikut arahan Dato' Aaydan dahulu.

"Pastikan diorang mati." Tidak bernada tetapi dengan hanya mendengar sahaja cukup membuatkan lelaki di dalam panggilan itu gerun walaupun sudah 3 tahun dia bekerja dengan Dato' Aaydan.

"Baik Dato' Info diterima."

Dato' Aaydan terus menekan butang end,tangan diletakkan di atas penghadang,dia melempar pandangan ke luar dengan wajah kosong tetapi menggerunkan.

'Nampaknya kau masih tak serik...Aku takkan biarkan Nashwa kena sentuh lagi dengan bapa tak guna macam kau,kau perosak hidup dia,kau bapak yang tak ada hati perut'


















Daniel bersiap-siap ingin berjumpa dengan seseorang yang dilanggarnya haritu, walaupun itu hanyalah sebuah lakonan tetapi lakonannya haritu membuahkan hasil,dia dapat nombor phone wanita itu dan sekarang mereka semakin akrab hanya melalui fhone,sudah lama dia ingin bertemu gadis itu untuk ajak keluar bersama tetapi wanita itu selalu sahaja busy,Harini baru dia dapat keluar dengan wanita itu.

"Oh my god I'm so Excited to meet her!" Danial melompat keriangan,dipandang dirinya berkali-kali di cermin untuk memastikan bahawa dirinya sudah hensem.

"Eh you hensem² macamni nak pergi mana hah?" Soal Danny yang sedang memegang helmet sudah bersiap untuk keluar.

"I nak pergi jumpa Buah hati I mestilah kena hensem² kalau tak macam mana buah hati I nak terima I." Sekali lagi dia menyembur perfume, Hampir habis perfume YSl Y EDP itu dibuatnya.

Pfft!

"Kau ada buah hati ke? Aku rasa kau ni selalu kena reject je manjang." Perli Danny.

"Eh! Jaga sikit mulut kau eh! Ramailah orang nak dekat aku!."

"Hmm yelah tu." Danny menguap sengaja,malas melayan Danial yang sedang membongak ni.

"Ni kau Pon hensem² nak pergi mana?" Kini Megat Danial pula menyoal kembarnya itu,bukan main full set hitam,nak tunjuk cool lah tu.

"Ekhemm adalah sibok je nak tau." Danny memberi bombastic side Eye kepada Danial.

"Hampa nak pi mana?" Soal Dahin yang datang secara tiba-tiba dari belakang.

"Hampa? Hampa tu benda apa?" Soal Danial dengan wajah innocentnya.

"Korang bengap." Danny mencelah.

"Siapa pulak yang bengap?" Soal Danial tanpa muka bersalah.

"MAKSUD HAMPA TU KORANG KAU FAHAM KE TAK?!." Dia menolak kepala Kembarnya.

"Ishhh aku tanya je tu pon nak marah!!"
Danial mengusap-usap kepalanya yg baru sahaja ditolak kasar oleh Danny.

"Apa kau tanya tadi Dahin?" Akibat ditolak dikepala hilang ingatan pula jadinya.

"Korang nak pergi mana bersiap lawa-lawa macam ni?" Hilang Sudah loghat kedahnya,kang tak pasal kena tolak lagi.

"Ouh...Jumpa awek." Danial buat muka berlagak.

Pfft!

"Awek? Hang ada awek ke? Bukan kena reject ja ka selalu?" Soal Dahin dengan niat Ingin mengusik Danial.


"Diamlah kau." Danial menjeling kearah Dahin,menyampah betul,apa? Ingat dia ni tak laku sangat ke?


"Hang Danny?" Soal Dahin yang melihat Danny hanya diam tidak menjawab.

"Secret recipe." Balas lelaki itu,entah apa yang nak dirahsiakan Pon tak tau.

"Mampoih pi kat hang lah." Malas Dahin mahu melayan,seketika ada satu bau yang sangat kuat disekitarnya.

"Bongok sapa yang pakai Perfume banyak sangat ni pening kepala aku." Dia memicit dahinya.Dahin tak boleh hidup bau perfume yang terlalu kuat.

Danny hanya senyap,jari telunjuk menunjuk kearah Danial yang sudah mengepitkan kedua belah kakinya.

"I'm sorry Dahin..." Dia buat suara gedik.

"Dah pi keluaq sana jangan duduk dalam rumah aku.Dah tau aku tak boleh bau perfume kuat sangat gatai nak pakai jugak." Halau lelaki itu.

"Oteyy aku keluar dulu! Tak sabar nak jumpa Girlfriend I bubye semua!." Dia berlari mengambil helmet di dalam biliknya dan terus melangkah keluar.

"Aku Pon cau Lu Dahin bye." Danny meminta izin untuk keluar.

"Hm bye,jangan balik lambat sangat nanti kena sorok kak Ponti." Saja dia ingin mengusik lelaki itu.Danny takut Akak Ponti.

"Aku janji sumpah aku tak belik lewat."
Tangan naik seperti tanda tengah berikrar.

"Ye dah pergilah." Dahin ketawa kecil.

"Bye Dahin! Jaga diri elok-elok! Jangan bawak perempuan masuk rumah!." Jerit Danial yang sudah ingin bergerak pergi.

Dahin hanya melambai kemudian dia tutup pintu, jarang-jarang kembar dua ekor ni nak keluar rumah jadi dia biarkan sahaja mereka.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now