Bab 14

142 8 0
                                    

"Nashwa?" Soal Datin Marissa yang baru sahaja tiba di meja makan mereka.Dia perasan sahaja Nashwa sedari tadi hanya memandang kebawah seperti tidak selesa.

"E-eh D-datin..Y-ye Datin kenapa?" Soal Nashwa dengan perasaan gementar,
dibelakang Datin Marissa ada Alex dengan Adyan manakala Dato' Aaydan sudah mengambil tempat duduk dahulu.

"Are you okay? Saya nampak kamu macam segan silu je dari tadi ditenungnya meja tu."
Soal Datin Marissa lembut.

"Biasalah tu Mommy..dia mana biasa datang majlis macamni kena duduk semeja dengan kita pulak tu mana dia tak segan. Aad dah cakap dah dekat daddy tak payah invite dia Daddy nak invite juga." Nashwa tidak sempat membuka mulut Adyan sudah mewakilinya terlebih dahulu.

"I'm not asking you Adyan.."

"What? Betullah apa Aad cakap..betul tak perempuan?" Soal Adyan kepada Nashwa pula.

"Adyan Luthfan..." Lembut sahaja Datin Marissa menyebut nama anaknya untuk memberi amaran supaya tidak terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya.

"Takpe Datin..Ape yang Tuan Adyan cakap tu betul..saya tak sepatutnya ada dekat sini,ini bukan majlis yang sesuai dengan saya." Jawab Nashwa sambil memandang kebawah.


"Tau pon." Balas Adyan dengan riak wajah setuju.

"Enough." Dato' Aaydan bersuara.Mata tepat memandang ke arah Adyan.

Dari riak wajah Dato' Aaydan memang terlihat biasa sahaja bagi orang lain tetapi tidak dengan Adyan,dia tahu Dato' Aaydan sedang memberi warning kepadanya.

"Darling...come sit here." Dato' Aaydan memanggil Datin Marissa untuk duduk bersebelahan dengannya.

Adyan juga mengambil tempat bersebelahan dengan Dato' Aaydan,Jadi ruang yang tinggal untuk Alex duduk hanyalah bersebelahan dengan Nashwa.

"Kamu dah kenapa tercegat dekat situ? Nak berdiri sampai habis majlis ke?" Soal Dato' Aaydan kepada Alex.

Alex memandang sekilas kearah Dato' Aaydan,dia mengeluh perlahan,dia Dan Adyan sama sahaja masing-masing kurang bergaul dengan wanita cuma nak dibandingkan dengan Adyan,Adyan lebih beku lagi.

Alex menarik kerusi yang berada di sebelah Nashwa Dan melabuhkan punggung di situ.

Mereka mula mencedok blackpeper beef spaghetti masuk kedalam pinggan masing-masing, segala macam dessert yang ada di atas meja itu semua sudah siap disediakan oleh pembantu rumah Dato' Aaydan,cuma tinggal cedok dan ambil sahaja.

"Don't want to eat?" Soal Alex setelah melihat Nashwa tidak mengambil satu pon makanan yang tersedia di atas meja itu.

"N-nah it's okay." Nashwa membalas dengan senyuman,memang taklah dia nak ambik, ikutkan hati dia nak sahaja balik,tapi bila ingat balik apa yang Adyan cakap petang tadi..takpelah dia taknak duduk dengan Cik pocong.

Alex dengan Selamba sahaja mengambil pinggan yang berada dihadapan Nashwa lalu mencedok blackpeper beef spaghetti yang terhidang itu Dan diberikan kepada Nashwa.

"Eat." Alex mengambil garfu disebelahnya lalu Mula menikmati makanan yang terhidang dihadapannya itu.

Dato' Aaydan,Dan Tuan Adyan hanya memandang sahaja mereka berdua tanpa bicara apa-apa,lain dengan Datin Marissa, setelah dia melihat apa yang berlaku dihadapannya tadi dia mula berbuat batuk.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now