Bab 24

30 2 0
                                    

Nashwa yang baru pulang terbantut niatnya ingin menyiadakan makan malam kepada kedua majikannya. Barang dapur dirumah Tuan Adyan sudah banyak yang habis jadi dia sedang menunggu Tuan Adyan balik untuk memberitahu hal itu.

"Hah! Orang tua tu dah balik!" Nashwa bangun dari sofa setelah mendengar bunyi enjin kereta Tuan Adyan masuk kedalam kawasan rumah.

"Nah." Adyan memberi kunci kereta Mercedes GLC300 kepada penjaga rumahnya untuk menyimpan kereta itu didalam garage.

"Kau kenapa?" Soal Adyan dingin kepada Nashwa yang sedang berdiri dihadapan pintu.

"Barang dapur dah habis." Beritahu Nashwa.

"Habistu? Pergilah beli."

"Duit?" Orang tua ni, dia suruh pergi beli duit taknak pulak bagi. Takkanlah dia nak beli pakai duit dia pula.

Adyan hembus nafas perlahan sebelum dia mengambil card banknya didalam beg dan diberikan kepada Nashwa.

"Biasa je pon kad Tuan, saya ingat Tuan nak bagi blackcard yelah Tuan kan kaya mesti ada blackcard macam Ammar Zahrain tu." Ujar Nashwa selamba.

"Huh? Kau borak apa ni? Siapa pulak Ammar Zahrain?" Soal Adyan bingung. Berkerut dahinya saat ini.

"Alah..hero novel tu, dia duda tapi handsome plus kaya lagi, untung aisya dapat dia." Beritahu Nashwa seolah-olah Adyan tahu pasal Ammar Zahrain.

"Bakal isteri aku pon untung juga nanti." Balas Adyan.

"Apa yang untung Tuan Blackcard pon takde." Balas Nashwa dengan suara mengejeknya.

"Pikir pakai otak boleh tak? Setakat blackcard tu aku ada banyak lah perempuan. Takkan aku nak bagi blackcard aku dekat perempuan macam kau? Nanti lesap kad aku kau bawak lari, bukan boleh percaya kau ni dah dapat duit belah macamtu je." Adyan menjeling sekilas kearah Nashwa. Ingat senang-senang ke dia nak bagi blackcard tu dekat sembarangan orang.

"Dah? Tengok apa lagi? pergilah cepat." Arah Adyan.

"Sorang?" Soal Nashwa.

"Ye. Sorang. Tepi aku nak masuk." Nashwa berganjak ke tepi memberi ruang untuk lelaki itu masuk kedalam. Dia kemudian mencebik bibirnya.

"Eii orang tua ni! Kalau apa-apa jadi dekat aku macam mana? Dia tak fikir ke? Haih duit aku ni habis dekat grab jelah." Nashwa hembus nafas perlahan sebelum dia membuat panggilan kepada grab seperti biasa.

.
.
.
.
.

"Dia tak cakap pon limit berapa kan? Alah aku nak masak bagi makan dekat dia juga setakat 500 ringgit tu apalah sangat kan bagi orang kaya macam dia." Nashwa menolak Troli supermarket yang penuh dengan barangan itu ke counter pembayaran.

"Ok Cik total 1500 ringgit 99 sen ye." Beritahu cashier itu. Membulat mata Nashwa dengar harga.

"A-apa Cik sekali lagi tak dengar." Nashwa meminta kepastian. Ini semua mesti salah dengar ni.

"Total semua sekali 1500 ringgit 99 sen cash or card?"

"E-err c-card." Nashwa memberi card itu kepada cashier. Menggeletar tangannya saat ini, memanglah Adyan kaya tapi kalau dia dah habiskan 1500 ringgit tak ke marah orang tua tu nanti?

Nashwa kemudian memasukkan beg plastic yang berisi barangan masak itu kedalam trolli kembali.

"Mamposlah kau Nashwa.." Nashwa mengeluh perlahan sebelum dia menolak keluar trolli itu.

.
.
.
.
.

"Aduhhh mamposlah aku agak-agak kena marah tak dengan orang tua tu ek? Kalau dia marah macam mana? Haaa aku takut." Nashwa kehulu kehilir sambil menunggu grab sampai. Berdebar juga dia saat ini memikirkan 1500 ringgit Tuan Adyan yang sudah melayang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: a day ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now