Setelah selesai menghidangkan makanan, Nashwa mendekati Tuan Adyan yang sedang sibuk menyiapkan urusan kerjanya di ruang tamu. Lelaki ini busy aje selalu.
"Tuan makanan dah siap." Beritahu gadis itu.
"Hm." Hanya deheman yang dibalas oleh Adyan. Dia kemudian bangun dari sofa, iPad yang dia gunakan tadi diletakkan di atas meja kecil yang berada dihadapannya.
Adyan memandang menu makanan yang terhidang dia atas meja makan itu,ada ayam masak kicap dan juga telor dadar,dia kemudian menoleh kearah Nashwa.
"Ini je yang kau masak?" Soal Adyan dengan keningnya di naikkan ke atas.
"Yelah kalau masak banyak-banyak lauk tak habis nanti membazir." Jawab Nashwa.
Adyan menaikkan bola matanya keatas kemudian dia mengambil tempat duduk dan mengambil sudu dan juga garfu yang sudah tersedia di tepi pinggan.
Adyan memandang Nashwa berkali-kali, tetapi Nashwa masih diam berdiri di sebelahnya,
perempuan ni tak faham lagi ke isyarat dia?"Kenapa?" Soal Nashwa hairan. Ada yang tak kena ke sampai Tuan Adyan memandangnya sebegitu?
"Nasinya mana? Kau nak aku makan angin ke Nashwa?" Soal Adyan dingin.
"Ouh nasi! Hehe kejap ye saya lupa." Nashwa mengambil pinggan yang terletak elok dihadapan Tuan Adyan,hidang punya hidang nasi lupa nak taruk.
"Nah." Dia kemudian meletak kembali pinggan yang sudah berisi nasi putih itu.
Adyan menjeling sekilas kearah Nashwa sebelum dia mencedok seketul ayam masak kicap dan juga telor dadar masuk kedalam pinggannya.
Nashwa hanya melihat suapan demi suapan yang masuk kedalam mulut lelaki itu,takut jika Adyan tidak suka dengan masakannya.
"Sedap tak?" Soal Nashwa sedikit takut.
"Tak. Masin." Balas lelaki itu selamba tetapi masih menyuap makanan yang dimasak oleh Nashwa itu masuk kedalam mulut.
"Cakap tak sedap tapi kenapa nampak berselera je?" Soal Nashwa dengan muka perlinya. Hek eleh tak sedap konon..dah sedap cakap jelah sedap.
"Dah aku lapar aku makan jelah." Jawab Adyan tanpa menoleh kearah gadis itu.
"Assalamualaikum...wow! Abang makan apa tu nak juga!" Arissa yang baru pulang dari kedai makan terus berlari kearah mereka berdua dan mengambil tempat duduk bersebelahan dengan abangnya.
"Puan Arissa, Puan Arissa nak makan juga ke? Kalau nak saya nak ambilkan pinggan." Soal Nashwa kepada gadis yang baru sampai itu.
"Nak! Awak masak sedap." Jawab gadis itu disertakan pujian.
"Tunggu kejap ye." Nashwa kemudian mengambil pinggan dan mencedokkan nasi kepada Arissa.
"Ceyyy berselera nampak,sedaplah tu." Ujar Arissa yang melihat abangnya menyuap nasi dengan berselera.
"Sedap? Masin macam ni kau kata sedap? Selama ni macam mana kau makan masakan dia ni?" Adyan kemudian berhenti menyuap,dia ambil tisu yang berada dihadapannya dan di lap bibirnya menggunakan tisu itu.
"Aik abang.. masin-masin pon dah berapa suap tadi tu?" Soal Arissa dengan nada mengusik.
"Aku lapar." Balas Adyan ringkas. Dia kemudian bangun dan melangkah kearah singki untuk mencuci tangan.
"Hm yelah tu,bukan ke abang memilih kalau bab makanan?" Soal Arissa lagi.
Adyan menoleh kearah Arissa yang sedang ketawa kecil itu. Dia kemudian menggeleng perlahan, seronok ye nak usik dia.
YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...