Bab 18

131 4 0
                                    

"Ya Allah mana anak-anak mama pergi ni..call tak diangkat,whatsapp tak di reply..."

Suri kehulu-kehilir diruang tamu itu,risau kemana Naufal dan juga Mikael pergi sejak tadi tak pulang-pulang.

Belum sempat Suri ingin call anaknya itu sekali lagi ada bunyi ketukan pintu dari luar.

"Assalamualaikum mama buka pintu!" Jerit Mikael dari luar.

"Alhamdulillah balik juga anak mama."
Suri hembus nafas lega.

Suri terus sahaja bergegas ke arah pintu,tombol pintu dipulas.

"Nashwa!" Suri yang terkejut dengan kepulangan anak perempuannya itu terus sahaja menarik Nashwa masuk kedalam dakapannya.

Nashwa hanya mengukir senyuman,dia juga sangat merindukan mamanya sejak hari pertama dia pergi bekerja.

"Mama rindu kamu sangat-sangat sayang."
Luah Suri,dia memegang lembut kedua belah bahu anaknya itu.

"Nashwa pon rindukan mama sangat-sangat."
Nashwa mencium kedua belah pipi Suri.

"Macam mana kamu boleh ada dekat sini?"
Soal Suri.

"E-em Nashwa minta cuti tapi sehari jelah."
Nashwa memandang kearah Naufal yang berada disebelahnya,Naufal sudah ingatkan dirinya supaya tidak memberitahu Mama tentang apa yang terjadi.

"Oh..yang kamu berdua pulak pergi mana lewat macamni baru balik? Mama call pon tak angkat!" Suri kini memandang kearah Naufal yang berdiri di sebelah Nashwa sambil menggendong Mikael.

"A-abang bawak dia pergi ronda-ronda lama sikit alah bukannya lama mana pon..pasal call tu..b-bateri fhone abang habis." Sengaja Naufal berbohong.

"Eh bukanlah tadi Mikael kena culi-"
Naufal pantas menutup mulut adiknya yang hampir membongkarkan rahsia.

"Ha kenapa? Mikael kena apa?" Soal Suri pelik.

"Mikael kena gigit semut je tadi mama! Dia ni over sangat semua benda nak bagitahu."
Sekali lagi dia cuba menipu orang tua itu.

"Yelah tu..dah pergi masuk mandi semua orang sekali dah berbau dah masing-masing."
Arah Suri kepada tiga orang anaknya itu.

"Baik mama abang masuk dulu eh."
Naufal cepat-cepat membawa Mikael jauh dari situ,nanti tak sudah kantoi macamtu je.
Mau pengsan orang tua tu nanti,nasib mereka semua selamat.

"Nashwa pon masuk dulu ye mama,Nashwa nak mandi dan belengas dah ni."

"Ha ye pergilah rehat,kesian anak mama mesti penat." Suri menggosok-gosok belakang anaknya itu sebelum dia membiarkan gadis itu melangkah masuk kedalam biliknya.
















"Eh kau duduk diam sikit boleh tak?! Aku nak balut kepala kau ni pon tak senanglah kalau kau asyik gerak je." Bebel Megat Danny kepada Megat Danial.

"Sakitlah kau tau tak?! Eishh!"

"Memanglah sakit hanat! Sebab sakitlah aku kena balutkan kepala kau ni kau faham tak?!"
Danial menampar bahu kanan Danny.

Orang dah tengah sakit ditambah lagi sakit.

Tadi semasa mereka semua ingin membawa balik Mikael,mereka semua dihalang oleh 5 orang lelaki iaitu orang suruhan Nathaniel, kemudian 5 orang lelaki itu merebut kembali Mikael dan menahan budak itu dari mendekati mereka,Naufal cuba untuk merebut kembali adiknya itu tetapi kesudahannya mereka dibelasah teruk oleh 5 orang suruhan Nathaniel itu dan disitulah 5 orang lelaki yang berpakain lengkap serba hitam datang menyelamatkan mereka dengan melepaskan tembakan kepada orang-orang suruhan Nathaniel.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now