"Err excuse me,tolong bancuhkan saya coffee boleh ke?" Soal Kevin yang melihat Nashwa sedang sebok menyusun stock minuman.
"Boleh tunggu kejap ye." Balas Nashwa tanpa menoleh kebelakang. Nashwa kemudian bangun untuk menyiapkan air coffee yang diminta oleh lelaki itu.
Kevin hanya menunggu, dia memang selalu datang ke office Adyan kerana mereka berdua adalah sahabat dari Adyan belajar di Francis lagi kerana Kevin juga berasal dari Francis,dia berpindah ke Malaysia kerana ibunya sudah meninggal dunia manakala ayahnya sudah lari entah kemana meninggalkan dia seorang diri.
"Nah encik dah siap coffee nya." Nashwa mendekati Kevin dengan satu cup cawan yang berisi air whitecoffe itu.
"Thanks." Dia ambil lalu sempat dia memandang wajah wanita itu seketika.
"Wait." Arahan Kevin itu memberhentikan langkah Nashwa. Nashwa kemudian menoleh.
"Yes?" Soal Nashwa.
"Kau bukan ke perempuan haritu?" Soal Kevin setelah dia mengingati wajah cantik itu. Wajah ini yang dia dan kawan-kawannya yang lain selamatkan haritu.
"Huh? Maksud encik?" Nashwa mengerutkan dahi. Bingung dengan soalan yang baru dilontarkan oleh lelaki dihadapannya itu. Dia kenal ke lelaki ni? Dan lelaki ini kenal ke dia?
"Err nevermind." Hampir sahaja dia ingin membongkarkan rahsia yang disimpan oleh Dato' Aaydan.
"Err okay lah kalau macamtu saya gerak dulu..thanks for the coffe." Kevin melangkah pergi dari situ meninggalkan Nashwa yang sedang bingung seorang diri.
"Lah pulak? Jap. Mata hijau tu...bukan ke dia yang selamatkan aku dengan Mikael haritu?" Soal Nashwa seorang diri. Dia tidak nampak sepenuhnya muka mereka berlima pada hari kejadian kerana mereka memakai topeng,yang nampak hanya bahagian mata sahaja. Tetapi mata yang bewarna hijau ini dia sangat cam kerana hanya lelaki itu sahaja yang unik disitu.
"Apa-apa jelah." Nashwa sambung menyusun stock minuman yang dia tinggalkan tadi.
.
.
.
.
."Ad kau ambil maid kau jadi tea lady dekat sini ke?" Soal Kevin kepada Adyan. Kakinya disilangkan. Dia memang suka menghabiskan masa di office Adyan walaupon sahabatnya itu selalu busy dengan kerja.
"Haah. Dah dia kemaruk sangat nak duit aku bagi dia kerja lebih. Kenapa?" Soal Adyan pula.
"Nothing. Saja tanya." Tanpa dia sedar dia telah membuat Adyan terpikir sesuatu.
"Macam mana kau tahu dia maid aku? Setahu aku..aku tak pernah bagitahu yang aku ada maid dan siapa maid aku." Adyan memandang tepat kearah Kevin dengan wajah tertanya-tanya.
"Ekhem..a-aku tanya dia siapa tadi dengan macam mana dia boleh dekat sini lepastu dia bagitahu yang dia maid kau dan kau yang bagi dia kerja ni tu je.."
Bohong Kevin."Okay." Matanya masih setia memandang Kevin yang berada dihadapannya itu. Kalau betul dia akan tanya Nashwa nanti.
"Eh by the way Alex dah balik ke?" Soal Kevin dengan niat ingin mengubah topik.
"Dah." Wajah Adyan sedikit berubah setelah mendengar nama Alex menyapa halwa telinganya.
"Kau masih tak okay ke dengan dia?" Soal Kevin, Dari dulu lagi dia tahu Adyan memang tidak ngam dengan Alex.
Adyan hanya diam, pandangannya kini dilemparkan keluar tingkap.
"Ad kau tak boleh macamni..walau macam mana sekalipon dia tetap abang kau,takkan kau nak bencikan dia sampai bila-bila?"
"Entahlah Kevin. Aku cuma tak boleh terima bila aku dapat tahu tiga abang kembar aku mati sebab mommy nak selamatkan dia. Abang-abang aku mati sebab dia, sebab nak selamatkan dia dari kena langgar. Aku tak kisah kalau mommy and daddy nak kutip dia jadi anak angkat tapi dia punca abang-abang aku mati,dan dia juga punca mommy aku murung 1 bulan sebab hilang 3 anak sekaligus." Balas Adyan dengan nada sedikit geram.
"Jadi kau nak salahkan takdir ke sekarang ni? Kau cakap mommy kau murung sebab dia tapi mommy pernah tak salahkan dia atas kematian abang-abang kau? Mommy dan Daddy kau dah redho tapi kenapa kau still terperangkap dengan benda tu? Kenapa kau nak salahkan dia atas apa yang sudah tertulis?" Soalan Kevin membuatkan Adyan diam seketika.
"Kau nak tahu satu tak.. mommy kau pernah cakap dekat aku yang dia bersyukur sangat sebab Allah dah kurniakan dia anak syurga, abang-abang kau yang mati tu akan tarik korang semua masuk Syurga sama-sama,kau tak rasa seronok ke? Alex pon taknak benda ni semua terjadi Ad, dia pon taknak abang-abang kau mati sebab dia dan dia pon tak tahu apa-apa lagi waktu tu kenapa kau nak bencikan dia seolah-olah dia yang bersalah?" Soalan Kevin itu membuatkan Adyan diam total dan merenung kembali.
"Kenapa kau yang non Muslim lebih pandai bercakap dari aku huh?" Soal Adyan hairan.
"Aku cuma sampaikan apa yang Mommy kau cakap tu je." Kevin menyilangkan tangannya.
"Macam mana? Kau dengar tak apa yang aku hurai panjang lebar tadi?" Soal Kevin. Harap-harap Adyan dengar dan hadamlah apa yang dia kata tadi. Penat asyik tengok Adyan selalu bermasam muka dengan Alex.
"Hm dengar." Adyan kemudian membuka laptop yang berada dihadapannya kembali. Kata-kata sahabatnya tadi membuatkan dia diam dan sedar, Mungkin ini sememangnya salah dia, dia yang terlalu cepat menghukum abangnya sendiri.
.
.
.
.
."Asal kau tak balik lagi? Dah pukul 6 kan?" Soal Adyan kepada Nashwa yang sedang bermain phone di pantry.
"Saya dah boleh balik ke? Tuan? Taknak balik lagi?"
Nashwa angkat wajah, dia kemudian menyoal Adyan kembali."Soalan bodoh apa ni? Sekarang kerja kau dah settle mestilah kau dah boleh balik tadi aku dah cakapkan? Satu lagi yang kau nak sebok pasal aku dah kenapa? Aku CEO dekat sini dan juga anak kepada owner syarikat ni jadi bila aku nak masuk kerja,bila aku nak balik atau aku taknak datang ke itu terserah aku kau tak payah sebok faham?" Kedua tangannya diletakkan di atas meja island itu dengan badannya menghadap Nashwa.
"Yelah. Tanya je tu pon nak marah." Nashwa kemudian mengambil beg tangannya lalu dia turun dari kerusi yang didudukinya.
"Kejap." Adyan menghalang laluan gadis itu dengan badan sasanya sebelum dia memandang wajah Nashwa.
"Apani Tuan, nanti orang tengok ni ha tak tau." Nashwa melihat sekeliling, posisinya dengan Adyan cukup rapat, risau jika ada orang lalu nanti tak pasal-pasal kena fitnah nak buat maksiat.
"Tadi ada orang tanya kau sesuatu ke?" Soal Adyan dengan kedua tangannya berada di dalam poket seluar.
"Tanya apa? Mana ada sesiapa tanya saya." Mendongak wajahnya saat ini memandang wajah Adyan, lelaki ni makan tiang ke? Lenguh lah tengkuk tahu tak.
"Takkan takde orang tanya kau apa-apa tadi?" Soal Adyan sekali lagi dengan keningnya di naikkan ke atas.
"Mana ada sesiapa yang ada pon Aleeya personal assistant Tuan tu." Balas Nashwa, sesekali bau haruman perfume Tuan Adyan yang cukup kuat itu dia hidu. Wangi.
'maknanya dia tipu aku ke? Habistu dari mana dia tahu Nashwa ni maid aku?' soal Adyan didalam hati.
"Tuan, Tuan boleh jauh sikit tak? Tak selesa lah dekat sangat ni. Rasa lain pulak." Wajahnya saat ini betul-betul menghadap dada sasa lelaki itu.
Adyan menyepetkan matanya memandang Nashwa, dia kemudian melangkah kedepan yang membuatkan Nashwa mula mengundur kebelakang sehingga belakang badannya menyentuh kabinet yang ada di pantry itu. Lagi orang larang lagi dia buat.
"Kenapa? Kau takut ke? Jangan risau takde orang pon kat sini." Soal Adyan sinis. Suka betul dia lihat muka cuak Nashwa itu.
"S-saya rasa saya kena baliklah. Nak masak lagi kan nanti tak sempat, saya balik dulu ye Tuan. Bye." Nashwa kemudian melangkah pergi dari situ meninggalkan Adyan seorang diri. Kalau lama dia duduk dekat situ entah apa yang jadi nanti.
"Takut rupanya." Adyan hanya senyum senget sebelum dia juga turut kembali ke pejabatnya. Ada hal yang harus dia selesaikan sebelum balik.
YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...