"Mikael come here,mana aiskrim dan jajan kamu? Sini abang nak bayar." Naufal memanggil adiknya.
"Nah." Mikael memberikan Aiskrim Milo dan keropok super ring kepada Naufal.
"Ok,Kejap tau abang bayar,Mikael tunggu dekat luar." Dia ambil dan letak di atas meja cashier itu.
Mikael hanya mengikut arahan,dia keluar dari kedai runcit itu.
"Berapa total bang?" Naufal menyoal kepada cashier.
"10 ringgit bang." Cashier itu memasukkan barangan yang dibeli ke dalam plastik.
Naufal beri sekeping duit berharga 10 ringgit itu kepada cashier,10 ringgit sebab Naufal Pon ada beli barangan dia jugak,bukan hanya aiskrim dan jajan Mikael sahaja.
"Ok bang terima kasih." Dia ambil plastik bag itu dan melangkah keluar kedai.
"Jom Mika-" sebaik sahaja dia melangkah keluar kelibat adiknya tiada.
"Mikael jom abang dah siap ni!" Dia menjerit memanggil adiknya tapi tak disahut.
Naufal berlari mencari Mikael di sekitar kawasan kedai tapi tiada.
"OUH DAMN!!." Dia pantas mencapai telefonnya di dalam poket seluar,nombor Dahin di tekan.
"Hello Dahin,tolong aku Mikael hilang."
Sebaik sahaja kereta berjenama Roll Royce Phantom yang dinaiki oleh mereka bertiga sampai di lokasi iaitu Rumah Agam Dato' Aaydan, sekali lagi Nashwa ternganga, ingatkan rumah Tuan Adyan dah cukup besar tapi ada yang lagi besar rupanya.
"Jom Nashwa,kita dah sampai." Ajak Arissa.
"Ouh baik Puan." Tangan bergerak ingin membuka pintu tetapi dia tidak tahu bagaimana,maklumlah kereta terlalu mewah.
Dia melihat Arissa yang sudah keluar dari kereta tetapi dia masih di dalam bersama driver.
"Err macam mana nak buka pintu ni?" Nashwa bertanya kepada driver Tuan Adyan.
Tidak sempat Driver itu mahu menjawab pintu kereta itu sudah terbuka luas,Tuan Adyan yang bukakan.
"Asal lembab sangat kau ni? Keluar cepat,ingat orang ada masa ke nak tunggu?"
Dia memberi ruang untuk gadis itu keluar."Ni haa kereta ni mewah sangat manalah saya tau macam mana nak buka." Dia mula menyalahkan kereta itu.
"Alasan.Buka jelah macam biasa apa yang susah sangat?" Kaki sudah melangkah 3 tapak tetapi dia kembali berhenti kerana perasan wanita itu tidak mengikutinya.
"Kau tunggu apa lagi? Nak ikut ke tak ni? Kalau nak cepat sikit sebelum aku tinggal kau dekat sini japgi."
"Saya rasa saya tak layak ada dekat sini."
Nashwa melihat sekeliling,penuh dengan kenderaan mewah."Kau datang sini sebelum aku heret kau,kau ingat aku ada masa nak layan kau?" Stress Adyan dibuatnya.
"Yelahhh." Dia mendekati lelaki itu.
"Banyak drama kau ni." Adyan kembali berjalan melangkah masuk ke dalam.
Nashwa hanya mengikuti lelaki itu dari belakang,dia sedikit gementar kerana semua orang di dalam rumah itu nampak sangat orang kaya.
Nashwa melihat sekeliling,kenapa semua orang pandang ke arah dia? Ada yang tak kena ke dengan penampilan dia?
"Adyan!! Lamanya I tak jumpa you, sorrylah I busy sikit lately ni,err ni siapa?" Aafiya yang melihat ketibaan Adyan terus sahaja menerjah lelaki itu.
YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...