"Princess..ini ke rumah majikan princess?" Soal Naufal tidak percaya.
Nashwa turun dari motor sportbike abangnya,dia kemudian membuka helmet yang dipakainya dan diberikan helmet itu kepada Naufal.
"Yelah kenapa? Mesti abang tak percaya kan?"
"Dia kerja apa sampai boleh duduk rumah besar macamni?" Bebola matanya masih setia mengamati keindahan rumah agam itu.
Terpegun.
"Abang tak payah peliklah..dia anak kepada owner hotel terbesar dekat Malaysia ni...apa nama hotel tu? Err haaa! Grand Royal Hotel,bapak dialah owner hotel tu." Ujar Nashwa.
"Ouh...jap! Grand Royal Hotel? Yang owner dia Dato' Aaydan tu ke? Seriouslah anak dia majikan princess?" Soal Naufal masih tidak percaya.
"Haah." Jawab Nashwa ringkas.
"Macam tak percaya princess kerja dengan dia...jap satu lagi..princess kena bersihkan rumah sebesar alam ni seorang diri ke?" Naufal memandang kearah Nashwa dengan riak wajah tidak percaya lagi.
Rumah sebesar ini...takkanlah hanya Nashwa sahaja yang bersihkan.
Nashwa pernah beritahu dirinya yang seorang sahaja pekerja yang diambil oleh Dato' Aaydan untuk menjadi maid didalam rumah itu iaitu Nashwa.
"Ye betullah tu...err okay la bang princess dah kena masuk dalam nanti takut majikan princess marah,abang nak balik ni bawa motor elok-elok tau,kirim salam dekat mama bila dah sampai nanti,bye love you."
"Love you too princess." Naufal senyum manis kearah Nashwa sebelum gadis itu membuka langkah.
Nashwa terus berlari kearah pagar masuk rumah itu,dia sengaja menyuruh Naufal untuk menurunkan dia di luar pagar,rumah agam itu dijaga oleh security tapi security Adyan bukan seperti security biasa yang selalu kita jumpa maklumlah owner rumah orang ternama mesti harus dijaga seketatnya.
.
.
.
.
."Pandai-pandailah korang settlekan jantan tak guna tu,dia dah naik tangan dekat adik aku jadi aku nak dia mati harini juga." Arah Adyan kepada Tengku Danish Fayyadh yang berada didalam panggilan.
Siang tadi dia mendapat laporan Arissa ditampar dan ditengking oleh bekas lelaki Arissa dek kerana tidak puas hati Arissa tidak mahu menjalinkan hubungan semula.Dia mendapat maklumat itu dari kawan baik Arissa iaitu Riana,Arissa sempat mengadu kepadanya jadi dia beritahu hal itu kepada Adyan.
"No problem,aku akan pastikan dia makan peluru aku nanti." Gumam Tengku Danish.
"Hm." Adyan terus meletakkan panggilan.
Mata tepat memandang kearah pintu utama rumahnya yang ditolak oleh seseorang, siapa lagi kalau bukan..
Nashwa.
'Arghh mamposlah aku macam mana dia boleh ada dekat situ pulak..' gumam Nashwa didalam hati.
Dia melangkah mendekati majikannya itu dengan perasaan gementar dek kerana takut dimarahi.
Nashwa diam.Dia berdiri kaku dihadapan lelaki itu.Mana tak kaku? Lelaki itu memandang kearahnya seperti harimau yang ingin membaham mangsa.
"K-kenapa Tuan pandang saya macamtu?"
Soal Nashwa dengan nada takut."Masih nak tanya lagi ke? Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?" Adyan bersuara.
"7:00 malam." Jawab Nashwa.
"Ye pandai! ingatkan bodoh,tahu pulak dah malam? Aku suruh kau balik sebelum maghrib sekarang kau tengok kau balik pukul berapa, sekarang ni kau nak kerja ke taknak ni? Siapa boss kau sekarang?" Soal Adyan dengan wajah serious.
"Kan belum maghrib lagi Tuan..Tuan cakap sebelum maghrib..saya dah balik sebelum maghrib lah ni." Jawab Nashwa selamba.
Aik tadi takut? Ini sempat pula dia menjawab.
"Menjawab je kerja kau kan,nak aku jahit tak mulut tu? Kalau nak cubalah menjawab lagi."
'ala nak gurau sikit pon tak boleh,poyo.'
Nashwa hanya diam menunduk kebawah."Sekarang ni gaji kau aku potong,dari Rm 2000 akan jadi Rm 1500 je untuk bulan ni."
Beritahu Adyan."Huh?! Rm 1500 je gaji saya bulan ni? M-mana boleh macamtu habistu saya nak makan apa dahlah rumah sebesar alam ni saya je yang cuci,saya yang masak takkan sebab balik lewat sekejap je gaji saya kena potong banyak macam t-"
"Eh kau boleh diam tak? Serabutlah aku dengar kau berleter boleh bernanah telinga aku dengar kau tau tak? sekarang ni kau yang tak ikut arahan aku,dahlah kau main belah macamtu je malam tu lepastu balik lewat dah balik lewat melawan pula tu habistu kau nak aku buat apa? biar kau makan gaji buta ke?"
Sembur Adyan panjang lebar."Yelah saya tau saya salah...tapi..tolonglah Tuan janganlah potong gaji saya banyak sangat please saya merayu." Nashwa melutut dihadapan lelaki itu.
"Ikut suka hati aku lah nak potong banyak mana pon." Adyan menghiraukan rayuan gadis dihadapannya itu.
"Tolonglah Tuan..dahlah sekarang susah nak cari makan,barang dapur mahal,barang itu mahal barang ini mahal mana cukup.."
Adyan hanya diam.
"Takpelah kalau macamtu.." ujar Nashwa setelah melihat wajah ketat Tuan Adyan seperti sudah tiada harapan untuk memujuk.
"Kau nak gaji banyak?" Soal Adyan secara tiba-tiba.
Nashwa dengan pantas mengangguk,gaji banyak? Sape je taknak,tapi..apa yang dimaksudkan Adyan?
"Kerja dekat office aku." Tawar Adyan.
"Huh? Kerja dekat office Tuan? Kerja dalam rumah ni pon dah penat apatah lag-"
"Inilah melayu,nak pegang banyak duit tapi pemalas,kalau kau taknak cakap je taknak tak payah buang masa aku nak bagi dengar kau punya berleter." Bidas Adyan sekali lagi.
"Yelah..tapi kerja apa?" Soal Nashwa.
"Kalau kau nak esok kau ikut aku pergi office."
"Ikut Tuan? Boleh!" Cepat sahaja Nashwa terima,dia kemudian senyum senget.Seronok apabila Tuan Adyan berkata begitu.
"Bukan ikut aku sekali,kau naik grab,tak kuasa aku nak bawa kau." Gumam Adyan yang membuatkan senyuman Nashwa tadi memudar.
"Alah yelah.."
"Dah kau tunggu apa lagi? Pergilah masak aku lapar." Arah Adyan.
Nashwa yang mendengarkan itu terkejut.
Dia tak salah dengar kan?"Tuan nak saya masak?" Soal Nashwa tidak percaya,yelah mana tak nya selama ini dia masak mana pernah lelaki itu makan, hanya Arissa sahaja yang menghabiskan masakannya.
"Yelah dah itu kerja kau."
"Tuan betul-betul nak saya masak? Tuan nak makan ke?" Soal Nashwa sekali lagi.
"Kau kenapa ni? Dah aku suruh tu pergi jelah buat banyak tanya pulak,ke nak aku potong lagi gaji kau?" Ugut Adyan.
"Yelah saya nak pergi lah ni ish..sikit-sikit ugut nak potong gaji mana aci." Nashwa bangun dari melutut.
"Tapi..Tuan betul ke nak potong gaji saya?" Soal Nashwa sekali lagi yang membuatkan Adyan makin membara.
"Eh kau pergi masak sana boleh tak? Rimaslah tanya banyak-banyak ni, pergi sana." Halau Adyan.
"Ceh,poyo."
"Apa kau cakap?" Soal Adyan.
"H-huh? Err s-saya cakap hotel oyo tadi saya singgah beli goreng pisang dekat depan hotel oyo,err saya pergi masak dulu ye Tuan tunggulah kejap." Nashwa terus sahaja bergegas kearah dapur,fuh nasib tak kantoi.
"Erghh stress,kenapalah Daddy ambil dia jadi maid aku buat serabut kepala otak jelah." Adyan menggelengkan kepala perlahan,penat ingin melayan karenah Nashwa.
![](https://img.wattpad.com/cover/375053740-288-k24456.jpg)
YOU ARE READING
Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)
RomanceNUR NASHWA MEDINA ialah seorang gadis yg Membesar dalam keadaan trauma dan tragis,dia diseksa,di hina dan di jual oleh bapak sendiri,dijadikan hamba dan pemuas nafsu serakah. ADYAN LUTHFAN pula ialah seorang Ceo dan anak kepada pemilik syarikat Gr...