Bab 6

157 7 0
                                    

Setelah selesai membersihkan halaman rumah,Nashwa bergegas ke dapur,dia ingin masak malam untuk Kedua majikannya itu.

"Apa aku nak masak ni hah? Kalau aku masak sekalipun diorang nak makan ke? Masak jelah kalau diorang tak makan aku boleh makan tak habis bukan guna duit aku Pon."

Sedang dia memotong bahan masakan,untuk menghilangkan kesunyian dia mula bernyanyi lagu kesukaannya.Lagu yang bertajuk USIK Daripada Febi Putri Dimainkan.

Tiada yang meminta seperti ini...
Tapi menurutku tuhan itu baik...
Merangkai cerita ku sehebat ini...
Tetap menunggu dengan hati yang lapang..
Bertahan dalam macamnya alur hidup..
Sampai bisa tiba bertemu cahaya...

Air mata mengalir di pipi,lagu ini sangat bermakna bagi dirinya,dari dia umur belasan lagi lagu inilah yang selalu dia nyanyi,sedang ingin menyambung lirik ada panggilan dari seseorang masuk.

Butang hijau ditarik naik ke atas,dia menekan loud speaker.

"Heyyoo Nashwa,kau apa khabar? Macam mana kau kat sana? Best tak? Mesti best kan duduk dekat rumah orang kaya,untunglah kau dapat kerja jackpot." Bertubi-tubi soalan daripada Megat Danny kepada Nashwa.

"Eh kau boleh sabar sikit tak? Laju-laju nak gi mana? Ouhh aku dah 1 minggu dekat sini baru kau nak telephone aku tanya khabar,dasar lah kau!." Bentak Nashwa,Sudah lama dia menunggu kawan-kawannya menelefonnya tapi hampeh sorang Pon tak ingat dia.

"Alahhh kau ni, kitorang taknak lah ganggu kau,kau kan baru lagi kat sana,walaupon kitorang tak telephone kau tapi kitorang still rindu kau tau." Dengan intonasi gedik Danny cuba meyakinkan Nashwa bahawa mereka sangat merindui Nashwa.

"Gi mampos lah korang,rindu apa kalau 1 minggu aku takde sorang Pon tak telephone?!
Itu korang kata rindu?! Korang memang suka kan kalau aku takde?!." Sempat lagi dia memarahi Danny sambil tangan sedang mengacau masakan.

"Ishhh kau ni!! Betullah aku rindu kau tau! Tak baik pitnah Caya, setiap malam aku melihat wajah indah seorang insan bernama Nur Nashwa Medina Binti Abdullah.." Dengan Yakin Danny Berkata.

Seketika Nashwa diam membatu.

"Nashwa? Heyyoo kau dengar tak? Ouh Nashwa?." Danny merasa hairan,Line internet tiada ke?

"Jangan sebut nama dia please Danny.Berapa kali aku nak bagitahu kau supaya jangan sebut nama dia." Dengan lemah Nashwa memberi peringatan kepada lelaki itu. Pantang betul dia dengar nama orang tua tu.

Danny tersentak,dia baru teringat yang dia tersebut nama ayah Nashwa. Nama yang memberi luka yang dalam kepada Nashwa.

"A-aku minta maaf Nashwa a-aku tak sengaja,sorry Nashwa." Danny dilanda rasa serba salah. 'bodohnya aku macam mana aku boleh lupa ni'.

"It's okay...jangan buat lagi lepasni,aku taknak dengar nama dia."

"Okay Nashwa aku minta maa-".Tidak sempat Megat Danny Ingin menghabiskan ayatnya datang lagi satu bala merampas fhone Danny.

"HEYYOO PEREMPUAN EEE AKU RINDU LAH KAU,BILA KITA NAK LEPAK SEKALI LAGI?" Tanya Megat Danial,mereka adalah kembar seiras, perangai pon mestilah seiras. Otak pon sewel.

"Ish bingitlah kau ni Danial! Kalau kau tak jerit-jerit tak boleh ke?!." Nashwa mendengus kasar.Kalau dengan dua malapetaka ni memang hilang sabar dibuatnya.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now