Bab 3

251 9 1
                                    

Setibanya Adyan di Airport,dia mencari satu sosok tubuh yang dia sangat rindu,sudah lama dia tidak berjumpa dengan si gadis manis itu.

"ABANG!!" Jerit Arissa,Dia berlari kearah Abangnya dengan perasaan teruja,dia juga merindui abangnya seorang ini.Mereka sangatlah rapat.Mana Tak nya Hanya Adyan satu-satunya abang yang selalu ada bersamanya sejak kecil.

Arissa memeluk erat tubuh sasa itu.dia sangat merindui ahli keluarganya.Dia rindu Mommy dan Daddy,dia rindu Kawan-kawannya di Malaysia.Demi masa depan terpaksalah dia berkorban duduk di German seorang diri,tiada peneman.

"Rissa sihat? dah makan ke belum?" Soal Adyan kepada adiknya yang satu ini.Didalam dunia ini,hanya Arissa dan Puan Marissa sahaja perempuan yang paling dia rapat dan sayang,nak harapkan Adyan menyayangi perempuan lain? jangan harap,bersembang pon dia tak mahu.Sebabtulah umur dah 28 tahun tetapi belum kawin.Macammana Daddynya tak mengamuk?

"Alhamdulillah Rissa sihat je dan Rissa dah makan.Abang dah makan ke belum?" Soal Arissa.

"Belum..Rissa teman Abang makan boleh?"
Hmm orang dah masak kat rumah tak nak makan,sombong.Itulah sifat Tuan Adyan.

"Boleh takkanlah tak boleh,abang nak makan dekat mana?" Arissa melemparkan senyuman.

"Restaurant favourite abang." seraya itu mereka bergerak mencari restaurant terdekat.











Sesudah menjamu selera,Nashwa duduk di atas sofa ruang tamu,dia penat,sudah masak tiada orang makan dan sekarang dia ditinggal seorang diri didalam rumah agam itu,sudahlah dia ni penakut.

"Haihhh baru nak rasa bahagia dapat kerja dekat rumah mewah,tapi bukan bahagia yang datang ini bala yang datang,dapat majikan Pon kerek nak mampus." Nashwa mengeluh perlahan.

Kedengaran bunyi kenderaan dari luar,dia yakin itu adalah Adyan.Bergegas dia bangun berjalan ke arah pintu.

"Sape perempuan tu?awek dia ke? takkan dia bawak balik rumah kot?" Sempat lagi dia intai dua orang tu dari dalam.

Pintu dibuka dari luar,Arissa terkejut melihat kewujudan Nashwa di dalam rumah itu.Abang dia bawak perempuan tinggal sekali ke dalam satu bumbung? ini harus direport dekat Daddy!

"Eh,Sape ni bang? Girlfriend abang ke?" Soal Arissa,mata masih setia memandang Nashwa yang berdiri kaku dengan pandangan tertunduk ke bawah.

"Ni? perempuan miskin ni nak jadi girlfriend aku? ceh lambat lagi rissa,abang pon ada test.Daddylah ni Tah datang dari mana ambik dia jadi pembantu abang,apa motif pon abang tak tahu." Adyan memandang Nashwa dengan wajah ketat.

"Apa abang ni janganlah cakap macamtu tak baik tau tak?" Arissa Sofea sememangnya seorang yang baik hati,dia tidak pernah berlaku kasar terhadap sesiapapon,kerana begitulah cara didikan dari Mommy dan Daddynya,tetapi Adyan? Takhulah mana dia kutip perangai dia.

"Abang naik dulu lah Rissa,Abang nak rest,penat." Sebelum naik,dia memeluk Arissa terlebih dahulu dan dihadiahkan senyuman manis yang tak pernah dapat oleh sesiapa Pon.Senyuman Adyan Hanya untuk Mommy dan Arissa.

"goodnight."

"Awak janganlah terasa dengan abang saya yer,dia memang macam tu lama-lama nanti dia ok lah tu jangan ambil hati tau." Pujuk Arissa kepada Nashwa yang masih berdiri kaku disitu.

"Awak?" Tegur Arissa yang melihat Nashwa masih mengelamun seraya tadi.

"Hah? E-e ye ye saya okay je jangan risau."
Nashwa senyum pahit.

"Ok lah kalau macamtu,jap nama awak apa?" Soal Arissa.

"Panggil sahaja Nashwa."

"Cantik nama macam tuan dia,oklah saya naik dulu ye,nak tidur.Btw semoga kuatlah kerja dengan abang saya tu." Arissa ketawa kecil kemudian Beg luggagenya ditarik.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (og)Where stories live. Discover now