Bunyi riuh rendah yang sangatlah bising didengari kami. Aku dah Raisha sampai awal jadi kitaorang dapat kerusi. Haha! Kesian sapa kena duduk bawah!
Juru majlis mula menyampai seberapa kata yang aku tidak dengar dengan begitu jelas. Aku pandang ke arah Raisha. "Yang kau ni kenapa senyum sorang-sorang?" Aku bertanya. "Shuush, senyap! Nanti kau akan tahu." Kata Raisha sambil memandang ke tempat di mana orang akan berkawad. Ni mesti dia nak tengok sesuatu yang dia dah lama nak tengok...
Lagu negaraku dimainkan, aku berdiri dengan tegak. Setelah 40 minit majlis dijalankan, Raisha kelihatan sangatlah excited selepas melihat kelibat tentera yang sedang berkawad ke sini. Oh, dia datang sini nak cuci mata je an. Hadui.
Semakin lama mereka mendekat secara tiba-tiba aku rasa kocek seluarku seperti ada yang mengeluarkan sesuatu. Aku lihat ke kanan aku dan terlihat seorang pick pocket memegang telefon aku.
"Woi! Pencuri aku bunuh engkau!" Dia terus melarikan diri dan aku mengejarnya macam orang gila dah. Aku tak perasan pun aku sedang diperhatikan orang ramai. Sambil menjerit.
Selepas 3 minit mengejar dia, aku terus tackle dia ke atas tanah. Aku melempang dia 3 kali.
"Sapa suruh kau curi phone aku? Kau ingat murah ke aku beli?!" Kata aku. Dia tidak bersuara. Aku lihat ke kiri dan kanan aku. Aku sedang dilihatkan oleh semua orang yang datang. Aku memandang ke depan dan lihat semua tentera yang sedang berkawad masih berkawad dan memandang depan. Kecuali seorang tentera yang melihat aku sambil berkawad. Eh, ada kerja buat lah kerja sibuk sangat nak tengok aku.
Zayyad POV:
Wow. Dia kejar pencuri tu sampai dapat. Jarang aku nampak. Tapi kesian kena dapat attention dengan semua orang. Haha.
Dua orang anggota polis menangkap lelaki itu. Baguslah, kalau aku rasa cam nak jadi busy body lah hari ni.
Selepas sahaja tamat perarakan kami. Kita orang diberikan 30 minit untuk berjalan sebelum bas sampai. "Riq. Jom lawat pakcik kau yang kerja kat balai polis tu." Kata ku pada Riq yang sedang makan donut perisa strawberry itu.
"Buat apa! Malas lah!" Aku memberi kan jelingan tajam pada dia. "Kau nak bantah permintaan aku?"
Riq terus menyumbat kuih donut di dalam mulut dia. "Tidak, tuan!" Dia menjerit. "Good. Jom." Riq terus mengikuti aku.
Sampai sahaja aku ke balai polis itu, aku mendengar suara perempuan tadi itu.
"Sekarang ni, phone saya rosak! Sebabkan dia, suruh dia ganti lah!" Kata perempuan itu.
Aku memasuki balai polis itu dan menuju ke pakcik Riq. Lagipun aku ada urusan dengan dia. Pakcik dia berada dekat dengan perempuan yang sedang marah itu. Nak dengar jugak lah tu.
"Assalamualaikum, Pakcik. Pakcik sihat?" Kata Riq. "Alhamdulillah sihat." Kata Pakcik Riq. "Pakcik, ingat saya lagi tak? Taufid Zayyad?"
"Oh ye kamu, jap kamu tunggu saya ambilkan borang itu ye." Kata pakcik Riq. Aku hanya tersenyum. Aku memandang kepada perempuan itu.
"Saya nak dia kena penjara!" Kata perempuan itu pada pentugas wanita itu.
"Kau suka perempuan tu ke?" Bisik Riq. "Hah?!" Aku terjerit kecil. Mata perempuan itu melihat aku dan kemudian kembali menjadi marah.
"Apa kau cakap ni?" Aku bisik balik pada Riq. "Ye lah, muka kau merah pastu kau pandang dia tak berkelip-kelip." Kata Riq.
"Eh, aku suka perempuan ni? Tak ada lah! Takkan. Dia nampak cam laki kot dari belakang! Takkan lah aku suka perempuan ni! Entah-entah tak habis SPM lagi!" Tanpa aku sedar aku tidak lagi berbisik dengan Riq. Oh shit.
"Excuse me? Apa yang awak cakap tadi?" Kata perempuan itu. Aku cuba menerangkan diri aku tapi dia menghentikan aku.
"Eh aku ingat kau! Kau nampak cam tentera yang pandang aku waktu kau kawad kan!" Eh camana dia boleh cam aku? Aku pakai helmet kot. Dia ada kuasa ghaib ke?
"Eh? Ye aku yang pandang kau. Dah macam orang gila kau hari ni tahu tak?" Ops. Mulut terlepas lagi.
"Muka je hensem, tapi mulut cam longkang. Bau pun macam longkang." Kata perempuan tu. Bau mulut aku cam longkang?! Kenapa Riq tak pernah bagitau! Aku cuba membau nafasku sendiri. Okay je? Perempuan ni ada masalah bau kot.
"Dahlah malas aku nak layan korang semua." Kata gadis itu sambil menyarungkan sling beg dia dan keluar dari tempat itu. Pakcik Riq kembali bersama dokumen yang aku perlukan.
Sorry sebab chapter ni macam tak banyak! Please support this cerita! Kalau ada typo or masalah boleh comment! Okay!
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...