BAB 10

8 0 0
                                    

        Bunga Gardenia yang sir beri dibelek aku. Cantik. 'Maksudnya secret love' kata-kata Raisha diulangi di minda aku. Normal ke kalau prof kau bagi bunga kat kau?

Betul ke Sir suka aku ni. Peliklah. Lagipun umur kitaorang tak jauh sangat dia 32 aku 27. Beza umur 5 tahun je.

"Esha!" Jerit mama dari bawah. Aku terus keluar dari bilik dan menuruni tangga.

"Yes mama, I am coming!" Balas aku. Satu persatu tangga dituruni. Akhirnya kaki aku mendarat ke ruang tamu.

"Why?" Soal aku pada mama yang sedang menonton drama bollywood.

"Amikkan remote." Minta mama. Jari mama telunjuk mama menunjukkan pada sebuah remote TV yang berada di atas coffee table. Betul-betul di hadapan mama.

"Mama..." aku mengeluh.

"Dosa tau mengeluh sebab mama mintak tolong." Kata mama sambil jeling ke arah aku.

"Ye lah, tapi kat depan mama je remote tu. Punyalah Esha ingat ada apa-apa jadi kat mama." Kata aku.

"Oh, paham. Jadi Esha nak mama kena apa-apa lah baru Esha nak kisah ye?" Haish mak aku ni, fikir gitu. Penatlah gini. Aku melangkah ke meja itu dan mengambil remote TV lalu memberikannya dia atas tangan mama.

"Esha, besok kita pergi beli baju untuk kerja kamu." Kata mama. Oh ye, minggu depan aku akan jadi doktor di sebuah hospital swasta. Dr. Ayesha. Proud pulak.

"Okay mama!" Kata aku sambil senyum manis. Kaki melangkah semula ke tangga dan ke bilik. Pintu bilik dibuka. Aku menghempaskan badan aku ke katil.

'Kalau papa masih ada kat sini, mesti papa gembira kan? Jay takkan sia-siakan apa yang Jay belajar. Jay nak ikut jejak papa.'
Aku berbisik pada diri sendiri sambil menangis teresak-esak.

      

       "Ayesha!" Jerit mama. "Jap ma! Tunggu! Ayesha tengah pakai eyeliner ni!" Jerit aku balik.

"Haish! Cepatlah!" Jerit mama lagi. Aku terus melajukan tangan aku untuk sambung membuat eyeliner aku.

"Dah!" Aku melihat kedua-dua eyeliner aku di cermin. Perfect! Aku terus keluar bilik dan menuju ke ruang tamu.

"Mom! I am done!" Kata ku pada mama yang sedang menunggu di depan pintu.

"Beli baju je pon. Nak makeup bagai." Jeling mama. "Keluar cepat!" Perintah mama. Aku tabik pada mama. "Yes, Ma'am!" Jerit ku.

Kaki melangkah keluar dari rumah. Bunyi kereta unlocked didengari. Mama memandu lagi ke? Aku nak pandu jugak.

Aku mengekuh kecil. "Minggu depan. Pastikan kamu bawak motor ye, jangan kereta." Perintah mama. Aku hanya menangguk.

Badan masuk ke dalam kereta bahagian penumpang. Mama pula masuk ke bahagian driver. Passenger princess sejak kecil!

Mama mula memandu. "Esha dah ready ke?" Tanya mama. "Yes! Always am, mama!" Senyum ku pada mama. Mulut mama diukir dengan senyuman juga.

"Papa mesti gembira sangat sekarang ni kalau dia tahu anak dia doktor." Kata mama. Aku melihat mata mama sedikit berair. Mama mesti rindu papa jugak kan?

'Alhamdulillah anak papa. Jay!' Minda kembali mengingati ayat papa sewaktu aku dapat kedudukan pertama dalam kelas dan darjah.

Aku masih ingat papa dukung aku dan memusingkan aku. Mata berair. Menahan perasaan menangis.

      Kereta diparkir di tempat letak kereta yang berada di luar mall. Kaki melangkah keluar kereta bersama mama. Kereta dikunci.

Masuk sahaja mall aku gembira. Aircond! Sedapnya! Senyum aku apabila dapat merasai angin yang nyaman.

"Kita pergi situ dulu ye." Kata mama sambil menunjukkan kedai baju. Kami melangkah ke kedai tersebut. Mama mula mencari baju yang sesuai bersama aku.

Penjaga kedai melangkah ke arah mama dan bertanya baju apa yang dicari-cari. Sambil itu, aku mengambil peluang untuk membelek-belek jenis-jenis baju formal untuk bekerja.

Satu persatu dibelek. Akhirnya aku jumpa. Baju kurung yang berwarna hijau cair. Manik-manik yang bersinar. Walaupun design dia agak extra, tetapi aku rasa dari jauh dia nampak simple. Harga dibelek. Mata aku terbeliak.

RM130.50. Takpelah. Letak balik niat aku nak beli. Tapi tiba-tiba tangan mama mengambil baju itu.

"Dik, saya pilih baju ni ye." Kata mama sambil menunjukkan baju itu pada pemilik kedai.

"Mama mahal lah." Bisik aku pada mama. "Senyaplah kamu." Jeling mama.

Mama kerja as cikgu je. Mana mama dapat duit ni semua eh? Pelik.

6 helai baju dibeli. Aku memegang beg kertas itu sambil keluar.

"Mama, mana mama dapat duit banyak macam ni?" Tanya aku.

"Nanti mama bagitau." Senyum mama.

"Hm okay." Balas aku.

     Selepas 2 jam di dalam shopping mall mencari barang keperluan aku. Akhirnya, kami sudah membeli semuanya.

Kaki melangkah keluar dari kawasan itu. Aku dan mama menuju ke kereta kami. Kereta berbunyi, menandakan unlocked.

"Masuk jom." Kata mama sambil memasuki kereta. Aku juga turut menaiki kereta dan duduk di bahagian passenger seat.

"Jawablah soalan Esha tadi mama." Minta aku.

"Balik rumah nanti. Esha sendiri yang kena tahu." Kata mama dalam nada yang agak sedih. Muka mama berubah selepas aku perasan tentang riak wajah sedih dia tu. Muka dia terus berubah ceria. Tetapi di sebalik senyuman itu, adalah kesedihan mama. Adakah ini pasal papa lagi? Aku rasa ye.

Kereta sampai ke kawasan rumah. Selesai sahaja kereta diletakkan, aku keluar bersama mama.

Mama terus membuka pintu dan mengucapkan salam. Selepas beberapa minit di dalam. Mama keluar bersama kotak.

"Ni. Semua jawapan ada dalam ni." Kata mama sambil menghulurkan kotak itu pada aku. Aku mencapai kotak yang dihulur oleh mama. Mama kembali masuk ke dalam rumah selepas memberikan kota itu pada aku. Aku melangkah masuk dan terus menuju ke bilik aku.

Pintu bilik dirapatkan. Kota dibuka. Gambar aku dengan papa. Penuh di dalam. Air mata aku menitis. Papa...

Aku duduk di tepi katil sambil melihat semua kepingan gambar itu. Sampai lah ada gambar aku bersama 2 budak lelaki. Kepala aku dibalut kain sewaktu itu.
Sorang nampk lebih tua, sorang lagi nampak seperti sebaya dengan aku.

Gambar ini diambil waktu tarikh... mata mencari tarikh gambar. 8/9/2009. 15 tahun yang lalu.

Satu demi satu kepingan dilihat. Tetapi gambar bersama 2 lelaki tu lah yang paling pelik. Siapa dia?

Akhirnya, di bawak aku menjumpai sebuah nota yang ditulis papa. Nota itu dipegang lalu dibaca.

'Jay, anak papa. Maafkan papa sebab papa tinggalkan Jay awal. Maafkan papa sebab tak bagi Jay lawat papa buat kali terakhir. Kamu mesti dah jadi doktor kan? Macam yang kamu nak? Kalau ye, papa gembira sangat. Papa harap papa dapat dengar nama ayah ada di dalam nama seorang doktor. Papa ada supply kan semua keperluan Jay untuk masa hadapan. Nak. Walaupun Papa takde untuk bersama Jay setiap masa. Tapi ingat papa sentiasa bersama Jay, papa akan pastikan Jay selamat. Papa takde banyak masa dah.' Itu sahaja. Aku mula menangis teresak-esak.

Aku menyelak ke bahagian belakang kertas. 'Nak tahu siapa 2 beradik dalam gambar tu? Well, kamu tahu papa suka main game hint kan? Kalau ada jodoh kamu dengan seseorang dari mereka, jadi kamu akan tahu. Kalau tiada. Sampai bila-bila lah kamu tak tahu. Thats all from your papa. I love you Jay.  You are my heart.' Tulisan akhir papa sebelum tamat.

Aku kembali menangis teresak-esak sambil memikirkan siapa 2 beradik itu. Aku terus baring ke atas katil dan tutup mata dengan kuat. Cuba tidur dan henti nangis. Akhirnya aku terbawa tidur.

HAI SEMUA, Bad news. Mungkin saya tak dapat upload story tomorrow sbbkan terlalu busy. Kalau sempat saya mungkin akan post kalau tak tak dapatlah post. Thank you sebab baca buku saya 🌸

TAKDIR AKUWhere stories live. Discover now