BAB 5

8 0 0
                                    

        "Kau jumpa sapa?!" Raisha terjerit kecil. "Mamat yang panggil aku gila tu." Kata aku. "Oh my god, what kind of romance book is this?"

"Takde romance genre dalam hidup aku." Kata aku dengan nada sombong aku lagi. "Hm yelah." Mengeluh Raisha. Aku menyedut air lemon yang dibeli sambil memandang ke arah Raisha.

"Kau pulak. Janji pukul 10 sekarang pukul
3." Kata aku.

"Ehem, aku jumpa mamat hensem tadi." Tersedak air lemon aku.

"Hah?! Kau sidai aku kat sini sebab mamat hensem?!" Marah aku. Sampai hati dia. Mamat tu muka macam Cha Eun Woo ke sampai dia nak sidai aku kat sini.

"Alah rileks lah! Dia askar tau! Kau pun tahu kan aku suka askar!" Dahi Raisha dijentik oleh jari aku.

"Pastu! Kau sidai aku berjam-jam lah!" Kata ku. Aku mengeluh. "Okay. Aku maafkan kau. Tapi kau kena bayar makanan dengan air aku." Raisha kelihatan gembira aku memaafkannya.

"Boleh je!" Katanya. "Kau dapat ke nombor dia?" Mana tahu dapat bau nasi minyak ke lagipun dah 5 bulan dah aku tak dapat jemputan ke majlis kahwin mana-mana.

Senyuman lebar diberikan oleh Raisha. "Yes! Aku dapat! Kau tahu tak dia dah lah hensem pastu baik ! Gentleman! Gitu!"

"Kau senyap sikit boleh tak, orang pandang lah." Aku berkata sambil pandang kiri dan kanan.

"Sorry lah, Oh yea, aku ada gambar dia nak tengok tak?" Kata Raisha. Aku hanya mengangguk. Raisha mengambil telefon dia dan terus mencari gambar lelaki tersebut. "Ni!" Tunjuk Raisha. Mataku terus membulat terkejut. Okay, tersedak air lemon kali kedua pulak.

"Ni?!" Lelaki yang ikut Zayyad sewaktu dalam balai polis lagi. Aku masih ingat dengan jelas, bibir dia penuh dengan krim strawberry. Waktu aku nampak dia, aku nak gelak je sebernanya tapi waktu tu aku tengah mengamuk tak jadi lah aku gelak.

"Ye! Kenapa kau lagi tadi tersedak ni?" Soal Raisha.

"Ni lelaki mulut longkang tu punya kawan." Kata aku.

"What! Eh, jap. Camana kau boleh kenal lelaki mulut longkang tu? And macam mana kau tahu diorang kawan?" Soal Raisha.

"Kan aku jumpa diorang kat balai." Giliran Raisha pula tersedak dan terbatuk banyak kali. "Sejak bila kau masuk balai ni! Mamat mana kau tumbuk lagi?!" Mata Raisha membulat, terkejut.

"Waktu perarakkan tu! Kau lupa aku? Kan aku hilang kat sebelah kau! Takkan lah kau tak nampak aku kejar orang, semua orang pandang aku tahu tak. Ke kau khusyuk tengok askar berkawad?" Kataku. Raisha tersenyum sedikit lepastu tu hilang senyuman dia selepas tengok muka aku macam nak jadi rimau.

"Aku ingatkan kau dah balik, kau kan tak suka event yang ramai orang." Kata Raisha sambil mata dia dijulingkan ke arah jam.

"Tapi apa jadi?" Tanya Raisha.
"Ada orang pergi curi fon aku, aku pun kejar lah. Then polis pun tangkap dia. Diorang suruh pergi balai sebab nak bagi keterangan." Terang aku kepada Raisha.

"Oh! Faham! Pastu kau jumpa Ariq dengan kawan dia kan!" Kata Raisha. Aku mengangguk dengan senyuman. Oh, kawan Zayyan nama dia Ariq. Hm sedap jugak nama.

"Kau tahu ke apa nama pakcik mulut longkang tu?" Soal Raisha.

"Ye, aku tahu. Nama dia Zayyan." Kataku, Raisha hanya senyum sambil memandang aku.

"Kau nak apa Raisha?" Senyuman Raisha makin melebar.

"Kau jangan takutkan aku lah Raisha..." kataku dalam nada ketakutkan. Selalunya dia buat macam ni kalau dia ada sesuatu nak buat dalam kepala, macam evil plan lah. Gitu.

"Aku boleh mintak Ariq nombor Zayyan." Kata dia dengan senyuman dia.

"Hah? Buat apa! Taknak aku." Kata aku membantah apa yang dia nak lakukan.

"Kalau camtu aku bagi nombor dia kat mak kau. Aku dengar mak kau tengah cari menantu kan?" Kata Raisha. Cari menantu? Kenapa mama tak bagitau aku dulu? Oh ye, lepas apa yang jadi berapa bulan lepas. Aku tidak bercakap dengan dia lagi.

"Hah! Untuk siapa?!" Nada aku sedikit terkejut.

"Kau la, kau anak tunggal kan?" Kata Raisha sambil memandang tepat pada aku.

"Kau jangan menipu lah." Kataku sambil menjeling Raisha.

"Buat apa aku tipu, mak kau baru haritu datang rumah aku. Katanya kalau boleh nak jadikan abang aku menantu dia." What?! Mama anyone but abang Raisha. Bukan apa, tapi nanti pelik lah. Aku ni kawan baik Raisha. Aku berfikir sedikit.

"Weh. Aku kena balik. Jumpa kau kat kelas esok." Kataku sambil menyarungkan sling beg aku. "Bayar tau makanan aku. Terima kasih." Aku menepuk bahu Raisha sambil berjalan keluar cafe.







I hope korang enjoy bab ni, maaf kalau I ada salah. kalau ada typo boleh comment..🌸

TAKDIR AKUWhere stories live. Discover now