"Call lah, Raisha. Ajak dia makan. Dia kan suka makan kari mama." Kata mama. Dahi aku diketakkan bandage selepas mama berperang dengan aku di dapur.
"Taknak! Esha tahu mama saja je nak bagi Raisha tengok Esha macam ni!" Bantahku.
"Ish, mana ada. Kalau camtu biar mama yang call dia. Mama ada no telefon ibu dia." Tersedak mee kari aku. Sejak bila mama ada nombor Makcik Hayati ni?!
"Sejak bila mama ada nombor Makcik Hayati?!" Kataku.
"Ish, adalah. Dia ajak mama masuk group setaman. Memanglah mama dapat nombor dia." Mak aku dah terjebak dengan gossip-gossip bersama sahabat organik setaman?! Noooo!!
"Oh, sebab tu mama ambil gambar lauk-lauk yang mama masak!" Aku berkata. Mama tersenyum sengih.
"Of courselah, kena tunjukkan yang mak ni pandai masak. Kamu tahu tak makcik-" belum sempat mama menghabiskan ayat gossip dia aku memberhentikan dia.
"Mama, no no. Jangan bergossip." Kataku dengan penuh keyakinan macam aku tak pernah bergossip. Aku sebernanya kalau bab gossip and suka dengar dari Raisha, sebab tu aku taknak dengar gossip mama.
"Eh eleh. Macam kamu tak pernah bergossip dengan Raisha. Kamu ingat mama lupa ke? Dulu waktu kau sekolah menengah, setiap kali Raisha datang je terus bergossip kat ruang tamu."
Kata mama sambil memusingkan matanya. Mama menghirup kopi yang dibancuh oleh aku."Sedap tak?" Tanya aku. Mama senyum lembut. "Anak mama bancuh kopi, memanglah sedap!" Kata mama. Aku senyum teruja.
"Thank you mama!" Kataku dengan teruja. Air oren dituangkan kedalam cawan aku. Mee kari yang dihidang di atas meja diambil oleh aku. Sepinggan mee kari itu aku meletakkan telur rebus di atas. Sebagai peminat setia taugeh, mestilah aku meletakkanya juga di atas.
Selepas selesai makan, pinggan dan mangkuk dikumpulkan lalu dibawa ke singki untuk dibasuh. Sabun pencuci pinggan diletakkan di atas sponge. Satu demi satu pinggan dan mangkuk dibasuh.
"Esha, exam final kamu bila?" No! Not this again! Aku completely lupa...
"Um...Eh mama! Tengok tu! Ada kucing lah kat luar rumah!" Kataku sambil menunjuk ke arah tingkap itu.
"Jangan nak ubah topik. Bila?!" Tegas mama. Mama kalau bab pembelajaran memang susah lah aku nak larikan diri."2 bulan depan." Kataku dengan nada yang rendah. "Pastu? Kau lagi tadi main phone kau! Dari meja makan, dalam bilik, kat luar, semua sama je!" Please ibuku jangan start ceramah lagi.
Kedengaran azan Ishak mengundang. Yes! Ada cara aku boleh larikan diri!
Aku berdehem. "Mama, dah azan dah tu. Esha solat dulu ye." Kataku sambil meletakkan pinggan yang sudah dibasuh ke rak.
"Hm yelah. Macam mama tak tahu yang kamu taknak dengar mama membebel." Sekali lagi, mama memusingkan mata dia dari aku.
Aku senyum sengeh dan terus berlari ke tingkat atas menuju ke bilik aku. Kaki melangkah masuk ke bilik air untuk mangambil wuduk. Setelah selesai, aku berjalan ke almari mengambil telekung. Telekung disarungkan dan sejadah dibentangkan.
Setelah selesai solat, aku taknak turun bawah ke ruang tamu. Nanti kena ceramah lagi.
Tapi betul jugak apa yang mama cakap. Baik aku study daripada scroll tiktok. Mata aku memandang ke arah buku yang bersepah di atas study table aku itu. Aku mengeluh sambil senyum.
Kaki melangkah ke arah study table aku itu, puggung dilabuhkan di atas kerusi. Buku subjek calculus diambil. Page pertama dibuka.
"Apahal aku pilih subject ni eh?" Kataku di dalam nada sindir sambil senyum. Soalan mathematics yang penuh dengan alphabets daripada nombor. Aku mengeluh.
"Kalau camni sampai esok aku tak faham-faham." Kataku pada diri sendiri. Ingat Esha, apa yang Sir Adrian ajar haritu. Ingat Esha. Aku tahu kau tidur tapi atleast kau ingat sikit kan.
Sekian lama menggunakan otak aku. Akhirnya, aku ingat. Yay! Baru mula nak menulis tiba-tiba mata rasa nak tidur. Alahai. Waktu camni lah, kalah aku main phone kalau boleh sampai kul 3 pagi boleh bertahan lagi mata aku.
Tanganku mula bergerak, menulis semua jalan penyelesaian masalah matematik itu walaupun mata macam nak tutup terus.
Sekian lama menyelesaikan masalah, tiba-tiba bunyi jam didengari. Kring~ kring~
Aku terbangun dari tidur aku.ku memandang ke arah buku latihan ith, kosong?! Bagaimana, mengapakah, hilang tiba-tiba ke tu mimpi je? Ingatkan aku dah pandai, rupanya mimpi je...
Aku takut kalau waktu exam jadi camtu, dah siapkan paper. Tapi dalam mimpi. Mata melihat ke arah jam. Badan sedikit dinaikkan. Sakit belakang! Sapa suruh tidur kat atas kerusi.
Sekarang pukul berapa? Kelihatan aku agak blurry sekarang ni. 8... pukul 8?! Terkejut aku. Aku terus bangun dan menuju ke bilik mandi.
Hello semua, I liked to say. Thank you so much for reading. Terima kasih kerana sudi membaca buku ini. Saya betul-betul appreciate readers semua ni! Maaf kalau ada typo, kalau Korang suka buku ni. Boleh bagi recommendation kat orang ke, kat sapa-sapa pun. I tak paksa, but if u do I will really appreciate it. 🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...