Kaki berhenti di depan pintu masuk rumah. Perlahan-lahan kaki melangkah masuk. "Assalamualaikum, mama." Kata aku.
"Waalaikumusalam." Balas mama. Aku melangkah mendekati mama yang sedang duduk di sofa menghadap televisyen.
"Kenapa mama cari menantu?" Kataku. Mama terlihat agak terkejut. Terkejut camana aku dapat tahu?
"Mama takut mama... akan pergi... sapa nak jaga kamu?" Kata mama. Aku terkejut.
"Kenapa mama cakap macam tu? Mama nak tinggalkan Esha macam mana papa tinggalkan Esha ke!" Secara tidak sengaja, aku kuatkan suara aku pada mama.
"Esha... mama buat ni untuk kebaikan kamu. Mama risau! Ke kamu dengan Raisha ada sesuatu... mama nampak korang ni rapat semacam." What! Mama why would you think like that!
"astagfirullahaladzim. Mama! Esha masih waras! Raisha tu kan kawan Esha sejak sekolah rendah lagi! Memang lah Esha rapat dengan dia! Lagipun Raisha dah jumpa seseorang." Kataku. Mama kelihatan lebih tenang.
"Then mintaklah Raisha tolong carikan seseorang untuk kamu." Kata mama. Aku pandang ke tempat lain ingin menghiraukan ayat mama.
"Ke dia ada carikan dah, tapi kamu je yang taknak." Aku diam.
"Haish, anak dara ni. Kamu nak jadi anak dara tua ke?" Kata mama. Aku hanya menggelengkan kepala aku.
"Esha nak tidur. Penat." Kata aku. "Sebelum tidur, solat dulu dan jangan tidur waktu senja" Jerit mama kepada ku yang sedang menaiki tangga rumah.
Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Satu keluhan dikeluarkan. Kaki melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Telekung disarung. Sejadah dibentangkan. Aku mula solat asar.
Selepas selesai solat asar, aku melangkah ke atas katil dan terus baring. Mata dipejamkan.
Aku nampak seseorang di tepi pantai. Tinggi. Aku tak tahu kenapa aku lari padanya. "Jay!" Panggil dia. Nama samaran yang papa sering panggil aku sebelum dia meninggal.
"Jangan tinggalkan saya!" Aku berkata. Aku tidak tahu kenapa aku berkata begitu. Pandangan aku masih samar-samar. Air laut menjadi tinggi. Sekarang ia berada di paras kakiku.
Aku masih kejarkan lelaki itu. Dia bukan ayah aku. Tetapi aku kejar dia. Tiba-tiba, air laut sudah sampai ke paras badan aku.
"Tolong saya!" Aku berkata pada lelaki itu. Tetapi air laut sudah pun mentenggelami tubuh ku. Aku berasa ada tangan yang memegang tangan aku. Dia, lelaki itu. Adakah dia adalah seorang yang ditakdirkan untuk aku? Mungkin.
Aku dikeluarkan dari air laut itu. Pemandangan aku yang agak samar kian menjadi sedikit jelas. Lelaki itu... Zayyan!?.
Aku bangun dari tidur. Nafasku laju. Aku tengok sekekliling. Oh, mimpi.
Kedengaran azan magrib di luar. Tulah Esha. Orang dah kata jangan tidur waktu petang-petang, kan dah kena. Haish.
Tetapi kenapa Zayyan? Kenapa aku fikir dia adalah takdir aku? Kenapa dia selamatkan aku? Sapa dia sebernanya?
Tenang Esha, tu semua mimpi. Setan saja je nak kacau kau.Aku bangun dari katil dan melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wuduk.
Selepas siap solat magrib, aku bangun dan menuju ke ruang tamu. Aku melihat ke arah dapur. Mama sedang masak. Bau kari. Lama tak makan. Aku masuk ke ruang dapur.
"Mama masak apa tu?" Tanya ku. "Mee kari." Jawab mama.
Mataku membulat, favourite aku tu! "Dah siap ke?" Tanya ku dengan teruja. "Sikit lagi, kalau dah siap mama panggil. Ni dah solat magrib belum?" Tanya mama. Aku memberikan senyuman padanya.
"Dah! Esha tengok TV dulu tau. Sayang mama." Kataku sambil melangkah ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan di atas sofa yang berwarna kelabu. Remote TV dipegang. Aku membuka channel k-pop. Aku melihat mereka membuat persembahan sambil mengnyayi.
"ije AKMUleul mudaelo chodaehagessseubnida! Love Leelaneun nolaelo" (sekarang kami menjemput AKMU ke ata pentas dengan lagu mereka, Love Lee.) Pengacara itu berkata di dalam bahasa mereka. Aku terjerit kecil. Favourite aku!
Aku sangatlah teruja, tiba-tiba mama menyuruh aku menolong dia di dapur. Aku membiarkan TV terbuka untuk mendengar lagu mereka. Aku melangkah masuk ke dapur.
"Tolong mama kacau kan kari ni." Minta mama. Aku hanya menangguk.
Sewaktu aku sedang mengacau kari yang sedang dimasak itu, aku ternyanyi bersama audio yang keluar dari TV itu.
'"So lovely day, so lovely, errday with you so lovely."
"Du, du-ru-du, du-ru-du, du-du-ru-du."
"Spell L-O-V-E-L-E-E, ileumman bulleodo, you can-" Tiba-tiba kepala aku diketuk dengan cutting board yang dipegang mama.
"Kenapa mama buat macam tu!" Kata ku sambil memegang kepala aku yang kesakitan.
"Jangan nyanyi waktu masak! Nanti dapat lelaki tua!" Haish. Dah start dah dia dengan kepercayaan dulu.
"Atleast mama dapat menantu jugak kan." Jawab ku.
"Bertuah punya budak! Meh sini kau." Kata mama dalam nada marah. Mataku membulat ketakutan.
Korang rasa Zayyan ni sebernanya sapa? Adakah dia hanyalah orang yang dia jumpa di balai, ataupun...🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...