Lengan Raisha ditarik. "Tengok! Comel!" Jerit aku. Aku menunjukkan sebuah anak patung arnab yang sedang memakan carrot. Cute!
"Gebu weh!" Kata aku sambil memegang patung itu. Raisha hanyalah melihat aku tak berkelip. Ariq pula sedang membelek cawan kaca.
"Comel tak!" Tanya aku pada Raisha dengan senyuman gembira aku.
"Comel, comel. Kau nak beli ke?" Tanya Raisha. Aku angguk. Aku mencari tag harga. RM 43.10. Okay. Maafkan saya encik rabbit.
"Takpelah. Aku cari yang lagi kecik." Kata aku dengan penuh kesedihan. Duit nak kena bayar macam-macam lagi, motor aku pun belum habis bayar.
"Kesian kawan aku ni." Kata Raisha sambil menepuk bahu aku.
"Ariq kau dah jumpa apa kau nak beli ke?" Soal Raisha. Ariq angguk. Dia menunjukkan suatu cawan kaca yang comel, bentuk strawberry. Wow, dia memang peminat setia strawberry ke?
Raisha senyum manis pada dia. Hm, jap lagi nak lipat bumi lah.
"Dah-dah tak payah nak bersweet-sweet dengan kawan baik aku." Kata aku sambil memeluk tubuh Raisha. Sorry aku kenal dia lagi lama dari kau!
Ariq hanya menjelingkan mata dia. Kami berjalan ke arah kaunter untuk membuat pembayaran. Zayyad ni pulak pergi tandas ke buat tanda? Nak dekat 30 minit dah.
Ariq memberikan beberapa wang pada perkerja itu. Cawannya diletakkan di dalam plastic beg.
"Jom." Kata Ariq sambil memgang plastic beg yang berisi cawan dia.
Sementara kami berjalan, akhirnya kelibat Zayyad dilihat. Tangan dia memegang sesuatu... is that... patung rabbit dalam vending machine tu!?
Muka aku tersenyum lebar melihat patung itu dari jauh. Zayyad mendekati kami. Kapal terbang mula berbunyi.
"Wuisshhh! Sweetnya!" Gurau Ariq. Zayyad memandang dia. "Takkan aku nak bersweet dengan kau pulak." Tegur Zayyad.
"Boleh je sweet dengan aku, rawr" gurau Ariq. Aku dan Raisha menahan ketawa melihat gelagat dua orang ni.
"Mummy takut!" Jerit Zayyad dengan nada gurauan. Dia melangkah ke belakang sambil memandang Ariq. Kepala dipusingkan untuk melihat aku.
"Ini untuk kau." Tangan aku mencapai patung arnab itu. Cute!
"Hmm..." aku memandang Zayyad kemudian ke patung itu berkali-kali. Zayyad hanya mengerutkan kening.
"Kalau kau taknak takpe, aku amik balik." Dia mencapai patung aku, aku terus melangkah ke belakang.
"Eh takpe! Aku tengah cari nama untuk dia!" Jawab aku.
"Kau namakan patung kau?" Tanya Zayyad. Aku angguk.
"Nama penuh kau apa?" Soal aku. Dia mengeluh.
"Taufid Zayyad Aisar" Jawabnya. Idea!
"I have decided.... his name will be Fifi." Kata aku. Muka Zayyad dikerutkan.
"Apa kena mengena dengan nama aku pulak?!" Soal Zayyad.
"Taufid. Fifi." Jawab aku sambil memeluk patung itu.
"Anggap ni hadiah sebabkan kau bagi aku pinjam hoodie kau." Balas Zayyad. Aku senyum dan angguk menandakan terima kasih. Malas nak bukak mulut.
"Dah-dahlah bersweet kat situ." Kata Raisha sambil menjelingkan matanya. Tangannya mencapai dan menarik lengan aku.
"Jom." Kata Raisha.
"Pergi mana?" Soal aku.
"Mana-mana." Balas Raisha.
"Mana-mana tu kat mana? Aku dahlah tak bawak duit banyak." Balas aku. Raisha mencubi lengan aku. Aku terus mematuh kata dia.
"Ikut aku sekali jom." Perintah Raisha pada Ariq dan Zayyad. Diorang hanya angguk. Raisha senyum sengih dan seram. Apa pulak dia nak buat ni.
"Raisha no!" Kata aku sambil cuba lepaskan tangan aku dari Raisha.
"Alah kau ni takut sangat ke?" Balas Raisha sambil menggelengkan kepala.
"Kau tahu aku benci gelap!" Merungut aku.
"I don't care!" Kata Raisha sambil mengeluarkan duitnya untuk membayar ticket masuk. Aku memandang ke signboard tempat itu 'Escape Room'. Dahlah gelap! Pastu kena guna otak!
"Kita amik versi seram nak tak?" Tanya Raisha pada aku, Zayyad dan Ariq. Mereka hanya mengangguk.
"Jom!" Kata Raisha sambil membayar tiket kami. Aku gelengkan kepala! Taknak!
Mereka meminta aku untuk meletakkan barang aku di dalam locker sebelum masuk, termasukklah telephone bimbit aku. Memang susah macam ni.
Aku meletakkan beg aku bersama beg Raisha ke dalam locker itu. Kunci locker diberikan oleh pekerja. Pekerja yang akan membimbing kami sangatlah baik dan peramah! 5 stars!
Kaki jalan ke hallway tempat itu bersama pekerja kedai itu. Haish, Raisha tadi bukan kemain cakap. Sekarang takut kat belakang aku. Belum lagi masuk. Pekerja itu berhenti di depan pintu. Dia membuka pintu itu dengan kuncinya.
"Alright, come in. I will tell you what is a clue and what is not the clue." Kata perkerja itu. Aku dan Raisha berpegang tangan masuk sementara Ariq dan Zayyad tak kisah.
Pekerja itu menerangkan segala peraturan. Akhirnya dia sudah memberi semua keterangan.
"Jadi saya akan tutup lampu selepas saya keluar." Kata pekerka itu. Dia berjalan keluar ke pintu. Dan menutup pintu itu.
Bunyi click didengari menandakan tiada jalan keluar selain kamu mencari.Clack!
Lampu terpadam. Hanyalah tinggal lampu yang ada di barang-barangan yang mempunyai cahaya tidak sebegitu terang.
HAI EVERYONE YANG BACA. SORRY SANGAT. TAK UPLOAD, THIS WEEK TIBA2 BANYAK SANGAT BENDA KENA BUAT! ARGHHH STRESSS. TAPI TAKPE, SAYA AKAN TRY SEDAYA UPAYA UNTUK UPLOAD CUZ IOVE YOU GUYSSSS THANK YOU FOR SUPPORTING MEEE💗💗💗💗. 🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...