BAB 8

7 0 0
                                    

            Mata memandang slide yang dipaparkan di depan oleh Sir Adrian. Aku sangatlah fokus melihat cara Sir menerangkan formula di depan.  Tangan pula fokus mentaip apa yang Sir sampaikan di dalam laptop.

Jari Raisha menjentik-jentik bahuku. Aku memandang dia dan menunjukkan jari isyarat senyap. Raisha kelihatan macam ada sesuatu yang tak kena dan sambung mendengar apa yang sir cuba sampaikan.

    Tamat sahaja kelas, Raisha mengejar aku. "Kau sapa?" Tanya Raisha dengan nada menyampah dan sombong. Eh! Dia ni biar betul.

"Aku boyfriend kau." Kata aku dengan anda sindir. "Aku ni kawan kaulah! Ayesha Hudiya Jayyana Binti Amadi Arfa!" Tegasku.

"Ye ke? Kau sure kau ni buka hantu yang rasuk badan kawan baik aku." Rasuk?! Sejak bila aku kena rasuk ni.

"Hah?! Apa yang kau nak cakap ni!" Soal ku, penuh dengan kembimbangan.

"Ye la! Kau tiba-tiba pay attention terus dalam kelas sir! Sebelum ni kau tidur je." Kata Raisha.

"Eh,biar-" belum sempat aku habiskan kata-kata aku Sir Adrian mencelah.

"Do not block the hallways! It's not for your little gossip place." Katanya dengan tegas.

"Sorry sir..." kataku dalam nada yang rendah sambil memandang ke lantai bersama Raisha. Sir Adrian beredar. Aku dan Raisha berpandangan.

"Apa?" Soal aku.

"Kau tak perasan ke? Sir makin lama makin ada kat mana-mana kau pergi?" Kata Raisha. Apa pulak minah ni fikir.

"Eh, it's just a coincidence. Kat mana-mana pun dia boleh pergi, nak pergi cafe sama ke, pergi warung ke atau pergi mana-mana. Jangan fikir sangat." Kata aku.

"Kau sure ke?" Soal lagi Raisha. Dia kuat overrhinking lah.

"Ye! Aku sure." Kata aku sambil memegang lengan Raisha.

"Aku dengar ada kedai makan baru bukak kat Mall. Jom!" Kata aku sambil menarik tangan Raisha.

"Pakai kereta aku ke?" Tanya Raisha. Of course lah, takkan dia nak pakai motor aku lak. Dia pakai baju kurung kot.

"Ye lah! Takkan lah pakai motor aku! Aku pandu kereta engkau." Kataku pada Raisha.
Mata Raisha membulat, teringat sesuatu.

"Tak payah lah! Biar aku bawak kereta!" Minta Raisha sambil memegang tangan aku.

"Eh kalau kau bawak kereta kot-kot nanti sampai pukul 5!" Bantahku. Aku ni pro kot bawak, dia bawak kereta 20 atau 10 km per jam. Baik takyah.

"Ala! Baik lambat asalkan selamat!" Oh jadi sebelum ni aku bawak tak selamt lah! Jahat tul Raisha ni.

"So kau nak cakap aku ni kena amik lesen balik ke?!" Kataku sambil menjeling Raisha yang agak ketakutan. Trauma apa aku buat kat dia ye?

"Well yes-" jari menjentik bahu Raisha sambil aku memberikan pandangan yang tajam kepadanya.

"Tak! Aku just..." satu keluhan didengari dari Raisha. "Okay kau boleh bawak kereta." Yes! Aku senyum lebar. Mama tak bagi aku bawak keretanya, tak tahu lah kenapa.

Aku memasuki ke dalam kereta dan memasang tali pinggang. Pintu kereta ditutup. Raisha masuk di bahagian penumpang belakang.

"Kenapa kau duduk belakang?" Soal aku.

"Aku selalu duduk belakang kalau orang lain pandu." Hm, faham. Aku menangguk. Enjin kereta dihidupkan.

       "Ayesha Hudiya Jayyana Binti Amadi Arfa! Kau perlahan kan kereta sekarang! Kedai tu tak akan penuh! Please, i beg you. Perlahankan kereta!" Jerit Raisha yang sedang risau itu. Dia sedang membaca semua doa yang dia tahu di belakang. Alah, bukan laju sangat pun. 100 km per jam je kot.

Sampai sahaja di parking lot mall itu aku terus mencari tempat parking. Kereta diletakkan di tempat yang kosong.

Sebaik sahaja aku membuka pintu kereta Raisha terus berlari ke arah longkang dan muntah. Teruk sangat ke aku drive ni?

Aku melangkah ke arah dia dan tepuk belakang dia sambil mengeluh. Setelah beberapa saat dia kembalj berdiri, aku menghulurkan beberapa keping tisu.

    "Bagi kunci kereta aku balik." Tegas Raisha. Aku terus menghulurkan kunci keretanya.

"Sorry, aku belanja kau semua kau nak harini." Kata aku.

"Kau tak kerja tau." Jeling Raisha.

"Alah, mak aku bagi allowance setiap minggu." Kataku. Well, aku admit aku spoiled. Sikit je!

Raisha mengeleng kepalanya. "Jom" katanya sambil berjalan masuk.

"Aku masih pelik lah. Camana sir boleh ada kat mana-mana kau ada. Dia stalk kau ke?" Kata  Raisha.

"Raisha ku sayang, jangan kau risau. Buat apa dia nak stalk aku. Kau ni. Kalau dia wujud kat sini kejap lagi baru aku percaya kau. Biar lah dia datang sini, kau ingat aku kisah ke. Dengan suara garau dia tu." Aku tertawa kecil tetapi tidak Raisha.

"Kau ni kenapa? Bukannya Sir tu nak buat apa-apa pun. Eh, kalau dia stalk aku pun aku tak kisah. Dia tak tahu pun yang aju tak hantar assignment dia bagi 3 bulan lepas." Kataku dengan nada sombong. Raisha membuat isyarat senyap sambil memandang ke belakang aku.

Dia ada kat belakang ke? Aku perlahan-lahan memusingkan kepala. Memang sah dia stalk aku ni!

"Ayesha. Make sure to send me the assignment before the exams." Kata sir dengan tegas. Alamak.

"Baik sir. Eh, Sir stalk saya ke? Lagi dulu lagi Saya tersempak dengan saya. Sir obssessed-" raisha terus tekap mulut aku menggunakan tangan dia.

"Sir, kami hendak pergi ke kedai makan. Urgent. Goodbye sir, see you in class." Kata Raisha dengan nada lembut.

Dia terus melepaskan tanganya yang sedang menutup mulut aku. Tangan kanan dia di lapkan ke atas bahu baju ku. Sapa suruh tekap mulut aku, kan dah kena.

"Mulut kau nanti aku seletape eh." Kata Raisha. Ish apa-paa jelah. Aku menjelingkan mataku dan berjalan ke restoran itu.

     "Assalamualaikum mama!" Kata aku dengan gembira sambil melangkah masuk.

"Mama nak pergi mana?" Soal ku, melihat mama agak kerisauan.

"Oh, mama nak pergi store. Beli paprik." Kata mama.

"Nak Esha hantarkan?" Langkah mama terhenti. Apa masalah aku drive ni?!

"Esha... Esha dah buat bagus dah. Tak perlu." Kata mama sambil memegang kedua-dua bahuku dengan senyuman.

"Alah, kenapa mama dengan Raisha pun tak nak Esha bawak. Kenapa?!" Soal ku sambil marah. Kenapa taknak bagi aku bawak kereta!!

"Alamak! Mama dah lambat. Nah jaga rumah." Kunci ruma diberikan oleh mama.

"Mama pergi dulu bye!" Kata mama dalam cemas dan terus menaiki kereta. Aku hanya memandang, berfikir. Kenapa ye?



Hello readers, thank you tau sebabkan baca buku sya... also bab 9 saya akan post agak lambat lah, tapi pada hari esok cuma lambat sikit. Sorry. Kalau korang suka bolehlah promote kn kat org ke... 🌸

TAKDIR AKUWhere stories live. Discover now