Ayesha POV:
"Assalamualaikum!" Jerit aku setiba di rumah. Mama terdengar jeritanku dan membuka pintu rumah. "Mama! Hai!"
"Dah pukul 9 malam baru nak balik? Tak takut ke hah? Kamu tu anak dara! Umur kamu baru 26. Jangan buat hal!" Apa yang aku perlu buat sekiranya ada situasi seperti ini? Senyap dan angguk. Kalau cakap balik nanti aku kena ceramah dengan mama.
"Esha... mama risau dengan kamu." Langkah aku terhenti di depan tangga.
"Kenapa mama cakap macam tu?" Tanya aku. Kedua-dua tanganku digenggam."Mama lihat anak dara orang lain lembut je... kamu tahu kan kalau perangai kamu macam ni, sering beberontak, marah and mengamuk. Silap-silap kamu jadi anak dara tua." Selepas aku mendengar apa yang mama katakan. Sesuatu di dalam hati aku retak. Sakit? Ye. Aku tak pernah mengalami pengalaman bercinta. Rasa nak cinta seseorang pun susah.
Aku terus berjalan dengan laju ke bilik aku. Mama hanyalah melihat aku pergi ke bilik aku. Setelah aku langkah kaki di dalam bilik, aku terus tutup pintu dan menangis.
Aku terjun ke atas katil aku itu dan terus menangis hingga tertidur.
~kring ~kring
Loceng telefon aku berbunyi. Aku bangun dan melihat jam telefon, 7 pagi. Kaki menunju ke bilik mandi.Selepas selesai mandi, aku terus memakai hoodie berwarna biru cair dan seluar jeans yang labuh. Macam biasa, runtin setiap hari aku. Style my wolfcut.
Aku turun tangga dan melihat mama sedang menonton televisyen. Aku diam, setibanya aku di pintu aku berkata "Mama. Esha nak pergi campus." Mama hanya mengangguk. Aku keluar dan menaiki motor aku.
Aku tiba di cafeteria milik student di campus. Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi cafeteria. Menunggu kehadiran seorang perempuan yang sering memandu dalam 20 km per jam. Raisha.
Jam menunjukkan pukul 8:20, dia bawak kereta 15 km per jam ke? Aku menjenguk ke luar, mahu melihat perempuan ini sudah tiba atau belum.
Tiba-tiba, ada tangan yang mencucuk bahu aku. Aku menoleh ke belakang, punyalah aku ingatkan Raisha. Rupa-rupanya, sir Adrian... lah... hah?! Sir Adrian???.
Aku terus bangun, "good morning sir" aku berkata. "Here." Dia menghulurkan aku ice cream cornetto perisa vanilla. Camana dia tahu vanilla tu favourite aku? Fikir positif je lah mungkin aku hari-hari makan pastu dia nampak ke? Kan?
"What is this for?" Aku bertanya. "An apology. I am sorry i bring out about your dad. I didnt know he die." Wow. Baik jugak dia.
"Oh, its fine sir. Thank you for the ice cream." Dia hanyalah menangguk. "Dont forget to enter the class before 9 am." Dia berkata sambil melangkah menjauhi aku.
"Esha...?" Aku terkejut sedikit. "Eh, wujud pun kau! Lambat lah kau ni."
"Uish, sir bagi kau ice cream. Favourite flavour kau pulak tu!" Raisha gelak. "Eh, dia mintak maaf je lah! Kau ni!" Dahi putih Raisha dijentik oleh jari aku.
"Hm, ye lah!" Kata Raisha. Aku membuka lapisan yang menghalang aku daripada memakan ice cream vanilla itu. Plastik dibuangkan ke dalam tong sampah kitar semula. Selepqs habis makan ice cream itu, aku terus membasuh tangan di dalam tandas wanita. Aku pun pergi ke kelas aku bersama Raisha.
Sir adrian memasuki kelas kami ini. "Good morning class. I have a very bad news to inform you. Korang tahu yang ini adalah semester akhir korang and the bad news is ujian akhir akan dilanjakkan 4 bulan." Yep. Aku dah innalilah. Haish. Jadi exam akan berada pada bulan 2 tahun depan. You can do this Esha! Kedengaran satu dewan kelas mengeluh. Sama dengan aku.
Secara tiba-tiba Sir Adrian terbuat eye contact dengan aku dalam beberapa saat dan putuskannya. Eh, pelik lah dia ni kadang-kadang.
Sorry chapter ni tak banyak, nanti saya akan try buat banyak sikit idea! Thank you sebab sudi membaca. 🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...