"Esha." Panggil Raisha yang sedang memandu itu. "Apa dia?" Jawab aku sambil memandang ke arah dia.
"Don't you think that Aura looks familiar?" Familiar? Macam ye, macam tak. Aku pun ada rasa macam tu cuma taknak cakap je.
"Adalah, sikit. Why?" Tanya aku pada Raisha.
"Her name... reminds of someone name..." kata Raisha.
"Our school?" Tanya aku.
"Yes! Yes Esha!" Kata Raisha sambil senyum lebar. Aku mula berfikir. Yes! Nama Aura sangatlah familiar.
"Mungkin dia dulu junior kita yang kita tak kenal sangat?" Kata Raisha. Aku angguk.
"Maybe? Tapi..." aku berfikir lagi. Nama dia membuatkan bulu roma aku meremang.
"Tapi?" Soal Raisha.
"Takde apa-apa." Jawab aku. Raisha hanya memandang aku pelik. Keluhan didengari dari dia. Kereta yang dipandu masih bergerak menuju ke rumah aku.
"Besok kau kerja ke?" Tanya Raisha. Aku angguk. Yes! Hari-hari aku berkerja je! Penat!
"Yes! Aku penat sangat! Banyak sangat kerenah pesakit! Pening tau!" Kata aku.
"Oh yes! Apa jadi dengan jantan tak guna tu?" No! Kenapa ingatkan aku dengan mamat tu!
"Oh, Faris? Tadi kat Mall dia call aku pastu cakap aku curang. Pebenda lah dia tu, aku dating pun tak pernah. Ini dia? Lagilah aku taknak. Muka je hensem, perangai teruk." Kata aku sambil mengeluh. Aku rasa aku ada tersalah cakap sebab dahi Raisha berkerut dan dia pandang aku untuk beberapa saat dan kemudian pandang ke ara jalan raya semula.
"Faris call kau? Dia tahu kau kat mana ke?" Tanya Raisha. Oh! Aku lupa nak beritahu Raisha tentang tu.
"Oh yep, aku lupa nak beritahu kau..." kata aku sambil sengih.
"Kau jangan nak sengih-sengih Raisha. Benda ni serius. Ni dah kira stalking tau. Kau nak dia tangkap kau baru kau nak report ke?" Marah Raisha. Alala comelnya kawan aku bila marah. Aku tergelak kecil. Raisha memberikan tenungan tajam pada aku.
"Kau ingat lawak ke?" Tegur Raisha. Aku tersentap. Muka yang tadi tersenyum mula hilang. Raisha kadang-kadang boleh jadi singa yang kelaparan kalau dia marah. Seram kan?
Aku senyap. Pandang bawah. Raisha juga diam. Raisha hanyalah membawa kereta tanpa memandang aku lagi. Baguslah dia tak pandang, kalau dia pandang aku nanti eksiden kang. Orang kalau memandu kena pandang depan. Eh? Time macam ni pun aku boleh act macam ni ke? Meh, whatever.
Raisha memasuki Taman perumahan aku. Finally! Aku masuk je rumah aku nak mandi pastu tidur!
Kereta Raisha diberhentikan di depan rumah aku. Aku membuka pintu kereta.
"Bye love!" Kata aku sambil melambai tangan aku pada dia.
"Bye." Balas Raisha. Dia marah lagi ke? Takpelah, esok elok lah tu.
Aku keluar dari kereta Raisha dan membuka gate rumah. Kaki menjalan masuk. Bunyi kereta Raisha bergerak semula didengari.
Aku menuju ke pintu rumah dan mengetuknya.
"Assalamualaikum Mama!" Kata aku. Menunggu mama membukan pintu depan untuk aku.
"Walaikumusalam." Kata mama dari dalam.
"Mama bukaklah pintu ni! Esha nak masuk ni!" Kata aku.
"Takde kunci ke? Kemain nak keluar bagai. Kunci pun takde. Ni dah pukul berapa? Kau keluar dengan sapa?" Soal mama dari dalam rumah. Oh tidak! Bertahanlah telinga... mama akan membebel lagi.
Telinga aku dipulas-pulas mama. "Engkau! Cakap balik pukul 7. Ini dah pukul berapa? Kau tengok jam kau sekarang!" Marah mama sambil memulas telinga aku yang tak bersalah itu.
"Adui mama! Sakitlah!" Jerit aku.
"Jawab soalan aku baru aku lepas." Ugut mama.
"Sekarang dah pukul 11 malam..." jawab aku sambil menahan kesakitan.
"Pandai pun! Mama buat makanan untuk Esha tau! Last-last batang hidung pun tak nampak! Penat mama!" Marah mama.
"Esha tak sengaja..." kata aku sambil memandang ke macam-macam tempat. Idea. Cepat! Idea come on lah! Arghhhh.
Bingo!
"Oh ye ma, tadi Esha lambat sebab esha nampak ada seorang budak perempuan ni kena lempang! Pastu kena curah air! Esha pun tolonglah dia! Kesian dia mama! Baju dia semua basah! Perempuan mana elok pakai baju basah nanti baju tu ikut tubuh badan dia!" Kata aku sambil senyum sengih. Berguna jugak kau Aura! Hehe.
"Yeye lah tu kau." Kata mama sambil menjeling aku.
"Ye mama! Kesian dia!" Tambah aku. Mama menggelengkan kepalanya.
"Ye lah Esha... dah pergi naik atas mandi pastu tidur." Kata mama sambil mengeluh.
"Yes ma'am!" Kata aku. Aku terus berlari ke tingkat 2 rumah dan menuju ke bilik aku.
Selesai sahaja aku habis mandi dan memakai baju, aku menuju ke meja solek untuk mengambil telefon aku. Lagi tadi berbunyi, sakit telinga aku.
~30 Missed call from Unknown number.
Gosh. Kalau yang call aku ni Faris, memang sial. Patut ke aku angkat call ni? Tak payah lah. Malas aku.
Tiba-tiba telefon yang berada di atas tangan aku itu berdering. Nombor yang sama. Aku mengeluh. Ikon berwarna hijau digesek.
"Hello?" Kata aku tergagap-gagap.
"Ayesha...." memang sah ni Faris Pschyo.
"Bye." Kata aku sambil mengesek ikon merah.
"Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku. You will be mine." Kata Faris. Cringe attack ke ni? Muka aku aku berubah pelik.
Aku terus block nombor dia. Aku tahu. Dia akan beli nombor lain. Kaya jugak eh dia? Kalau aku block dia 50 kali, agak-agaknya dia beli 50 nombor telefon baru tak?
Mesti pelik kan? Kenapa aku tak takut? Well actually aku takut sangat. Tapi papa pernah cakap...
'Takut boleh, tapi jangan tunjukkan. Lagi kau tunjukkan yang kau takut, lagi dia suka.'
Memori sebelum papa pergi meninggalkan aku kembali berulang. Bibir bertukar menjadi senyuman.
Aku meletakkan telefon aku di atas meja solek dan baring ke atas katil untuk tidur. Telefon aku masih berdering menerima message. Tapi aku boleh baca esok so it's fine.
EXTREMELY SORRY SBB I TAK UPLOAD. I AM SO BUSY, SORRY TAU. Also enjoy this story! Thank you so much sbbkan baca story ni... I appreciate it sangat2. Thank you so so much. 💗🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...