Genap seminggu aku bekerja sebagai doktor. Stress! Banyak sangat pesakit tak puas hati dengan diagnosis mereka! Lepastu complain!
Dahlah Faris tak habis-habis kacau aku. Raisha pula tengah busy untuk harini. Oh ye lah! Double date aku! Untuk Raisha double date, untuk aku dah macam blind date. Entah-entah mama yang suruh Raisha buat gini.
Kepala aku diletakkan di atas meja. Penat! Aku mendengar seseorang datang ke meja aku. Aku menghulurkan tangan, mesti nurse nak bagi surat pesakit kan?
"Ayesha." Kata seseorang. Dan seseorang lagi itu, adalah. Lelaki pschyo tu lah! Ish! Aku dah penat dengan dia.
"Apa dia?!" Aku marah.
"Saja." Kata dia dengan selamba.
"Aku ada kerja. Keluar." Balas aku dengan tegas. Lepas aku terserempak dengan dia, terus dia tak boleh belah.
"Kerja apa? Saya tengok awak macam tidur je." Tak faham bahasa ke jantan sekor ni?
"Dia suruh you keluar. You nak i panggil security ke?" Tegur Dr Ai Mei. Yes! Thank you Dr!
Aku mendengar Faris berdecik kecik dan terus beredar dari bilik. Dia menghempaskan pintu bilik dengan kuat.
"Dr. Ayesha." Panggil Dr. Ai Mei.
"Ye?" Sahut aku.
"Dia siapa? Kenapa selalu cari you?" Tanya dia lagi.
"Macam ni cerita dia Dr. Waktu sekolah menengah dulu, waktu tu umur saya form 1. Saya tengah jalan balik rumah. Lepastu saya ternampak satu budak lelaki ni, saya pun ignore lah dia. Tiba-tiba kami terlanggar eachother. Saya pun mintak maaf lah. Saya rasa waktu tu dia tersuka saya agaknya. Then dari form 1 to form 5 dia kacau saya. Kami bukan sekolah sama." Jelas aku pada Dr. Ai Mei.
"Red flag." Balas dia. Aku ketawa.
"Tetapi lelaki macam tu mungkin takkan mengalah. So berhati-hatilah. I takut apa-apa jadi nanti. Kalau dia kacau you, panggil je I." Kata dia. Aku angguk dengan senyuman.
"Eh dah pukul 7:40. I balik dulu ye." Kata aku pada Dr. Ai Mei dengan senyuman. Dia hanya membalas senyuman. Aku mengemas beg aku dah keluar.
Setelah beberapa minit menaiki motor. Akhirnya aku sampai juga ke rumah. Aku memberikan salam sebelum masuk. Tiada sahutan. Mama belum balik lah tu. Adalah tu dia. Sebaik aku dah bagitau mama yang aku keluar dengan Raisha harini.
Aku menaiki tangga dan menuju ke bilik aku untuk menunaikan solat magrib dan menyarung baju yang baharu.
Aku menyarung t-shirt putih dan menyarung lagi hoodie berwarna biru cair. Rambut disikat. Anting-anting yang kecik pula dipakai di cuping telinga.
Aku berjalan keluar bilik dan keluar rumah. Pintu ditutup rapat dan aku mneguncinya. Aku menelefon Raisha untuk menumpang keretanya. Mama tak kasi bawak kereta, katanya nanti accident berlaku. Ish-ish.
Akhirnya kereta Myvi berwarna putih kelihatan. Raisha! Tetapi apa yang aku perasan? Dia bawak kereta terlalu lambat. Haish. Selepas 5 minit, akhirnya sampai jugak di hadapan rumah aku.
Aku terus membuka pintu dan menaiki kereta dia. "Eh kau ni, takde angin takde ribut. Terus masuk kereta aku." Jeling Raisha. Aku gelak kecil.
"Sebab dah kau kawan aku." Balas aku pada dia.
"Ye lah, tapi kalau yang bawak bukan aku?" Sambungnya.
"Kalau camtu 7 keturunan aku malu." Kata aku sambil senyum sengih.
"Hm yelah." Kereta mula bergerak.
"Apa jadi? Faris semua tu." Tanya dia. Oh, baru ingat kawan. Ingatkan dah lupa dah pasal aku kena hadap dia!
"Bukan haritu taknak tahu ke?" Sambung aku.
"Eh, bagi tau je lah!" Marah Raisha.
"Dia kacau aku."
"Kacau? Like what?" Tanya Raisha.
"Dia kadang-kadang pegang tangan and lengan aku waktu aku sorang-sorang. Dia suka masuk bilik rawatan aku. Sebaik Dr. Ai Mei ada. Kalau tak, mati dah aku dalam tu." Cerita aku sambil memandang ke arah luar.
"Pastu kau nak biarkan je ke? Kalau jadi lagi teruk? Kau nak buat apa? Pergilah report." Raisha kata sambil memegang stering kereta. Wajah dikerutkan. Marah.
"Aku rasa tak perlu report. Aku taknak risaukan mama aku. Kau tahu kan dia je yang aku ada sekarang ni." Balas aku. Satu hembusan nafas dikeluarkan oleh Raisha.
"Bodoh lah kau." 3 perkataan oleh Raisha. Ouch. Well yea, memang bodoh pun.
Kereta diparkir di tempat parking. Aku dan Raisha keluar dari kereta serentak. Pintu ditutup dan locked. Aku berjalan sebelah Raisha ke dalam mall yang besar itu.
"Diorang tunggu kat mana?" Tanya aku.
"Rasanya kat satu cafe ni, ikut je aku. Aku tahu kat mana.
Aku angguk mengikut perintah. Kaki melangkah masuk dan menuju ke cafe yang Raisha pergi. Bunyi riuh rendah dia serata tempat. Mata melilau, cari double date kami. Untuk Raisha double date untuk aku blind date. Hm, macam pernah cakap je tadi.
Kerusi cafe itu ditarik untuk aku duduk. Aku melabuhkan badan aku ke atas kerusi kayu. Di depan meja ada dua lagi kerusi. Raisha duduk di sebelah aku.
"Aku order dulu lah." Kata aku sambil mengambil pesanan.
"Air lemon satu." Kata aku. Pelayan menaip phone dia. "Okay, lagi?" Tanya dia. Aku memandang Raisha. Dia geleng. Okay then no.
"Tiada apa-apa lagi. Terima kasih." Kata aku sambil senyum. 5 minit berlalu dan air aku sampai di atas meja. Yes! Aku tak minum air banyak harini! Boleh refreshing sikit lepas minum.
Aku menyedut minuman itu dengan penuh khusyuk. "Ha! Tu diorang." Kata Raisha sambil menunjukkan ke arah dua orang lelaki. Seorang memakai T-shirt putih, seorang lagi memakai jacket. Mata aku melihat muka diorang.
Air yang disedut aku tersembur. What is he doing here! Aku mencubit Raisha kerana tidak beritahu aku dia yang datang.
"Adu!" Kata Raisha dengan kesakitan. Padan muka! Aku mengerutkan kening aku.
HAI GUYS, SORRY TAK UPLOAD LAMA. i busy sikit. Tapi i janji nanti i try upload cepat sikit. 🌸
YOU ARE READING
TAKDIR AKU
RomanceSeorang tentera bertembung dengan perempuan yang tidak pernah mengalami perasaan cinta. Adakah pertemuan mereka mengejutkan? Ye. Sememangnya, satu mulut puaka, satu lagi kuat menjawab. "Muka je hensem, tapi mulut macam longkang." -Ayesha "Dah macam...