* Disebabkan saya slow update... Saya hadiahkan dua bab ni. InsyaAllah, esok kalau saya dah siapkan assignment saya, saya akan tulis bab baru lagi ya? Minggu depan dah mula midterm test dan presentation. Doakan saya baik2 saja ya? Enjoy reading!
*feel free to comment and vote hihi. Selamat malam (sebenarnya dah pukul 2 pagi :))
***
Kedua-dua belah kaki melangkah dengan pasrah. Kakinya tidak lagi melangkah dengan normal malah hanya diseret lemah di atas lantai mengikut jejak Rania. Diri Angela sudah mahu menangis. Ramai pula orang yang dia dan Rania perlu terserempak hari ini.
'Bateri aku dah tinggal 1 peratus saja ni... Kenapa perlu terserempak dengan ramai manusia hari ni?'
Setibanya sampai betul-betul di hadapan dua orang jejaka tinggi lampai itu, Angela memandang wajah mereka dengan malas. Tangan kanan diangkat lalu melambai lemah sambil menayangkan senyum terpaksa yang dibuat-buat. Aqeel dan Zach tertawa melihat gadis itu. Kemudian, Zach berpaling ke arah Rania. Giliran dia pula melambai kepada Rania.
Wajah Rania sudah membahang. Pipi mula berona merah. Rania sudah lama menyimpan perasaan terhadap Zach namun dia cuba sedaya upaya menutup perasaan malu itu. Tanpa dia tahu, jejaka berbangsa Cina itu telah pun mengambil nombor telefonnya daripada Rafiq secara senyap-senyap.
"Kau orang berdua buat apa dekat sini? Cuti ke hari ni?" Zach bertanya kepada dua orang gadis itu.
"Ya, kami cuti hari ni. Baru saja balik daripada beli barang tadi. Lepas tu si Angela ni ajak beli buku." Rania membalas.
"Eh, kau yang nak beli buku. Apa pasal aku pula yang kena?" Angela menyoal dengan perasaan tidak berpuas hati.
"Hahaha! Herm... Awak nak buku apa, Angela? Jom kita pergi tengok." Aqeel mempelawa Angela untuk melihat buku-buku yang terdapat di dalam kedai buku itu.
Hujung lengan baju sejuk Angela ditarik untuk mengekorinya. Terkocoh-kocoh Angela cuba mengikut langkah besar Aqeel. Sempat dia berpaling ke arah Rania untuk meminta pertolongan. Dia tidak bersetuju untuk mengikut lelaki ini.
'Rania, tolong aku!'
Rania dan Zach sudah ketawa bersama-sama. Kepala turut digelengkan. Rania menggeleng melihat Angela yang tidak rela manakala Zach pula menggelengkan kepala melihat Aqeel yang selamba sahaja mengheret gadis yang lebih kecil daripadanya. Namun, mereka tahu bahawa Angela berada dalam keadaan yang selamat. Aqeel bukanlah seorang lelaki yang sanggup menaikkan tangan terhadap seorang wanita yang lebih lemah.
Zach menoleh ke sisi melihat Rania yang sama paras dengan bahunya sambil tersenyum.
"Jom? Saya teman awak cari buku."
Rania menyimpan senyum. Encik crush ajak cari buku. Auch!
"Okey, jom."
Berpisahlah mereka kepada dua kumpulan. Yang satunya adalah dengan rela hati manakala satu kumpulan lagi adalah paksa rela.
Melihat Angela yang kesusahan mengikut langkahnya, Aqeel memperlahankan langkah supaya seiring dengan Angela. Lengan baju sejuk gadis itu juga sudah dilepaskan sebentar tadi. Kedua-dua tangan diusap pada seluar untuk menghilangkan rasa kekok. Sebenarnya dia malu juga mahu memulakan bicara dengan gadis itu.
"Awak..."
"Encik..."
Mereka berdua terdiam sejenak sambil berbalas pandangan. Masing-masing ingin memulakan bicara terlebih dahulu.
"..."
"Hahaha!" Terletus tawa mereka berdua.
"Awak cakaplah dulu..." Aqeel mempelawa sambil tersenyum.
YOU ARE READING
THE DEATH EATER
ActionKeluarga mati dibunuh ketika di usia remaja menjadikan dia seorang anggota tentera berpangkat kapten. Kapten Wang Zhen Wei, anak lelaki sulung bagi keluarga Wang yang dikenali sebagai sebuah keluarga yang sangat dihormati. Punca kematian ahli keluar...