PUAN Maimon memandang sekilas anak
perempuan kesayangannya yang sedari tadi merenung buku tulis tetapi satu apa pun dia tak buat. Paha Encik Daud dicuit."Apa?" Pandangan Encik Daud beralih menatap
wajah ayu isteri kesayangannya."Abang tengok Pija tu. Setiap kali dia buat kerja
rumah subjek Bahasa Melayu, mesti dia akan jadi
macam tu. Pelik saya, bang." Puan Maimon
menudingkan jari telunjuknya kepada Syafiza Iman."Dia minat subjek tu. Biarlah dia. Lagipun, anak
kesayangan awak tu ada beritahu saya yang dia nak jadi cikgu Bahasa Melayu," jawab Encik Daud. Tenang.Puan Maimon mengeluh. Bukan pasal tu.
Entahlah, dia pelik melihat sikap anak perempuannya. Dah macam orang jatuh cinta pun ada. Pandang buku tulis pun boleh tersengih-sengih.Comel betul tandatangan cikgu ni. Orangnya
dahlah comel. Tandatangan pun comel. Bisik hati kecil Syafiza Iman sambil memandang tunak tandatangan Arnash Farhan di buku tulis komsas miliknya."Pija, kerja rumah dah siap belum? Dah pukul
sebelas malam. Pergi masuk tidur." Tegur Puan Maimon."Sikit lagi nak siap," Syafiza Iman menyahut.
Cepat-cepat pen dipegang semula."Haih, asyik melayan perasaan sampai lambat
siapkan kerja. Lepas tu, bila bangun lambat nanti
membebel kat ibu." Omel Puan Maimon sambil
menggeleng kepala.Syafiza Iman tersengih persis kerang busuk.
Buku rujukan komsas dipandang tetapi tangannya ligat menyalin nota.'I cinta you, cikgu.'
Syafiza Iman tergelak sendiri apabila nota yang
dibaca lain tapi apa yang ditulis pula lain. Cepat-cepat
liquid paper dicapai. Haih! Teruk sangat angau aku ni. Getus hatinya.SUASANA di dalam kelas riuh-rendah berubah
senyap sebaik saja seorang lelaki kacak melangkah
masuk sambil membawa buku bantuan mengajar
bersama kotak marker.Semua murid terus berdiri memberi salam.
Selepas disuruh duduk, mereka semua duduk. Tangan
diangkat membaca doa belajar."Hari ni saya tak sihat sangat. Saya ingatkan nak
terangkan pasal novel tapi suara saya ada tak ada. Saya tunda esok. Jadi, hari ni saya nak kamu semua buat nota pasal watak dan perwatakan novel. Boleh?" soal Arnash Farhan kepada anak-anak muridnya."Boleh!" jawab semua murid, serentak.
"Nota pasal nilai murni dengan pengajaran dah
siap ke semua?" soal Arnash Farhan lagi.Syafiza Iman lekas berdiri dan mara ke hadapan.
Buku tulisnya diberi kepada lelaki itu. Terkebil-kebil
Arnash Farhan dibuatnya."Dah kenapa bagi buku kat saya?" soal Arnash
Farhan."Saya dah siap. Cikgu, tandalah." Syafiza Iman
tersenyum manis."Kalau saya tanda buku awak sekarang, nota
baharu yang saya suruh buat ni awak nak salin kat mana? Kat dahi awak?" Tajam mata Arnash Farhan memandang gadis itu."Buat apa salin kat dahi kalau boleh salin kat hati
cikgu." Syafiza Iman terus menggigit bibir mungilnya.
Aww! Malu.Arnash Farhan terkejut. Dia buat pickupline kat
aku ke? Apahal pelik sangat bunyinya. Haih! Arnash...
Pelajar kau tu. Bisik hati kecilnya."Awak nak salin nota sepuluh kali, Syafiza
Iman?" soal Arnash Farhan sambil menjegilkan mata."Demi cikgu, seratus kali pun saya sanggup."
"Peninglah saya layan awak ni. Tekak saya
tengah sakit sekarang. Jangan naikkan darah saya,
tolong?"Syafiza Iman mematikan senyumannya. Riak
risau tergambar di wajah comelnya. Buku tulis diambil semula."Cikgu sakit ke? Alah, kesian cikgu. Semalam
cikgu makan apa? Itulah, cikgu makan bukan-bukan
siapa suruh. Lain kali jangan makan kelawar," ujar
Syafiza Iman. Selamba.Pelajar di dalam kelas itu hanya diam dan
menjadi pemerhati. Sedia maklum, mereka semua tahu Syafiza Iman sukakan guru muda itu. Mujurlah semua jenis pandai simpan rahsia. Huh!"Awak merepek apa ni? Bila masa pulak saya
makan kelawar? Ya Allah, jangan buat saya marah.
Awak pergi duduk sekarang!" Suara Arnash Farhan naik seoktaf."Habis tu, cikgu makan apa?" Syafiza Iman
melangkah satu langkah ke hadapan."Makan hati."
"Kenapa cikgu makan hati?"
"Sebab saya sakit hati dengan perangai awak
sekarang. Duduk!" Marah Arnash Farhan.Syafiza Iman memuncung. Dihentak-hentak
kakinya sebelum duduk ke tempatnya semula. Buku tulis dihempas sedikit. Dengan Cikgu Laila boleh pulak cakap lembut-lembut. Bencilah!"Gagal lagi ke nak try cikgu?" soal Natasha
sambil tergelak kecil."Kau nampak aku berjaya ke?" Syafiza Iman
mencerlung sahabatnya."Ha ha ha! Tak apa, cuba lagi lain kali." Natasha
menepuk lembut bahu Syafiza Iman."Aku tak akan mengalah. Kalau aku dapat dia
memang aku tak akan lepaskan." Syafiza Iman
tersenyum nakal.Arnash Farhan mengeluh apabila memeriksa satu
per satu kerja rumah murid-muridnya. Mesti ada yang tak siap. Mujur moodnya baik. Yalah, tengah sakit punya pasal."Yang tak siap kerja saya ni saya tak tahulah nak
cakap apa. Bila gagal SPM nanti jangan salahkan cikgu pulak. Saya suruh buat kerja kamu tak nak. Semua benda nak kena suap. Suruh salin nota pun malas. Zaman saya dulu, kalau tak siap kerja rumah dah lama kena rotan. Zaman awak ni lain sikit. Bila cikgu rotan terus nak saman cikgu."Dahlah exam Bahasa Melayu pun ada yang
dapat C. Saya tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Yang dah siapkan kerja saya tu bagus. Yang tak siap ni saya dah malas nak membebel benda sama. Awak dah besar. Boleh fikir mana baik mana buruk."Tak lama lagi nak SPM dah pun. Haih! Penatlah
saya macam ni. Pelajar yang dah siap kerja semalam
terus sambung nota untuk hari ni. Yang tak siap kerja tu pandai-pandai awaklah nak hidup," bebel Arnash Farhan. Penutup marker hitam dibuka."Cikgu, janganlah banyak bercakap. Cikgu
tengah sakit tekak tu. Saya nak menangis dengar suara cikgu." Syafiza Iman mencelah."Kenapa pulak nak menangis?" Arnash Farhan
berkerut dahi."Sedap sangat suara cikgu. Sama macam suara
Dato' Aliff Syukri. Rasanya cikgu tak payah bercakap
lagi bagus." Syafiza Iman tertawa kecil.Arnash Farhan mencerlung gadis itu. Dia faham
Syafiza Iman ingin menyindir suaranya yang garau
semacam. Tubuhnya dipusingkan menghadap papan
putih.Syafiza Iman mengoyakkan kertas di tengah-
tengah buku tulisnya. Kemudian, dia menuliskan sesuatu di atas kertas itu lalu digumpal-gumpal sebelum dibaling tepat mengenai belakang tubuh Arnash Farhan. Sepantas kilat dia menunduk dan berpura-pura menyalin nota. Arnash Farhan meninggung. Kertas yang dibaling kepadanya tadi diambil kemudian gumpalan itu dibuka.'I love you my future husband'
Gulp!
Arnash Farhan terkedu. Matanya bergelintar ingin mencari siapakah gerangan yang membaling kertas itu. Malangnya, semua kelihatan tenang menyalin
nota. Keningnya terangkat tinggi. Kertas itu terus
dibuang ke dalam tong sampah yang berada di luar kelas."Dia pergi buang..." Syafiza Iman mengacip gigi. Geram.
"Bertabahlah." Natasha tersengih.
YOU ARE READING
MY LOVE CIKGU
Romance"Cikgu, tolong ejakan perkataan cinta boleh?" - Syafiza Iman. "Kenapa dengan cinta?" - Arnash Farhan. "Sebab I cinta you." - Syafiza Iman. Walaupun umur mereka jauh berbeza, Syafiza Iman tidak kisah langsung. Apa yang dia tahu, dia memang benar-b...