LAILA bercekak pinggang sambil memerhatikan
seorang gadis yang amat dikenali, melangkah keluar dari perut kereta Honda Jazz milik jejaka idamannya. Kening hitamnya bertaut.Jika tempoh hari dia nampak Arnash Farhan menghantar Syafiza Iman pulang atas alasan ayah gadis itu terlupa hendak ambil, bagaimana pula yang
sekarang? Membulat matanya tatkala melihat Syafiza Iman membuat 'flying kiss' kepada lelaki itu. Entah kenapa di dalam hatinya sudah berasa lain macam.
Arnash ada skandal dengan Syafiza? Detik
hatinya. Kepala digelengkan. Dia kenal Arnash Farhan.Mustahil lelaki itu ada skandal dengan pelajar sekolah. Sebaik sahaja Arnash Farhan ingin memijak anak tangga, cepat-cepat Laila masuk ke dalam bilik guru semula. Dia menghendap Arnash Farhan melalui tingkap. Pintu bilik guru dikuak.
"Eh, Nash. Good morning." Laila menyapa mesra.
"Good morning juga. Kenapa awak tak pergi perhimpunan?" soal Arnash Farhan. Pintu bilik guru dikuak besar.
"Malaslah." Laila tersengih.
Arnash Farhan membalas sengihan itu. Baru setapak dia melangkah, namanya diseru semula. Dia menoleh.
"Nash..."
"Ya, kenapa?"
"Apa hubungan awak dengan Syafiza sebenarnya, eh?" soal Laila inginkan kepastian.
Jantung Arnash Farhan berdegup kencang. Otaknya ligat memproses idea, ingin menipu guru wanita di hadapannya itu.
"Saya nampak awak datang sekolah dan balik sekolah dengan dia. Sebelum ni tak ada pun." Sambung Laila.
"Err, Syafiza tu sepupu saya. Alang-alang satu sekolah, datang dan balik sekali. Lagipun, ayah dia kan selalu sibuk. Apa salahnya saya tolong hantar dan ambil dia balik," jawab Arnash Farhan tanpa keraguan. Perkataan sepupu ditekan sedikit.
"Tak sama pun muka awak dengan dia. Macam bukan sepupu." Laila menduga. Dan-dan pula jadi sepupu.
Arnash Farhan menggaru keningnya. "Tak semestinya sepupu kena muka sama, kan?"
"Yalah. By the way, tak sabar nak tunggu kem motivasi tu. List dah keluar. Awak satu group dengan
saya. Macam berjodohan pulak kita." Laila memintal-mintal hujung tudung bawalnya. Arnash Farhan hanya senyum sebelum melangkah masuk ke dalam bilik guru. Kerusi ditarik.TUDUNG sekolah dibuka kemudian dicampak ke atas meja. Syafiza Iman terus menghempas punggung
di riba suaminya yang pada ketika itu sedang duduk di sofa sambil merehatkan tubuh."Sanalah, Syafiza. Awak tak boleh duduk tempat lain ke?" Marah Arnash Farhan.
"Biarlah. Hmm... cikgu." Syafiza Iman melarikan jari-jemarinya ke dada bidang suaminya. Mulut dijuihkan.
Arnash Farhan tidak melayan. Dibiarkan saja gadis itu mengusik butang bajunya. Kepala didongak. Lega!
"Cikgu, kem motivasi tu kan saya dapat dengan Cikgu Syamsul. Saya ingatkan, saya dapat dengan cikgu," ujar Syafiza Iman. Meluahkan rasa kecewa di hati.
"Baguslah. Tak payahlah saya nak menghadap perangai awak ni," balas Arnash Farhan bersahaja.
"Alah, tak apalah. Dekat sana nanti saya boleh je usik-usik cikgu." Syafiza Iman tersengih.
Arnash Farhan menjulingkan matanya ke atas.
"Cikgu dapat dengan siapa?" soal Syafiza Iman.
"Satu group dengan Cikgu Laila kesayangan awak," jawab Arnash Farhan.
Membulat mata Syafiza Iman. Oh, tidak! Dia tidak akan membenarkan sotong itu dekat-dekat dengan
suaminya."Saya nak tukarlah. Saya nak masuk group cikgu. Nanti saya tukar dengan Aan. Dia join group Cikgu Syamsul." Putus Syafiza Iman.
"Tak payah nak mengada."
"Biarlah. Saya nak dengan cikgu jugak!" Bentak Syafiza Iman. Sotong kurita tu tak boleh goda-goda
suaminya. Dia takkan izinkan. Never!"Suka hati awaklah, Pija. Menyampah betullah saya dengan perangai awak ni. Tak matang." Arnash Farhan menolak isterinya ke tepi. Sakit hati!
YOU ARE READING
MY LOVE CIKGU
Romance"Cikgu, tolong ejakan perkataan cinta boleh?" - Syafiza Iman. "Kenapa dengan cinta?" - Arnash Farhan. "Sebab I cinta you." - Syafiza Iman. Walaupun umur mereka jauh berbeza, Syafiza Iman tidak kisah langsung. Apa yang dia tahu, dia memang benar-b...