BAB 22

212 35 4
                                    

"Aduh, Adelia! Macam mana nih?" Elman cemas, dia memandang Adelia dengan tatapan yang sangat bingung dan risau.

"A.. Aku, tak tahu!" Adelia menunduk. Keningnya berkerut. Jantungnya berdebar-debar memikirkan nasibnya nanti. Apa orang akan cakap nanti? Dia mengangkatkan kepalanya semula memandang Elman. Senyuman terukir lebar di bibirnya. "Aku tahu! Balik nanti, kita jelaskan semuanya, okey? Kita cakap, kita tak ada apa-apa pun. Dan, kita cakap kita cuma nak periksa je tiang tu."

"Eh, orang tu tak bodohlah. Tak akan lah nak periksa tiang sampai panjat tiang?"

"Alah, kata je lah kita nak periksa bendera tu."

Elman mengeluh. "Kita bole je turunkan bendera tu sendiri, kenapa smapai kena panjat?"

Adelia menjulingkan matanya ke atas, memikir sejenak. Lantas, dia memandang semula Elman. "Ah, nanti-nantilah kita fikir! Sekarang ni, kita kena cepat-cepat balik, buat video penjelasan. Guna acc tiktok kau, sebab orang ramai lagi kenal kau."

"Hmm, ye lah!"

Adelia berpaling pula memandnag ayahnya. "Ayah, Jomlah balik. Adel dah penat lah. Nanti adel kena study lagi dengan Elman."

Ayah Adelia yang sedang bermain telefon tadi menoleh memandang wajah anaknya. "Aik, awalnya? Tak apalah, jomlah balik."

Mereka bertiga sama-sama bangun dan bergerak ke parking kereta. Kemudian, mereke memasuki kereta dan pulang ke rumah Adelia.

Sesampai di rumah Adelia, Elman dah adelia terus keluar dari perut kereta. Ayah Adelia curiga melihat mereka yang tergesa-gesa ingin keluar dari perut kereta. Apa yang serabut sangat?

Adelia dan Elman berlari pula naik ke atas. Satu persatu anak tangga naiki mereka.

Adelia membuka pintu, dan mereka sama-sama masuk ke dalam bilik Adelia. Adelia terus bergerak ke mejanya untuk mengambil tempat letak camera. Kemudian, dia meletakkan tempat letak camera itu di hadapan katil. Telefon di dalam poketnya di keluarkan, lalu dia merletakkan telefonnya di tempat letak camera itu. Dia menekan pula app camera.

Dia menoleh memandang Elman yang sedang berdiri di sudut bilik. "Elman! Cepatlah! Kita kena cepat bagi penjelasan, sebelum benda ni jadi lagi viral!"

Elman mengangguk, pantas dia terus duduk di sebelah Adelia. Seketika, dia menoleh memandang Adelia. "Adelia, kita nak cakap apa? Janganlah tergesa-gesa sangat sampai tak tahu nak cakap apa. Nanti tak akan dalam video diam je, kita kenalah fikir kan ayat dulu."

Adelia menghiraukan sahaja kata-kata Elman seperti angin yang lalu. "Ohh, ya! Nak guna telefon kau lah! Nanti baru lagi banyak view."

Adelia masih serabut, tangannya naik menyentuh kepalanya. "Haaa, macam mana ni?! Macam mana kalau nama sekolah kita jadi buruk? Macam mana kalau nama aku jadi buruk? Macam mana kalau mak ayah aku tahu? Macam mana kalau mak ayah aku marah?" Air mata mula bertakung di tubir matanya.

"Adelia..." perlahan saja suara Elman, namun kedengaran lembut. Dia juga mula perasan Adelia sudah hampir menangis.

Sekali lagi, Adelia menghiraukan sahaja. "Macam mana kalau jiran aku tahu? Macam kalau keluarga aku kena kecam dengan jiran aku? Macam mana kalau saudara aku tahud?" Mulutnya ternganga, matanya melopong.

"Adelia..." panggil Elman lagi, kali ini suara dia lebih tinggi, namun masih lembut.

Adelia menatap Elman dengan mata penuh ketakutan. Air matanya jatuh tak henti-henti, nafasnya semakin berat. "Video tu dah tular, Elman! Semua orang dah tengok! Semua orang kutuk aku! Macam mana kalau mak ayah aku nampak? Macam mana kalau keluarga aku buang aku sebab aku dah cemarkan nama baik dorang?"

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now