BAB 23

226 30 4
                                    

Bunyi hujan jatuh mengisi suasana. Angin pagi yang sejuk menyapa wajah Adelia. Dia melangkah masuk ke dalam pagar sekolah sambil memegang payung untuk melindungi diri daripada hujan. Hari ini, dia tidak bertugas, memandangkan hari ini bukan giliran tugasnya.

Adelia memandang ke hadapan. Kelihatan figura Elman sedang berjalan sambil memegang payung. Adelia segera berlari menuju ke arah Elman.

"Elman!" jerit Adelia.

Elman segera berpaling ke belakang. Dia tersenyum nipis. "Adelia! Aku harap tak ada apa-apalah dalam kelas nanti."

"Hmm, harapnya begitulah," jawab Adelia, tanpa keyakinan yang jelas.

Ramai mata-mata yang melihat Adelia dan Elman, namun mereka hanya menghiraukan sahaja, sambil meneruskan langkah.

Mata Adelia kemudian tertumpu pada sebuah surat khabar yang dipasang di carta kerja di dinding koridor. Ada berita, berita apa? Dia mendekati dinding itu dengan cepat, matanya terbeliak melihat gambar Elman dan Adelia sedang memanjat tiang yang mereka lakukan semalam. Berita itu jelas di depan matanya, dan jantung Adelia berdegup kencang. Video semalam dah masuk berita?!

Elman yang berada di sebelah Adelia turut terkejut apabila melihat gambar mereka berdua terpampang di surat khabar itu. Wajahnya berubah, seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Tajuk Berita:
"Aksi Dua Pelajar Panjat Tiang Bendera Jadi Viral,tiang bendera jatuh jadi komen netizen!"

Berita pukul 7

Perak - Berita terkini, dua pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Seri Utara menjadi bualan netizen selepas aksi mereka memanjat tiang bendera sekolah tersebar luas di media sosial. Kejadian itu berlaku selepas waktu sekolah, di mana pelajar lelaki yang dikenali sebagai Elman dilaporkan mencabar rakan sekelasnya, Adelia, untuk memanjat tiang bendera sementara Adelia menunggu bapanya tiba untuk mengambilnya pulang.

Namun, aksi mereka bertukar kecoh apabila tiang bendera itu patah dan menjatuhkan bendera sekolah serta bendera Malaysia. Kejadian itu bukan sahaja menarik perhatian pelajar lain, malah beberapa guru yang berada di bilik guru turut terkejut melihat keadaan tersebut.

Rakaman video yang di ambil oleh pelajar sekolah tersebut semasa kejadian itu telah mencapai 1 juta tontonan di TikTok dengan hashtag #CintaDiTiangBendera dan #CoupleViral. Dalam video tersebut, kedengaran Adelia menjerit:
"Elman, aku nak turun lah! Tiang ni nak patah! Ni semua salah kau lah! Kau yang suruh aku panjat bendera ni!"

Manakala Elman pula membalas:
"Yang kau bodoh sangat pergi panjat tiang tu dah kenapa?! Siapa suruh kau ikut cakap aku! "

Encik Rozli, yang merupakan Guru Besar di sekolah tersebut berkata:
“Kami memandang serius perkara ini. Tiang bendera akan dibaiki segera, dan pelajar terlibat telah diberi hukuman. Kami harap perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pelajar lain.”

Komen Netizen:

"Macam-macamlah budak Malaysia sekarang!"

"Aku shipkna diaornag berdua sebagai pasangan, sesuai weh!"

"Cabar panjat tiang, last-last tiang jadi mangsa."

Adelia dan Elman kini terkenal sebagai "Pasangan Tiang Bendera" dan terus menjadi bahan usikan rakan-rakan di sekolah.

Kini, semua orang sedang memandang Adelia dan Elman sedang melihat dinding itu. Ada yang berbisik-bisik, ada juga yang mengatakan bahawa mereka berdua adalah pasangan serasi.

Adelia dan Elman memandang antara satu sama lain. "Macam mana ni, Elman! Malulah kita!" ucap Adelia seraya meraup wajahnya.

"Entahlah, aku pun tak tahu ni. Tak apalah, jangan fikirkan sangat, kita balik kelas dulu," ucap Elman. Adelia dan Elman segera bergerak ke kelas. Adelia dan Elman sama-sama menunduk, menghiraukan sahaja mata-mata yang dari tadi memandang mereka berdua dan mengutuk mereka.

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now