Tengku Rayden melangkah ke arah pintu utama syarikat AR's Holding untuk mulai mengerjakan pekerjaaannya kembali setelah menghantar Theresa pulang ke mansionnya buat sementara tadi.
Takut-takut jikalau berlaku benda yang tidak diingini terhadap buah hatinya kerana adik Theresa dan Dato' Borhan masih lagi menginap di hospital sehingga Puan Erica boleh dibenarkan pulang ke rumah kembali.
Klak!
Pintu yang membawanya masuk ke arah bilik pejabatnya dibuka.
"Selamat pagi,tuan"sapa Laila setelah melihat susuk tubuh majikannya yang menyapa pandangannya tadi.
Tengku Rayden hanya sekadar mengangguk sederhana.
"Did we have meeting today with our clients?"tanyanya singkat.
"Tak ada tuan,tapi..."
Laila dengan sengaja memberhentikan percakapannya.
Tengku Rayden menaikkan sebelah keningnya.
"But what,Laila?"soalnya dingin.
"Ada orang yang nak jumpa dengan tuan,dia tengah tunggu tuan dalam bilik tuan sekarang ni"jelas Laila dengan nada tenang.
"Who?"tanya Tengku Rayden lagi.
"Katanya,dia satu keluarga dengan tuan"balas Laila pula.
Tengku Rayden hanya sekadar mengeluh perlahan lalu mengangguk sebagai tanda faham.
"Alright,you can continue your work"arahnya.
Laila mengangguk kecil.
"Baik,tuan.saya minta diri dulu ye"pintanya kemudian berlalu pergi untuk kembali mengerjakan pekerjaannya yang tertangguh tadi.
Tengku Rayden kembali meneruskan langkahnya untuk masuk ke dalam biliknya.
Klak!
Daun pintu biliknya dikuak sedikit luas lalu susuk tubuh seseorang yang dia kenali sedang berdiri tegak sambil mengamati potret gambarnya dan keluarganya yang tergantung megah di dinding ruangan miliknya.
Dahi Tengku Rayden berkerut seribu satu.
"Zahran?"serunya pelahan.
Seperti terdengar ada yang menyeru namanya,Syed Zahran menoleh ke arah susuk tubuh yang berada tidak jauh di belakangnya.
Dia tersenyum mesra.
"Hai,Ray"sapanya sambil mulai mengatur langkah ke arah Tengku Rayden berada.
Tengku Rayden menelan air liur kesat.
"Apa dia buat dekat sini?"gumam Tengku Rayden di dalam hatinya.
Tengku Rayden cuba mengawal riak wajahnya menjadi kembali natural.
"Hai.Haven't long time not to see you"
Tengku Rayden mulakan perbicaraan dengan penuh sopan.
Tangan dihulurkan kepada Syed Zahran untuk bersalaman.
Syed Zahran menatap lama tangan Tengku Rayden yang masih lagi setia menghulurkan tangannya.
Syed Zahran hanya tersenyum sederhana tetapi malangnya salam Tengku Rayden tidak disambut olehnya.
Dia meletakkan tangannya ke dalam poket seluar miliknya.
Tengku Rayden tercengang seketika.
Kemain dia hulurkan tangan nak bersalam,last-last salamannya tidak disambut oleh si Zahran.
YOU ARE READING
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG)
General Fiction🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di seb...