EPISOD 24

49 11 0
                                    

SEAWAL pukul lapan pagi lagi Fathi sudah berangkat ke kem kerana dipanggil oleh orang atasan. Entah atas urusan apa pun Fathiah tak tahu. Tapi, ada baiknya juga kerana inilah kesempatan yang Fathiah nantikan demi memberikan hadiah istimewa buat suaminya sempena ulang tahun Fathi yang ke 34 tahun.

"Alhamdulillah dah siap pun kek untuk Fathi. Tak sabarnya nak bagi dia hadiah..."

Fathiah tertunduk. Tangannya meraba-raba perutnya yang kempis. Ya Tuhan, nikmat yang Allah kurniakan kepadanya saat ini membuatkan Fathiah bersyukur. Benarlah, di sebaliik ujian pasti ada nikmat yang Allah berikan buat hambaNya yang bersabar.

Bunyi kunci rumah dibuka menyentak Fathiah daripada lamunan panjang. Buru-buru gadis itu berdiri di muka pintu sambil membawa kek coklat yang dibuat khas untuk Fathi.

"Happy birthday abang!"

Tak semena-mena, Fathi terpelongo melihat kejutan yang menjemput kepulangannya. Dia tersenyum lebar seraya meniup lilin. Ya Tuhan, Fathiah tak pernah gagal memberikan kebahagiaan buatnya. Dia sendiri lupa akan ulang tahunnya.

"Birthday abang ke hari ni?"

Fathi merangkul pinggang Fathiah sambil memegang kek. Mereka beriringan ke meja makan yang sudah terhidang dengan makanan kegemarannya. Ayam masak lemak cili api. Sayur nangka. Tempe goreng.

"Baru 34 bang. Awal sangat kalau nak nyanyuk."

Fathi tertawa dengan lelucon Fathiah. "Terima kasih sayang... selalu bahagiakan abang." Kucupan lembut diberikan di dahi si isteri.

"Sikit je ni. Tengok ni... Thia sempat tau belajar masak ayam masak lemak cili api dengan mak. Ni makanan favourite abang kan. Rasalah. Kalau tak sedap, Thia minta maaf."

Dengan lafaz bismillah, Fathi menyambut suapan Fathiah. Dia terangguk-angguk. Tak mampu berkata-kata lagi tatkala rasanya begitu menyengat.

"Sedap?"

Ibu jari diangkat. "Sedap. Cheff kiss!"

Fathiah tertawa tatkala melihat Fathi mula menjamah hidangan yang dimasaknya. Bahkan, Fathi menambah lagi ayam masak lemak cili api. Syukurlah, masakannya membuatkan Fathi berselera.

"Thia ada hadiah untuk abang."

Usai saja mereka menjamah makan tengah hari, Fathiah mengeluarkan kotak berwarna biru yang diikat dengan reben. Debaran kian memalu jantungnya. Mahu melihat reaksi Fathi setelah membuka kotak baldu itu.

"Abang pun ada benda nak bagi tahu Thia sebenarnya."

Nada suara Fathi yang kedengaran tegang membuatkan senyuman Fathiah berubah pahit. Air muka Fathi jelas menunjukkan ada riak bersalah terpancar di wajah pemuda itu.

"Apa dia?"

"Thia bagi tahu dulu hadiah apa yang Thia..."

"Abanglah dulu. Macam serius aje bunyinya."

Nafas panjang dihela. Fathi mengenggam kedua-dua belah tangan Fathiah. Mencari ayat untuk menjelaskan kepada isterinya tentang tugas yang telah diberikan oleh orang atasan.

"Kita sama-sama bagi tahu."

"Okey... kita sama-sama bagi tahu."

Fathiah mula hilang mood mahu menyampaikan kepada Fathi. Dia dapat rasa berita ini akan meranapkan sekeping hatinya yang memerlukan Fathi di sisi.

"Abang ada misi kat Lubnan."

"Thia mengandung."

Sontak, suasana sepi buat seketika. Baik Fathi mahupun Fathiah kedua-duanya kaget dengan berita yang disampaikan antara satu sama lain. Emosi berbolak balik sekelip mata.

RINDU YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now