EPISOD 15

169 25 9
                                    

"AKU tak percaya Fathi buat benda gila macam ni. Mesti ada yang cuba hancurkan hubungan kau orang. Fathi tu cinta mati kat kau, Thia. 15 tahun dia cintakan gadis yang sama je. Tak mungkin dia permainkan hubungan kau orang dengan tidur bersama gadis lain! Sepupu kau sendiri pula tu!"

Kata-kata Syika hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja. Langkah Fathiah semakin kencang meluru masuk ke dalam sebuah hotel mengikut alamat yang dihantar oleh Iffah melalui WhatsApp.

"Selamat malam."

"Selamat malam. Ada apa cik?"

"Saya nak tanya nombor bilik customer bernama Iman Fathi. Ada tak?"

Penyambut tetamu yang berada di kaunter hotel sudah berasa aneh dengan kehadiran Fathiah. Jelas terpancar amarah di wajah gadis berselendang hitam itu. Matanya sembap seperti orang baru saja menangis.

"Maaf, cik ni siapa? Saya tak boleh bagi nombor bilik customer sesuka hati."

"Saya adik dia."

"Boleh tengok IC?" Fathiah mengeluh berat. Banyak benar si penyambut tetamu ini bertanya. Fathiah mahu cepat!

"Encik Iman Fathi ya..."

"Ya! Cepat sikit." Fathiah mengetuk meja bertalu-talu. Kalau benar Fathi curang, pasti nama pemuda itu didaftarkan sebagai tetamu.

Syika mengusap lembut belakang tubuh sahabatnya. Tak mahu Fathiah melepaskan amarah kepada orang lain.

"Ada. Nombor bilik 1106 tingkat tiga ya."

Ya Allah, mendengar saja kata-kata penyambut tetamu itu, akal Fathiah mula negatif. Tubir matanya kembali terasa hangat. Jadi benar Fathi buat sesuatu yang buruk kepada Iffah. Buktinya, nama Fathi didaftarkan sebagai tetamu di hotel itu.

"Sabar, Thia! Aku tahu kau pun tak percaya...."

"Kita orang jauh. Tak mustahil kan dia curang dengan aku!"

"Ya Allah, Fathiah! Cuba bawa bertenang sikit. Siasat dulu baru kau nak buat keputusan sama ada Fathi bersalah ke tak!"

"Kalau dia tak bersalah, apahal nama dia ada kat hotel? Kenapa tak bawa je Iffah tu pergi kuarters? Mesti sebab dia tak nak ambil risiko. Sebab tu dia bawa Iffah datang sini. Bulan madu!"

Sungguh, Syika jadi bingung saat Fathiah tak lagi mampu berfikiran rasional. Hanya amarah yang membakar jiwa gadis itu. Menonong ke bilik yang didaftarkan atas nama Fathi. Ya Tuhan, Syika dapat rasakan semua ini fitnah. Fathi tak bersalah!

LAMPU yang menyilaukan pandangan seakan-akan memecahkan kepala Fathi yang begitu pusing. Seluruh tubuhnya terasa lumpuh untuk bergerak. Wangian yang menusuk rongga hidung buat kepalanya berdenyut sakit. Seluruh tubuhnya kedinginan.

Perlahan-lahan, Fathi mencelikkan matanya. Dia melilau ke sekeliling kamar. Di hotel? Bagaimana dia bisa berada di ruangan ini? Setahunya, dia ke klinik kerana demam panas. Semasa dia dalam perjalanan ke kenderaan, pandangannya gelap serta-merta.

"Fathi!"

Tak semena-mena, Fathi terbangun daripada pebaringan mendengar nada suara seorang gadis yang nyaring. Alangkah kagetnya dia melihat wajah Fathiah yang sudah tegang. Serentak dengan tangisan seorang gadis yang berada di sebelah.

"Iffah? Thia?"

"Sekarang apa? Nak pura-pura tak tahu? Pura-pura bingung yang kau dah rogol sepupu aku?"

"Astaghfirullahalazim! Fathiah! Apa yang kau cakap..."

Belum sempat Fathi menoktahkan bicara, dia membuntang melihat tubuhnya yang tak berbaju. Figura Iffah yang sudah menggeletar dengan rambut kusut masai sambil membalut tubuh dengan gebar dipandang tajam.

"Apa... apa yang dah jadi?"

Fathiah ketawa sinis. Dia membaling pakaian Fathi ke wajah tunangannya itu. "Kau boleh tanya aku apa yang dah jadi? Bengap tu simpan sikit dalam otak kau, kapten!"

"Ya Allah, Thia! Aku memang tak tahu apa yang dah jadi sekarang ni! Aku balik je dari klinik... masa dalam perjalanan nak masuk kereta tu semua jadi gelap! Aku..."

"Kalau kau tak suka dengan hubungan jarak jauh kita, putus tunang jelah! Kau cari je mana-mena perempuan yang dekat dengan kau daripada buat maksiat! Dah! Kau tak payah nak menangis Iffah, kau pun sukalah kan dah kena lauk dengan Kapten Iman Fathi ni?"

Fathi menggelengkan kepalanya. Dia menyarungkan pakaian di tubuh seraya meluru mengejar Fathiah yang sudah menonong keluar dari kamar hotel itu.

"Fathiah! Tunggu!"

Baru saja Fathi menahan langkah Fathiah, wajahnya terus ditampar kuat oleh gadis itu. Pipinya terteleng ke kanan. Fathi tersentak. Pandangannya bertaut dengan Fathiah yang kelihatan kecewa.

"Aku rindukan kau, Fathi. Aku risaukan kau. Dah dekat sebulan... kau tak contact aku. Bila aku nak hubungi kau... aku nampak kau peluk Iffah atas katil yang sama. Best? Dah rogol anak dara orang?"

"Ni fitnah, Fathiah. Demi Allah... aku tak buat..."

"Sudahlah!" Fathiah menengking. Dia melorotkan cincinnya seraya dibaling ke wajah Fathi.

"Kita putus! Pergilah sambung tidur dengan perempuan yang lebih sempurna daripada aku! Aku bencikan pengkhianat macam kau! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"

Ya Tuhan, betapa hancurnya hati Fathi mendengar kebencian Fathiah. Tubir matanya terasa hangat. Dia mencintai Fathiah. Mana mungkin dia membiarkan mereka putus tunang!

"Thia! Jangan buat aku macam ni, Thia! Percayakan aku... aku..."

Fathi menahan langkah Fathiah lagi. Pedulikan sakit kepala yang kian melemahkannya ini. Apa yang penting, Fathiah jadi hak miliknya.

"Percayakan aku, Imani Fathiah. Aku merayu... tolonglah percayakan aku. Demi Allah, aku cintakan kau kerana Allah. Aku nak nikah dengan kau kerana Allah. 15 tahun aku tak pernah berhenti mencintai kau. Tak mungkin aku curang dengan kau. Percayalah, ni semua fitnah, Fathiah."

Fathiah mengalihkan pandangannya tika setitis demi setitis air mata lelaki mengalir ke pipi Fathi. Jiwanya semakin remuk dengan rayuan dan rintihan pemuda itu.

"Aku merayu... percayakan aku..."

Tak semena-mena, tangisan Fathiah pecah jua tatkala Fathi sudah melutut di hadapannya. Allahu, keadaan Fathi benar-benar kelihatan hancur. Fathiah tak pernah lagi melihat kekecewaan Fathi sehingga air matanya mengalir tanpa henti.

"Jangan... cari aku lagi..."

Tika itu, Fathi hanya mampu menghantar langkah tunangannya dengan kekecewaan. Sampai hati Fathiah tak mahu percayakan dia lagi. Bagaimana caranya untuk buktikan yang dia cintakan Fathiah? Mahu kembali raihkan kepercayaan gadis itu?

BERSAMBUNG...

Vote&komen dulu guys kalau nak baca sampai ending ❤️

RINDU YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now