EPISOD 16

82 13 0
                                    

"THIA tak nak jumpa kau. Kenapa ni? Kau orang bergaduh ke?"

Fathi terhenyak di atas sofa tatkala Puan Wati membawa berita duka. Sesekali, Fathi terbatuk-batuk. Tubuhnya kedinginan menahan sejuk. Pasti demamnya kembali muncul.

"Salah faham sikit."

"Sikit apanya? Setiap malam Thia menangis tiba-tiba. Risaulah mak cik."

"Saya minta maaf..."

Fathi terbersin seraya mengesat hidungnya yang berair. Sungguh, kepalanya semakin berpinar-pinar. Sudah terlalu lama dia tak diserang demam panas. Sekali diserang, sakitnya hingga ke saraf kepala.

"Kau tak sihat ni. Baik kau rehat dulu."

"Saya nak jumpa Thia. Thia tu ubat saya mak cik."

Puan Wati mengulum senyum. Kasihan melihat wajah pucat Fathi. Apa sebenarnya yang berlaku di antara Fathi dan Fathiah ya? Bila ditanya gadis itu, Fathiah hanya menangis tak mahu menjawab.

"Tak apa. Nanti mak cik pujuk dia. Ala Thia tu manja! Anak bongsu kan. Kena sentuh sikit hati dia. Nanti lembutlah tu. Baliklah. Kau perlukan rehat secukupnya. Bulan depan kau dengan Thia menikah. Kau kena jaga kesihatan baik-baik."

Fathi menghela nafas panjang. Dia memandang tingkat atas berharap Fathiah turun. Sebulan lagi mereka akan menikah tapi dugaan bertunang ini sudah semakin parah. Bermula daripada mereka berjauhan sehingga dia difitnah menodai Iffah.

Tak boleh dimaafkan siapa yang memfitnahnya ini! Dia akan cari dan siasat hingga ke lubang cacing.

"SYAITAN tengah tepuk tangan dengan kau sekarang ni, Thia! Lebih guna kemarahan berbanding fikiran rasional kau sendiri. Benda boleh bincang tapi marah juga yang kau pilih kan."

Nasihat Syika hanya ditulikan saja oleh Fathiah. Dia ligat membelek-belek pakaian di butik Padini itu. Lebih baik dia shopping berbanding meratapi nasib dicurangi oleh tunangannya sendiri. Walaupun sudah seminggu berlalu namun hatinya ini masih berdarah!

"Tak logiklah Fathi buat macam tu. Aku syak mesti Iffah yang buat cerita. Yelah dia kan selalu jealous dengan kau..."

"Dua-dua sama je sebenarnya. Seorang melayan seorang merenyam. Entah-entah suka sama suka lepas tu saja nak sakitkan hati aku!" pintas Fathiah. Dia mencapai sepasang blouse lalu dimasukkan ke dalam bakul baju.

"Thia... aku tak sukalah tengok kau macam ni. Kalau kau memang nak putus tunang cuba kau fikir apa perasaan mak dengan abang kau nanti? Tak ke dia orang kecewa bila tahu kau tak siasat pun apa betul Fathi tu buat hal kat belakang kau."

Mendengar hal itu, Fathiah kehilangan perbendaharaan kata. Hanya langkahnya saja menghampiri kaunter pembayaran. Dia sedikit tersentak dengan bicara sahabatnya. Ya, jika dia putus tunang pasti keluarganya akan bersedih.

Tapi, Fathiah juga masih hancur melihat Fathi dan Iffah tidur bersama!

"Thia... tengok tu..."

Fathiah kalih memandang figura yang ditunjuk oleh Syika. Hampir saja dia terpelongo melihat Iffah dan Benjy yang sedang bergelak tawa di luar butik Padini. Seakan-akan, peristiwa hitam itu tak memberikan trauma terhadap Iffah! Gadis itu kelihatan biasa-biasa saja.

"Sekejap je Allah bagi tunjuk kat kau, Thia. Setahu akulah kan... tak ada mangsa rogol yang masih boleh berlegar-legar apatah lagi berduaan dengan lelaki. Selalunya, mangsa trauma sampai tak nak jumpa orang. Tapi sepupu kau tu? Macam tak ada apa yang berlaku pun siap pegang tangan lelaki lain. Jadi, fikir-fikirkanlah ya siapa yang benar siapa yang munafik."

Sungguh, serba salah mula menujah sanubari Fathiah. Dia rasa diperbodohkan. Masih jelas di ruang memori rayuan dan rintihan Fathi yang bersungguh menyatakan tak bersalah. Ya Tuhan, Fathiah kesal. Terlalu terikutkan rasa cemburu dan marah sehingga hubungannya dan Fathi tergugat.

BERSAMBUNG...

RINDU YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now