EPISOD 13

63 13 0
                                    

"ANAK awak memang dah tak tahu jalan nak balik rumah ke? Dah pukul 1 pagi tapi batang hidup pun tak nampak lagi! Ke awak suka jiran mengata kita tak pandai jaga anak?"

"Tahu pula fikir pasal anak. Ingatkan sibuk fikir isteri kedua abang tu aje." Panas benar hati Puan Nani apabila suaminya sesuka hati menuduhnya tak tahu jaga anak. Walhal, Encik Raziq sendiri yang sibuk dengan isteri mudanya sehingga mereka terabai.

"Manisa baru lepas bersalin. Mestilah abang kena jaga dia..."

"Alasan! Tu jelah yang abang tahu. Abang sibuk bermadu asmara dengan perempuan tapi abang tak pernah kisah pun pasal anak abang sendiri!" Puan Nani tertawa sinis. Dia melabuhkan duduknya di sofa sambil membaca majalah. Tak betah mahu bertekak dengan si suami.

"Awak tu yang tak reti jaga suami. Sibuk semedang asyik bercuti dengan kawan...."

"Nak salahkan saya lagi? Abang... cubalah eh sekali je abang guna kepala otak abang tu! Takkanlah 24 jam Nani kena ada kat rumah? Bosan..."

Suara tawa yang bingit di luar rumah mematikan pergaduhan suami isteri itu. Buru-buru, Encik Raziq meluru membuka pintu rumah. Alangkah panasnya sang hati melihat Iffah sudah bercumbuan bersama seorang lelaki berambut perang!

"Iffah!"

Tak semena-mena, Iffah terjerit kecil tatkala ayahnya melayangkan penumbuk ke arah Benjy. Kaget!

"Kau pergi balik! Kurang ajar punya jantan! Suka hati kau je beromen dengan anak aku kat rumah aku sendiri!"

Mendengar tengkingan suaminya, Puan Nani melangkah keluar. Risau juga jika berlakunya perang dunia ketiga sehingga menganggu jiran.

"Kenapa ni bang? Jangan kasar sangat dengan anak boleh tak!"

Tanpa berlengah, Encik Raziq mengheret Iffah masuk ke dalam rumah. Pintu dihempas kuat sehingga berdengung. Ditamparnya kuat wajah Iffah sehingga gadis itu terduduk di atas lantai.

"Kau dah gila ke hah!"

"Papa ni dah kenapa? Sakitlah!" Iffah mendengus. Pipinya pijar menerima tamparan kuat si ayah. Sudah dua bulan ayahnya tak pulang rumah tapi tiba-tiba pula naik hantu.

"Abang boleh bawa bertenang..."

"Bertenang? Eh Nani. Sebab awak manjakan sangat budak nilah dia makin menjadi-jadi. Umur dah lanjut tapi asyik menyusahkan aje dengan perangai tak bermaruah dia tu. Malu tahu tak dengan jiran!"

Iffah mendengus. Dia menepis kasar tangan Puan Nani yang mengusap pipinya seraya bangun daripada duduk. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Tak puas hati!

"Tak boleh ke sekali je kau jadi macam Thia? Ada kehidupan stabil! Tak pernah malukan mak ayah dia. Thia tu sebaya dengan kau je, Iffah! Ni... elok-elok aku hantar kau belajar jadi lawyer tapi kau gatal nak berhenti! Kau tengok Thia tu... dah jadi orang..."

"Diamlah! Asyik Fathiah aje yang keluar daripada mulut papa tu! Apa? Thia tu sempurna sangat ke? Sebelum papa asyik bandingkan Iffah dengan perempuan tu baik papa cermin diri dulu..."

"Eh! Kau jangan kurang ajar dengan aku Syaiffah!"

Sungguh melihat pergaduhan Iffah dan Encik Raziq buat Puan Nani buntu. Tak tahu dengan siapa dia harus berpihak. Dia hanya mahu memberikan kesenangan buat Iffah. Tapi dalam masa yang sama dia akui, sikap Iffah semakin teruk.

"Bencilah dengan semua orang kat rumah ni! Bandingkan anak tak habis-habis! Diri sendiri tu pun menggatal dengan perempuan lain! Dah tua..."

"Iffah!"

Tak semena-mena, Iffah terpelongo tatkala Puan Nani menampar pipi kanannya pula. Hatinya makin remuk. Kebenciannya sudah seluas samudera buat Fathiah. Gadis itu sering saja dipuja-puja oleh keluarganya. Dia tak suka! Lantas, Iffah meluru ke kamarnya seraya meraung semahunya. Melepaskan tekanan yang menghentam jiwa.

"Kau tunggu nasib kau Thia! Aku takkan biarkan kau bahagia dengan apa yang kau ada sekarang! Aku akan buat kau hancur macam mana kau hancur masa Falah meninggal dulu!"

Dendam kesumat sudah membalut hati hitam Iffah. Dia tertawa sinis seraya mengesat kasar air matanya. Ya, dia akan buat Fathiah menderita dengan caranya tersendiri. 

BERSAMBUNG...

RINDU YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now