EPISOD 9

122 27 9
                                    

"ADA tentera upah kau untuk jadi pasangan mess night dia? Kau biar betul Iffah? Aku bukan apalah kan. Takut kau ni terkena dengan mamat tu. Dahlah sebelum ni kau dah kena love scam. Dua kali pula tu."

Omelan Fathiah benar-benar buat Iffah naik menyampah. Dia mendengus seraya memeluk erat patung beruang pemberian Falah buat sepupunya. Ada sajalah yang buat dia tak suka dengan sikap Fathiah ini. Suka membebel.

"Kenapa pula kau nak sibuk hal aku? Tak sudi nak tumpangkan aku kat rumah kau?"

"Bukan macamtu... aku cuma tak nak sepupu aku..."

"Dahlah. Baik kita pergi shopping cari baju baru. Esok majlis tu dah nak mula. Kalau kau membebel sampai esok pun takkan habis."

"Memang takkan habis! Kat mana pula kau kenal mamat ni? Belum jumpa kau dah berani tunaikan permintaan dia." Fathiah sudah dalam mood bertegas.

"Ish kau ni mengalahkan mak ngah kau tulah! Banyak sangat tanya. Kawan kerja aku kenalkan dengan aku. Katanya nak minta tolong jadi peneman mess night. Dah habis majlis aku dapat upah then dahlah tu je! Tak ada apa punlah."

Fathiah meraup wajahnya dengan kasar. Tiba-tiba saja dia rasa berhadapan dengan Iffah lebih sukar berbanding 40 orang pelajarnya yang pelbagai ragam di sekolah. Degil!

"Suka hati kaulah. Asalkan kau pandai jaga diri." Acuh tak acuh saja Fathiah menjawab seraya menyambung semula pekerjaannya mengemaskini data pelajar.

"Thia... jomlah shopping."

"Aku busy. Tak nampak ke?"

Ya Tuhan, sikap acuh tak acuh Fathiah benar-benar bikin Iffah panas hati. Kalau tak difikirkan majlis mess night itu di tempat yang sama dengan abang sepupunya bertugas dia takkan sesekali mengemis ingin dihantar ke sana!

TEPAT pukul 7 petang, Fathiah menjejakkan kakinya ke Majlis Makan Malam Regimen yang dihadiri oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bersama dengan pasangan masing-masing. Suasana kelihatan begitu sibuk tatkala para pegawai semakin memenuhi lobi dewan.

Para pegawai kelihatan begitu segak mengenakan Mes Kit TUDM. Sementelah pasangan masing-masing ada yang mengenakan baju kurung, baju kebaya labuh aneka warna. Kata Mateen, menghadiri majlis messnite harus dalam keadaan berpakaian sopan. Dilarang menggunakan baju berwarna kuning dan ungu kerana warna kerabat diraja.

"Senyum, Thia. Tahulah terpaksa temankan abang malam ni." Mateen mengenggam erat tangan Fathiah yang asyik mengeluh itu. Tak mahu orang mengata bahawa Fathiah sombong.

"Cousin abang tu. Menyampah tahu tak! Turun je dari kereta terus lesap macam halimunan. Abang macam tak tahu Iffah tu jenis cepat tangkap cintan dari dulu sampai dah tua bangka ni."

Mateen tertawa kecil mendengar omelan adiknya. Tak dapat dinafikan juga Iffah itu terlalu berani. Dia pun tak mengerti mengapa ibu saudaranya tak pernah menegur Iffah. Barangkali, Iffah satu-satunya anak tunggal hingga sering dimanjakan.

"Biarlah dia tu. Bikin sakit kepala..."

"Abang, dia tu perempuan. Datang kat tempat asing pula tu. Entah dengan siapa dia jumpa pun kita tak tahu. Mestilah Thia risau." Fathiah mengeluh berat. Sesekali, dia mengukir senyuman buat pasangan pegawai yang berpapasan dengannya.

"Kita nak buat apa kalau Iffah sendiri jenis keras kepala? Dia dah 32 tahun. Pandai dah fikir mana baik mana buruk. Boleh tak sekali je Thia tak fikir pasal orang lain? Just enjoy your moment, budak kecil."

Laju saja Fathiah mencubit pinggang abangnya tatkala Mateen memanggilnya budak kecil. Tak suka!

"Abang nak pergi jumpa kawan kejap."

RINDU YANG KEMBALIWhere stories live. Discover now