Raihan yang sedang tersenyum sendirian seperti kerang busuk itu dipandang hairan. Adif memandang pula ke arah Hafizzudin, ingin meminta penjelasan.
"Dah kenapa dengan si Afnan Raihan ni? Tersengih sengih aku tengok" kata Adif.
Setahu dia, Raihan hanya akan tersenyum manis seperti itu hanya kerana.........
Dafella Sofea.
"Sofea datang sini balik ke?!" Soalnya tak percaya. Naufal, Irfan dan Adib turut memandang ke arah Hafizzudin.
Lelaki itu mengangguk kepala mengiyakan. "Haah, dia datang sini balik. Siap buat eye contact dengan Afnan lagi" balas Hafizzudin.
Adib menutup mulutnya manakala Irfan tersenyum kecil.
"Tak sangkanya! Tahniah Afnan. Nampaknya lepas ni hang ada peluang nak try dia la" kata Naufal ikhlas. Bahu Raihan yang duduk di hadapannya ditepuk.
"Terima kasih sebab doakan kebahagiaan aku" balas Raihan.
"Alahh tak ada apa sangat pun lagipun kami suka tengok hang happy macam ni bila dengan dia" Naufal, Adif, Irfan dan Hafizzudin mengangguk kepala setuju dengan kata kata Ezad itu.
"Sekarang, kita tingkatan dua. Tunggu tiga tahun lagi lepas tu kita boleh lah merasa nasi minyak dari Afnan" usik Adif. Yang lain ketawa.
"Lepas tu nasi minyak Alif kot" Raihan mengangkat sebelah keningnya ke arah Alif.
"Asal aku pula?" Soal Alif hairan.
"Sebab hang suka dekat Azuwana!" Kata Xaqriel, Zafriel dan Luqman serentak. Merah pipi Alif.
"Halahhh dah suka tu cakap je lah. Tak payah nak tipu" kata Adif menyampah.
"Diam lah!" Elvis dan Zaquan ketawa kecil. Ketawa mereka terhenti saat melihat satu sosok tubuh yang melintasi barisan kelas mereka.
"Weh tu bukan Sofea ke?" Pantas Raihan memandang ke belakang.
"Ceyyyyyyyy cari nampak"
"Diam Riel diam"
YOU ARE READING
ENEMY TO LOVERS
RomanceMINE SERIES 1 DAFELLA SOFEA & AFNAN RAIHAN START: 24/10/2024 END: 30/10/2024