SPECIAL CHAPTER

165 7 1
                                        

2 tahun kemudian..

Raihan senyum manis saat melihat Dafella yang sedang melayan karenah anak anaknya. Dia berjalan mendekati mereka bertiga.

Anak anak? Ya, Dafella selamat melahirkan dua orang anak kembar. Lelaki dan perempuan. Raihan lah yang paling bahagia pada waktu itu.

"Hai sayang" sapanya. Dafella mengalihkan pandangan ke belakang. Tangan suaminya di salam.

"Hai abang" panggilan mereka juga sudah ditukar kepada lebih sopan.

Raihan mengangkat anak lelakinya sebelum pipi anak anaknya dikucup lembut. Tersengih comel kedua dua si kecil itu.

"Seronoknya anak papa ni duduk dengan mama hm..suka?" Di kucup pipi Rayhan Syakir berkali kali.

Dafella tersenyum melihat anak lelaki dan suaminya. Raihan menoleh ke arah isterinya, pipi Dafella yang sedang termenung itu dikucup sayang.

Dafella tersentak. "Apa abang ni!" Marahnya.

"Sayang termenung apa hm? Fikir pasal laki mana pula?" Dafella tersengih. Raihan hanya menggelengkan kepalanya. Bukannya dia tak tau yang isterinya ni seorang penulis dan pembaca novel. Setiap hari ada je nama watak lelaki mana keluar dari mulut dia.

Nasib sayang.

"Tak ada la. Fea rasa tenang je bila tengok abang dengan anak anak kita" kata Dafella lembut. Raihan mengelus lembut kepala isterinya.

"Abang pun sayangkan sayang. Sama juga dengan Rayhan Syakir dan Danisha Safiya. Papa sayang kau orang sangat sangat tau" dia mengucup dahi ketiga tiga insan yang paling dia sayang. Keluarga kecilnya.

Dafella duduk di atas riba suaminya bersama Danisha di atas pahanya. Raihan memeluk mereka bertiga erat.

"Terima kasih sebab sentiasa dengan Fea dari dulu" ucap Dafella lembut.

"Sama sama sayang. Terima kasih juga sebab sudi jadi isteri saya. You know what sayang?" Dafella mengangkat kepalanya.

"Apa?" Soalnya.

"Aku sayang hang sampai bila bila dan aku tak akan pernah suka perempuan lain selain Dafella Sofea seorang. Hanya hang yang akan jadi isteri dan teman sehidup semati aku" bisik Raihan di telinga isterinya.

"Aku pun tak nak jadi bini orang lain. Cukup jadi bini hang je" balas Dafella sambil tersenyum.

Raihan menyembamkan kepala isterinya pada dadanya. Dia menutup mata erat.

Ini adalah kebahagiaannya. Kebahagiaan yang dia nanti nantikan sejak dulu lagi. Akhirnya, dia dapat juga bahagia bersama dengan pujaan hatinya.

Kalau dah jodoh, memang tak kemana. Berdoa dan percaya dengan takdir kita. Cari lah lelaki yang setia menunggu orang yang dia sayang walaupun dilukai dalam diam berkali kali seperti Afnan Raihan.

• THE END •

It's a happy end! Thank you everyone untuk semua yg sudi baca dan vote untuk story ni. Saya hargai sangat sangat. Story selepas ni adalah The Beginning Of The Devil. Siapa yg tgk ig story saya hritu tahulah.

TBOTD akan jdi ebook berbayar, jgn risau tak mahal pun. Siapa yg nk beli? Cuba comment.

Oklah. Tu je nak cakap, bye everyone! See you soon dalam story bapa Ace pula.

ENEMY TO LOVERS  Where stories live. Discover now