Luqman dan Zafriel berjalan ke dewan terbuka. Xaqriel yang melihat itu menegur.
"Kau orang dah kenapa? Macam tengah fikir something je" kata Xaqriel pelik. Arriella pula sudah duduk di sebelah abangnya, Zafriel.
"Afnan tu lah, dia kata dia nak melamar Sofea so dia suruh kami tengok dia dari sini" kata Luqman. Ternaik kening Xaqriel.
"Biar betul? Melamar?" Zafriel mengangguk kepala mengiyakan.
"Eh jap, tu bukan Afnan dengan Sofea ke?" Kata Arriella saat melihat dua orang itu berada di tengah tengah dataran terbuka sekolah. Xaqriel, Luqman dan Zafriel berpaling.
Terus tegak badan Xaqriel. Seperti ada tanda tanda yang Raihan ingin melamar Dafella. Tapi agak agak lah......
TENGAH TENGAH DATARAN KOT. ORANG TENGOK!
Luqman menggelengkan kepalanya. Kena reject baru tau malu si Afnan ni.
"Kenapa hang bawa aku datang sini, Afnan?" Soal Dafella pelik. Dia menjadi semakin hairan saat Raihan mula bernyanyi kecil dihadapan.
"Dia nyanyi pula dah. Aku nak tengok scene dia melamar tu" gesa Zafriel. Arriella menepuk bahu abangnya.
"Alah abang ni, biar lah. First time nak melamar seseorang kan" kata gadis itu. Xaqriel turut mengangguk setuju dengan kata kata pujaan hatinya.
"Bulan menyinari alam, rasa sayang sungguh sungguh dalam, bintang menghiasi bulan rasa rindu ini tak mampu ditahan.." Raihan mula bernyanyi.
"Beri aku ruang sayang, cuma kalini aku minta. Tuk buktikan dalam mana sayang, dalam sangat sampai mabuk cinta" Mata Dafella terkelip kelip menghadam bait bait lirik lagu itu.
Raihan senyum manis. Dia tahu ramai yang melihat mereka sekarang namun langsung dia tidak hiraukan.
"Kalau takdir kau orang lain, Ya Tuhan aku ni juga orang lain. Jika dia bukan jodohku, fikir fikir lagi tuhan tolong bantu"
"Selamanya, ku akui kaulah. Selama ni bertakhta di hati ni" Raihan memberhentikan liriknya di situ sebelum melutut di hadapan Dafella.
Jantung mereka berdua mula berdegup kencang seakan akan ingin meletup.
"Come on Afnan, hang boleh buat" kata Zafriel. Mereka turut tertunggu tunggu.
"Hang dah kenapa Afnan Raihan?" Tanya Dafella. Raihan senyum nipis.
"Dafella Sofea Binti Mohd Khairul Amin. Bersaksi kan semua orang dekat sini. Aku, Afnan Raihan Bin Mohd Zahir nak ambil kau sebagai isteri aku yang sah. Aku jatuh cinta pada hang sejak kita tingkatan satu lagi. Aku tak kisah berapa ramai lelaki yang hang suka pun, aku tetap nakkan hang. Aku ikhlas terima hang dalam hidup aku, Sofea. Aku juga tak nak hilang hang lagi dah. Cukup 8 bulan kita berpisah dulu. Tapi Satu ja aku nak tanya, sudi tak hang jadi isteri aku sampai bila bila?"
Dafella menutup mulutnya tatkala mendengar ayat Raihan. Tidak dia sangka yang lelaki itu ikhlas mencintainya sejak dahulu.
Katakan yang Dafella ini buta kerana tidak sedar akan hal itu, dia sedar.
"Aku..."
"Hang?" Raihan setia menunggu.
"I choose someone who didn't like me twice. End up, I'm the one who hurting. But now, I'll never make it wrong again...so, yes. I will"
"YESSS!" Raihan terus bangun dan berlari ke arah Luqman, Xaqriel dan Zafriel.
"Kau orang nampak tak tadi? She said yes!" Katanya teruja. Luqman tersenyum lega.
"Tahniah Afnan, Sofea" ucapnya. Raihan menarik nafas lega sebelum menoleh ke arah Dafella yang mengikutinya tadi.
"Thank you little red. Thank you so much" merah pipi Dafella.
"Kenapa little red?" Soal Arriella ingin tahu.
"Sebab bila dia blushing, pipi dia merah. Ha, macam tu lah" semakin merah pipi Dafella saat diusik.
"Mana ada lah!"
"Ada little red"
"Diam!" Raihan terus menutup mulutnya selepas itu.
YOU ARE READING
ENEMY TO LOVERS
RomanceMINE SERIES 1 DAFELLA SOFEA & AFNAN RAIHAN START: 24/10/2024 END: 30/10/2024